Saturday, January 17, 2015

Carik sekolah

2nd day menjejakkan kaki kat Malaysia… kesihatan kiter masih lemah… demam dah tak kuat sangat…but, batuk dan selsema masih heavy. Telinga pun masih pekak sebelah… Tapi, kiter gagahkan diri untuk uruskan sekolah Kimie dan Sephia. Kami kena segerakan urusan ini dan ini ler atara faktor why kami balik awal dari yang sepatutnya!

Lepas mengalas pewot ngan 2 keping roti kaya (tekak sakit… tak ley nak telan sangat), kitowang ke SRAI, BBB (sekolah lama anak-anak). Based on maklumat yang diberi oleh kerani sekolah yang bertugas, kami dikehendaki mengisi 5 salinan borang setiap seorang anak dan serahkan by hand (untuk mempercepatkan urusan) ke JAIS (Seksyen 4, Shah Alam). Kebarangkalian diterima masuk semula ditentukan oleh  beberapa factor termasuk factor kekosongan tempat. Memandangkan chances diterima masuk adalah sangat tipis, maka kami telah dinasihatkan untuk register anak-anak ke PPD untuk reserve tempat di sekolah kebangsaan biasa.

But, kitowang tak lagik ke PPD. Kitowang singgah dulu kat ABIM… kat kaunter khidmat pelanggan dia… memang mesra, dia mintak kami tunggu sebentar untuk dia dapatkan maklumat kekosongan tempat. Tapi, dia gagal menghubungi pegawai bertugas lalu mengarahkan kami ke bahagian akademik. So, kami gi ler ke situ.

Berjumpa ngan guru bertugas… kami menyatakan hasrat nak masuk ABIM… soklan pertama guru berkenaan… dah beli borang? Huhhh!!! Kata kaunter depan, kami kena dapatkan dulu maklumatan kekosongan kelas. Bila kiter tanya mengenai kekosongan… beliau tak jawab… katanya, just isi aje borang, pas tuuu akan ada sesi interview/exam 31/12/14. Actually sesi interview diaorang dah pun berlalu Sabtu lepas. 31hb tu untuk sesi khas. Hurmmm ok ler. Bila dah awal-awal lagik dah ding dong... ding dong... terpalit rasa yang kurang enak untuk kami tempatkan anak kat situ... but kitowang beli jugak ler 2 set borang… setiap satunya berharga RM3. 

So, destinasi berikut kami ialah ke PPD Kajang. Kat PPD tu ramai beb! So, kena ambik nombor giliran dulu baru ley berurusan. Sampai kat kaunter… kiter dibekalkan ngan Borang Persekolahan anak dari Luar Negara dan dikehendaki membawa borang tersebut ke Pejabat Pendidikan kat Seksyen 5 Shah Alam...  So... that night... tugasan pertama kami... isi borang.

Esoknya... kami ke Shah Alam... Plan asal nak ke JAIS dulu but tersesat lak ke PPD. So mohon sekolah Kebangsaan aje ler dulu... Sampai kat kaunter depan... kami di minta ke kaunter tiga.. Bila dah duduk 5 minit... kami panas montoott... Ngaper??? Hihihihii... kat kaunter tu tertulis... kaunter pelajar bukan warganegara... dan majoriti orang yang hadir tuuu bercakap ngan nada dan bahasa yang bukannya bercirikan warganergara...

Lantas kami bertanya ler kat kaunter tuu... either kami di slotkan di kaunter yang betoi... Sekali betul laaaa.... Setelah menanti hampir sejam... en asben kata better kami berpecah... di gi JAIS dulu... kiter and Khaleef stay kat PPD.

Bila tiba giliran kiter, kami diminta tunggu sebentar (mereka cuba dapatkan maklumbalas dari pegawai bertugas) untuk memastikan either kes kitowang boleh diselesaikan pada hari yang sama atau kena balik umah dulu. Setelah dimaklumkan kes kitorang ley diselesaikan pada hari yang sama... kami diminta tunggu dalam 15-30 minit untuk dapatkan surat kelululsan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah Kebangsaan.

Setelah dapat surat kelulusan... kami diarahkan pula ke kaunter 2 untuk mendapatkan penempatan. Urusan kat kaunter dua cepat aje sebab tak de orang pun! Kami diberi peluang untuk memilih dulu sekolah yang dikehendaki. Al-hamdulillah... pilihan pertama kami berjaya.. dan anak-anak dah pun dapat penempatan. Kami dikehendaki membawa surat tersebut ke sekolah berkenaan/lapor diri dalam tempoh 14 hari... after that surat tuuu dah tak valid lagi.

Selesai aje urusan kat PPD... asben kiter pun sampai.... katanya JAIS dah terima borang tuu dan maklumbalas dalam 14 hari bekerja.... hurmmm... 

Kami lebih prefer kalau anak-anak ditempatkan kat sekolah lama... Integrasi BAngi. Yea laaa...  kiter lebih prefer anak-anak still ambik subjek agama. Tapi... kalau sekolah kebangsaan biasa tuu pun ley ambik KAFA disebelah petang kan? But, kena bab transit dan pengangkutan tuu kiter kena pikir dua kali... Ngan cuaca yang panas... may be anak-anak akan cepat tired... ibu pun tired kalau hujung minggu nak kena iron 20 pasang baju sekolah (Kimie dan Sephia) dan 10 pasang baju (ayah dan Ibu)... Huhhh.... penat tuuuu!

Disebabkan kiter konfiden yang anak-anak diterima masuk balik kat SRAI... maka kitowang tak gi pun lapor diri kat sekolah Kebangsaan biasa... hahhahahaa... Adakah mereka diterima masuk kembali??? 

Tungguuuuu...






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails