Wednesday, May 16, 2012

Checklist keperluan baby

Huh... my pragnency dah nak masuk 8 bln  daaaa.... hurmmm.... so, kali niii tumpuan kiter lebih kepada preparation tuk anak lak..... Since jarak my pregnancy 7 tahun, i pun dah let go barang-barang baby (masa kimie dan Sephia). Tinggal play-pan aje yang x perlu dibeli.  So, preparation kiter kali ni cam nak sambut 1st baby lak.

Orang kata jangan beli awal-awal atau over sangat. Yea laaa sebab takut terjadi apa-apa pada kandungan/baby. Tapi kalau tak sedia langsung lak... payah gak. Risiko juga jika terlalu lewat menyediakan keperluan, sebab selalunya time macam tu macam-macam hal boleh berlaku. Kalau dah lewat sangat, nak membeli sendiri  mungkin dah masuk wad atau labour room. Kang cian lak kat Pok Cik Nazrul.... nak uruskan benda sendirian... Takut haru biru jadiknya!

Jom zooming apa barang-barang yang kiter dah beli.


1. Set asas pengurusan uri...

Hihihiii ter re-call lak masa my 1st & 2nd baby. Masa tuu just beli kain putih dan outsourse pada mak bidan tuk cuci uri anak. My En Asben just gali and tanam aje uri tu.

Kelakau kalau diingatkan! En Asben dipesan dengan beberapa pantang larang masa pengurusan uri. Antaranya, tanam uri bersama ngan buku  dan pen. Uri & eksesori tu kitorang masuk dalam tin milo jer. Tin tu lak kena tebuk kat bawah. Katanya nanti anak kembung! Pas tu masa tanam uri tu jangan toleh kiri kanan. Kena fokus nanti anak juling, Pas tanam, kena asapkan & hidupkan api atas tanah tersebut dan payungkan api tersebut. Hahahaaa......agak-agak uols caya tak pantang larang tu semua?????? Hihihi... Mesti ada dikalangan kowang berkata... itu semua  "Amalan Khurafat" kan kan kan?

Tapi ada logiknya tau!!!. Uri biasanya orang tak tanam 7 kaki dalam macam tanam orang. Cukup sekadar masuk dalam tanah. Area umah kami lak berkeliaran anjing liar mencari makan. So dengan mengasap & menghidupkan api, dapat menghalang dari anjing menggali dan makan uri tersebut. Payung kan api tuuu sebab takut hujan. Kalau hujan, api akan padam ler... So nanti uri tu jadi rejeki sang anjing! Yang tebuk tin tu lak nak memastikan air uri tu keluar dan tidak membusuk dalam tin hingga boleh menarik perhatian binatang!

Kali niii dari A sampai Z, En Asben kena menguruskan sendiri. So kami dah siap beli set ini:

"Grandma Secret-Set asas Pengurusan Uri" Harganya bih kurang RM35. Mengandungi Periuk tanah bertutup, sarung tangan latex, kain putih, asam jawa dan garam. Just cuci bersih-bersih uri dengan menggunakan sebahagian asam dan garam. Basuh hingga tak der darah. DAh bersih.... lumurkan uri dengan baki asam dan garam. Masukkan uri dalam bekas tanah liat tadik....bungkus dengan kain dan tanam.


 2. Set pakaian& kelengkapan baby

Set pakaian baby lak.... cukup ler seadanyer dahulu... malas nak beli banyak-banyak. Pas tuuu pepandai ler my tok bidan membasuhnya. Stok baju lain akan dibeli dari masa ke semasa setelah kelahirannya nanti. Apa yang kami dah beli......

  • Baju siang 8 pasang (brand campur-campur... ikut mana sempat & mana yang terkenan di mato)
  • Baju malam 8 pasang
  • Set stokin & Sarung tangan 5 pasang
  • Topi 1 aje dulu.... orang tua kata penting tuk menutup ubun-ubun baby... takut sejuk

Oh ya, orang pesan, seeloknya baju dan seluar bayi belilah yang untuk 6 bulan ke atas sebab bayi cepat membesar. Rugi jika kita membeli saiz yang kecik sebab nanti sekejap saja dah tak boleh pakai. 


Dan lagik......
  • Kain selimut 2 helai
  • Napkin/lampin 1 set (10 helai) merangkap kain bedung
  • Tuala 2 helai
  • Barut 

 Dan lagikkkk......
  • Set mandian(baby bath, syampoo, baby oil, bedak)
  • Berus lidah
  • Wet tissue
  • Cotton bud
  • Pelapik getah tuk salin diapers

Ada lagikkkkk............

  •  Diapers pakai buang 
  • Sabun basuh baju baby 
  • Tilam 
  • Bath tub

Lain-lain aksesori.......
  • Minyak untuk sapuan pada bayi utk elakkan kembung perut 
  • Set gunting dan nail cliper 
  • Nose suction kot-kot hidung dia tersumbat/selsema 
  • Sikat


 2. Set breast feed

Kali niii kiter still decide nak fully BF kan anak selama yang buleh.  So survey ler dua tiga brand breast pump. Pelbagai jenama yang ada dipasaran. Harganya pulak berbeza mengikut brand dan jenis. Nak yang manual ker... yang separa manual ker atau elektrik. Since dah malas nak guna manual pump macam dolu-dolu dan setelah mengambilkira kebarangkalian this is my last pregnancy, x mo ler beli brand yang mahai-mahai. so kiter decide nak beli brand nii:

Marvel Single Electric Breast Pump brand Autumnz. Functionnyer bih kurang cam Medela. Bole control the suction dan bole massage sekali dan ada anti Backflow. Dah survey dua tiga tempat, Harganya RM359. Tapi masa kiter beli niii ada promotion dapat jimat RM54. 

Dan lagi menjimatkan kalau beli pakej set BF niii. Apa pakej dia?????



 Pakej dia ada Breast pump set, cooling bag, reuse Ice pack, nursing bra dan Breastmilk storage (10 botol) yang kalau beli berasingan mau cecah RM500 lebih. Set nii just RM439 jer...  Those yang tengah survey pump mana yang nak dibeli... Hurmmm... bergantung kepada bajet dan masa anda. Cam kiter, beli yang elektrik niii sebab kat opis nanti nak cepat. Maklumla.... kenkadang pagi petang meeting. Tak sampai 9 bulan pun cecah ler break even point beli set ni! Awat beli awai sangat???? Hurmm..... ingat masa dalam pantang pun dah bole guna BP niii sebab.... manalah tau masa kiter tengah urut atau bersauna laaa baby merengek-rengan nak susu. So kalau dah ada stok, my tok bidan boley ler susukan dia. Kan kan kan??????



Uiksss.... kata nak fully BF, apa kes beli botol susu ni awai-awai kan???? Hik hik hikkk... kan kiter ada mention yang nak bagi baby minum susu ibu menerusi botoi masa kiter tak available cam masa berurut... mandi dan lain-lain. So, botol tetap kena standby maaa..... Kali niii saja beli 4 botoi serentak. 2 saiz kecik dan 2 saiz besar. Yang besar tuuu lambat lagi ler nak guna. Saja dah alang-alang nak beli! Hahahaaaa......


 3. Lain-lain
 Ni tungku baby! Kalau masa ngan arwah my mother in-law, En Asben di minta tuk hidupkan bara api dan taburkan jintan putih dan hirisan bawang putih untuk memanaskan kain tuk buat tuam. Kali niii beli tungku baby ready made. Harganya RM12 jer! Dalam ni dah dah ada bahan herba. Just lekapkan pada permukaan iron/periuk panas.... agak-agak suam, tekapkan pada perut,belakang,telur dan tapak kaki baby. Senang cer kan? Tujuannya tuk menghilangkan angin dan memanaskan badan baby.



Lain-lain barang cam stroller/car sit dll pembeliannya masih boleh ditangguhkan sehingga dia dilahirkan. So, tangguh dulu laaa.... But survey tetap survey, yea laaa nak design cam ner, kaler apa.... biar puas hati kan? Biar ler owang kata tak cumel ker apa ker... yang penting berkenan di mata sendiri. Hahahaa...


Wokey ler..... barang barang tertentu akan dibasuh sebelum digunakan. Pas ni nak siap-siapkan letak dalam bag mana-mana yang perlu digunakan masa nak deliver nanti. Permisi dulu yeaaa!!!!!!!!!!

4 comments:

armouris said...

terjumpa info ni, pasal berpantang selepas bersalin … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

Ummi Raid said...

Mohon kongsi bersama sebagai alternatif pilihan. Dapatkan Set Pengurusan Uri Ummi Raid. Mudah & Praktikal. Bersifat semulajadi & mesra alam. Terima kasih.. http://ummiraid.blogspot.com

Anonymous said...

Je veux créer un thème personnalisé Wordpress, mais je n'ai pas accès administratif à l'ordinateur que j'utilise, je ne peux pas installer Wordpress pour tester mon thème. Y at-il un autre moyen facile de le faire? J'ai photoshop et notepad + + fois installé sur mon lecteur flash, mais pour autant que je sache, il n'y a pas moyen d'installer Wordpress sur un lecteur flash ..

Anonymous said...

bersetubuh seleopas 44, 100 hari..pun ada tekniknya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails