Sunday, June 23, 2013

Khaleef turned one

21/06/13... pejam kelip-pejam kelip... my little baby dah pun setahun.... hurmmm kejap aje masa berlalu kan????


Ni my little baby yang dah setahun... Baru aje pandai berjalan setapak dua.... hihihiii.... lambat sikit kalau nak dibandingkan ngan abang kakak dia.... Manja terlobih anak mok cik yang sowang niiii!


Bersempena ngan Khaleef yg dah berumur setahun niii, kami mengambil kesempatan buat event dalam event on 22nd June.

Events tersebut merupakan
  • Kenduri tahlil arwah MIL
  • Du'a selamat dan kesyukuran:
    • Sempena Khaleef menyambut ulang tahunnya yang pertama dan disekalikan ngan Sephia (05 June yg lps)
    • Sempena masuk umah baru
    • Aqiqah Nur Zulfa Khadeejah (anak one of ahli komuniti Malaysia kat Bradford) kalau tak silap baru 14 hari
    • Kesyukuran atas kehadiran warga baru Bradford yang baru aje selamat dilahirkan pagi tadi
    • Juga sempena menyambut kehadiran Ramadhan tak lama lagi.
Hahahaha.... banyak sempena-sempena nyer kan!!!! Dah alang-alang berkumpul... apa salahnya kan????

A day before event.....kiter  siapkan 20  goodies bag untuk diagihkan kepada anak-anak kecil yang akan datang esok. Komdian kiter menggagahkan diri wat kek sendiri(kek untuk Sephia). Hahahaha... gagah ler sangat buat cokelat kek tu yerrrr!!!! Alaaa.... saja nak ada slot ngan anak-anak!!! Depa yang beria nak jadik masterchef niii... kalau ikutkan hati kiter MALAS!!!! Banyak benda lagik nak buat kan!!!!!

Kek instant maaa... just campur telur & air. Mixed about one minute & bakar. Dah masak... deco ngan double cream dan buah aje!!!!  Hurmmm.... kek dia tak moist dan kureng sedap laaa... Lain kali tak mo dah beli yang instant jenama "tuttttt' niii... x sedap langsung. Sib baik kiter ada order kek satu lagik kat member. Terasa cam mkn kek secret recepe le pulak!!


Plan asal kiter.... pas majlis ni  kitorang nak buat jamuan ringan aje... just nak masak bihun, pasta and dessert. Tapi.... kebetulannya ada member nak buat aqiqah anak... apa salahnya majlis hari ini disekalikan kan? Yea laaa... nak buat banyak kali dan banyak tempat... ini ler jugak muka-muka yang akan hadir... Maka afdhalnya disekalikan yea dakkk????


So, menu asalnya totally changed...... kiter just wat nasi minyak, ayam masak merah (ikut selera kids.... coz stanby bagi those yang tak makan kambing) acar timun, panggang sausages, potong honey dew & caramel (yg dah ready made kat Morisson). Hurmmm.... meja still lagik kosong!!! Tak pe... nanti kambing mari!!!! Ada 3 Chef lain yang masakkan dengan gaya yang berbeza! Mok Cik tak pandai masak kambing maaaaaa....


air lakk... bandung soda... Hurmmmm... tak berapa nak kick laaaakkk.... sirap dia tak match ler ngan citarasa kitorang. TApi ok laaaa... still ada rasa!!!!



Majlis dijangkakan akan bermula jam 3.30pm... hurmmm seawal jam 10.45pagik... kiter dah siapkan hidangan... so, mula ler menggatai tangan capai apa yang ada tuk wat niiii...



Benda apa niii???? Alaaaa.... hadiah ler beb!!!!!
Satu tu.... "? NUTS".... alaaa... teka kacang dalam botoi!!! Yea laaa sementara tunggu jemaah lain sampai... yang datang awai tuuu boleh ler meneka-neka kacang yang ada tuk mengisi masa lapang kan!!!!!


Lagi satu hadiah  " JUST 4 U"... hadiah tuk kid yang berjaya buat besday card khaleef yang paling cute. Masa bermula masa ibu bapa masing-masing dok bertahlil & dgr tazkirah. Jadik anak-anak yang tak mo join tahlil still ada pengisiannya. So, tak der laaa hura-hara depa nanti kan!!!



3rd hadiah ialah..."BINGO". Game ini mereka main masa ibu-bapa masing masing makan dan berchit-chat selepas event.... jadik tak der laaa diorg kacau parents tuk bergossip... hihihiihiii... gossip???? Hahahahaa.... gossip yang baik-baik belaka aja tauuu... tak main ler cerita artis bagai!!!!!



Sebaik siapkan game dan hadiah.... bingkas bebudak niii menyiapkan diri lakkkk. 


KIMIE-SEPHIA-KHALEEF
Hihihiii... ini ler dia permata hati kiter... dah 3 orang dah anak-anak kiter... 




Niiii... keluarga yang pertama sampai... sekali gus merasmikan "? Nuts"

Lihat.... meja yang kosong tadik dah hampir penuh... dan tak lama komdian.... memang penuh sampai tak muat meja. Terima kasih kepada rakan-rakan semua!!!! Macam-macam ada... pelbagai jenis kek, kuih, bubur, buah dan yang specialnya... variety masakan kambing... ada gulai kambing, kambing masak hitam, sup kambing, bbq kambing modern style, bbq kambing malaysian style... besttt!!! Kiter yang tak makan kambing pun... join sekali... Hihihihiii.



Ruang tamu dah semakin crowded... maka tiba laaa masa untuk turun ke tingkat bawah... majlis dah nak bermula



Majlis dimulakan dgn kata aluan dari En Asben... selaku tuan rumah. Seterusnya bacaan tahlil dipimpin oleh Ustaz Daud yang dijemput khas dari Leeds



 Antara barisan Muslimah yang turut hadir



Recitation of Du'a selamat


Next... majlis diteruskan dengan tazkiran ringkas... topic kali ini more focus on persiapan menyambut Ramadhan.

Antara pengisiannya:
  • kewajipan menggantikan puasa yang ditinggalkan.
  • Dugaan berpuasa di Malaysia yang panas manakala di sini tempoh yang panjang
  • Tujuan berpuasa itu sendiri di mana yang halal sebelum ini diuji oleh Allah sehingga menjadi haram sepanjang tempoh berpuasa.
  • Keadaan badan kita yang lemah itu diharapkan dapat melemahkan nafsu kita dari melakukan kejahatan dan melawan syaitan/Qarin yang ada dalam badan kita sejak kita dilahirkan. 




Hihihii,,,, tersenyum simpul kiter mendengar tazkirah... Hihihiii... ada ler yang terkena bantang idung tuuuuu....


 Si tecik ni laakk.... ke hulu ke hilir.... tak fokus langsung!!!!



 Tengok kakak nii.... fokus!!!!!

Seterusnya.... 



Majlis diteruskan dengan acara salawat.... bersempena dengan Aqiqah Zulfa....


  Ni baby nyer... tomei kann!!!! Haaaa... tak nampak????


Niii kiter zoom muka dia... tecik sangat lagik... yea laaa masih dalam hari maaa!!! TApi dah pandai bergaya ngan dress yang tomei!



 Next... acara potong kek lakkkk...



Hahaaa... ada tiga main cake kat sini... satu tuk Sephia (8th)... satu tuk khaleef(1st) dan satu tuk Zulfa (new born)

Next acara is makan!!!!
Umah kiter sempit... jadik... ada yang kena bawak turun makan kat tingkat bawah... Kaum ibu memonopoli ruang tamu manakala anak-anak ke tingkat atas... main game bingo!


Pemenang "Just 4 U"-Batrisya




Pemenang "BINGO"-Hadif



 Pemenang "? Nuts"-Aunty Baini... hihihihii... pakar math niii.. guna formula bagai... tu yang menang...

Majlis berakhir jam 8.30pm... Jam 10.30 mlm... kiter selesai mengemas rumah dan rehat!!!!

Al-hamdulillah majlis ini berjaya mengumpulkan 13 buah keluarga sekitar Bradford, Leeds, Hudesfields, Manchester & Liverpool.  

Kami selaku tuan rumah dan wakil kepada penganjur bersama (Ustaz Rizal & Marsya), mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir especially kepada rakan yang curi-curi masa dan terpaksa rush balik ke University untuk menyiapkan projek. Juga kami memohon maaf andai ada yang terkurang dalam majlis ini dan berharap dapat berkumpul sekali lagi di majlis yang akan datang.


Dan 

Kepada Anakku Khaleef El Firas.... kehadiranmu membawa kegembiraan pada ayah, ibu along dan kakak. Moga dipermudahkan segala urusanmu dunia akhirat... berjaya atas segala apa yg diusahakan.Ibu doakan agar dikau menjadi anak yg soleh.... membanggakan kuarga, agama bangsa dan negara... Aminnn

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails