Friday, January 9, 2015

Detik-detik terakhir - part 2

Detik-detik terakhir part 1 yang kiter coretkan pada entry yang lepas berkisarkan detik-detik terakhir persekolahan anak-anak di bumi UK… Part 2 ni lakkk… kiter nak berkongsi lak camner kitowang menghabishkan detik-detik terakhir kami di Bradford…

Actually pas aje urusan kontena kitowang solosai pada 11 Dec 2014… kitorang mengambil kesempatan round-round sekitar bandar Bradford. 


Ni sekitar uni...


Since kenderaan pun dah tak dop untuk kitowang gi town.... kami naik aje public transport.

Kali ni, kami decide nak naik free city bus. Dari rumah... kami kena keluar ke main road dulu.. menapak bih kurang 10-15 minit gitu. Tapi pe"napak'kan kami jadik lebih lama kerana.. jalan licin diselaputi ice. Kena slow-slow gitiew!



Free city bus akan sampai kat bus stand setiap 10 minit. So, sojuk-sojuk gini... tak dop laaa tunggu lama sangat kan... 

Naik bas niii memang senang untuk berurusan disekitar bandar Bradford... cam nak pejabat council ker... bank ker... dan kalau setakat nak membeli barang keperluan/grocery harian... memang tak jadik masalah sangat lerrr kalau tak dop transport... naik aje free city bus niii... sampai ler kat pasaraya yang dikehendaki. Cuma quantiti yang boleh dibeli agak limited laaa... mana larat nak seret barang banyak-banyak dengan public transport ni kan? LAgi satu... bila berhadapan ngan cuaca yang sejuk... tak larat gak nak kuar rumah tunggu bas kan. That's why kat sini, ramai prefer shopping on-line. Klik aje... barang dah sampai depan pintu... kalau beli mencecah a certain amount (usually GB50) ley dapat free delivery. Mudah kan?

Selain jenjalan sekitar town, dikesempatan itu juga mok cik pulun kemas 2 dari 4 tingkat umah sewo mok cik kat Bradford tuuu (tingkat atas sekali dan tingkat bawah sekali). Dan jugak bizzi packkan satu beg baju dan satu bag makanan tuk kitowang bawak gi Disneyland (stori kat Disneyland akan dibuat siaran tertunda pada suatu hari yang akan dimaklumkan kelak… heh heh hehhh)… 

Balik dari Paris (21 Dec 2012)… kesihatan mok cik mula merundum… tapi hari tuu boley bertahan lagik. Esoknya ingat nak jenjalan dan penuhi missi shoping last minute untuk diri dan penuhi permintaan yang mengoder barang dari Malaysia. So, kitorang rent ler kereta untuk kami gunakan 22-27 Dec. 

1st Day rent car… kitorang jelajah a few store asda (coz nak penuhi tempahan barang kwn. disebabkan suhu yang sejuk dan kitowang lak asyik kuar masuk (indoor/outdoor)… kesihatan mok cik makin merundum… dan keesokkannya memang mok cik tesadai atas katil… tak ley nak bangun dah. 

Time tuu mok cik ingatkan malaikat izrail dah nak jemput mok cik… sakit dada… sendi dan seluruh badan tuuu tak dapat nak digambarkan. Tarik nafas tuu boleh … tapi bila udara ada dlm paru-paru… rasa cam paru-paru tuuu dirobek-robek sakitnya. So, kena cepat-cepat lepas… Bila nak lepaskan udara tuu… ada bunyik yang weird… Ngape yer???? Ada ke  doctor yang baca entry kiter nii  yang tahu ape sal? Keesokkan harinya lak, mucus (atau hingus dan kahak) dah bercampur darah… dan batuk semakin worst… tido? Memang tak ler….Puas mok cik panjatkan doa… bagi ler peluang kiter kembali ke tanah air dahulu… bertemu ayahanda bonda before kiter menemui Ilahi… dan Al-hamdulillah sehingga kini mok cik masih dipinjamkan nyawa oleh-Nya intuk meneruskan kehidupan. 

24 Dec 2014… kondisi masih kurang sihat… tapi mok cik gagahkan jugak keluar rumah.. Selagik missi ASDA tu lom solosai… mok cik tak tenang. Balik aje umah petang tuuu… kejadian semalamnya berulang kembali. Still tak dapat tido malam.. bisa badan dan batuk yang teruk

25 Dec 2014… Bangun pagi…. Sedikit recover… Cuma bisa-bisa badan dah better….. sebab dah janji ngan k. Midah (Leeds) nak ziarah dia buat kali terakhir before kiter kembali ke tanah air… Maka kami zooommm ke sana…


As usual… umah k.Midah dan Ustaz Daud meriah ngan kunjungan tetamu… Padahal Krismas niii k.Midah tak buat open house pun.  Dalam kemeriahan tetamu yang ramai tuu.... sempat gak snap gambar kenangan kami berompek... hihihii

Cukup time… kami kena beransur… nak kena pack barang tuk balik Malaysia (barang lom pack masuk beg lagik weehhh)… dan nak kemas umah yang lagi 2 tingkat:
- Level Masterbedroom/bedroom2 & Toilet 
- Level living area & dapur

Dua level ni kiter kelaskan sebagai main level yang perlu kerja keras. Even masa kiter masuk umah tuuu idok ler sebersih mana (coz landlord kitowang baru aje move out dan lom sempat dia nak cuci umah dan basuh/steam carpet, kitowang dah nak move in sesangat. Heheheee takut lambat move out dari umah lama, kitowang kena bayar sewa untuk 2 bijik umah (umah lama dan umah sewa baru…). Even gitiew… tak besh ler kan kalau pulangkan kunci, umah tak tomeiii dan bersihkan?

Waduh… time nak mengemas dan spring cleaning memang stress… sebab ia memang memerlukan tenaga yang banyak. Sedangkan keadaan mok cik baru aje recover 40%... memang tak tau nak cakap macam mana time tu! Pelan-pelan mok cik dan asben bergotong royong membuatnya. Mengalir air mata sebab tertekan tak dapat nak buat kerja ngan speed yang biasa. Banyak rehat dari bekerja… Sebab sakit wooo! Buat kerja sikit mengah… dizzy…and  batuk… Tido malam tu pun tak boleh lelap lansung… may be disebabkan risau ngan kondisi umah yang tak bersih pun ado… sebab masalah kesihatan pun ado. Hurmmmmm…

26 Dec 2014.. Al-hamdulillah, bisa-bisa badan dah hilang sepenuhnya… Cuma batuk selsema aje lom recover. So, digagahkan juga berboxing day kan! Nak shoping sangat tuuu idok ler… sekadar nak memahatkan sedikit kenangan dan pengalaman “Suatu hari di boxing day”. So, kami just pergi Designer outlet kat York aje… (indoor). Tak berani nak gi tempat lain. Sejukkk…. Indoor pun mok cik teruk gak tau!!! Sempuuttt! Tapi kuatkan semangat tuk menghabiskan sisa sisa masa kami di bumi UK. Pas tu kami sekali lagik singah a few outlet asda untuk penuhi permintaan sahabat. Tapi…. Dukacita dimaklumkan… permintaan beliau tak dapat ditunaikan… Kiter sangat-sangat terkilan and mintak maaf sangat-sangat.

Petang tuuu… kami singgah lak umah sahabat rumpun Bradford, Zizie & Zahid… 


Mereka jemput minum petang kat umah mereka. Hehehe… macam paham-paham sangat yang periuk belanga kitowang dah masuk bakul (ready untuk berpindah milik). 



 Anak-anak yang paling hepi beli dapat bergather bersama-sama kan!


Dalam batuk kong…. kong yang tak henti-henti… kiter tak lepaskan peluang tuk “bercit-chat rumpun” buat kali terakhir… dan terpaksa pulang ke rumah dengan segera sebab dah janji ngan sowang rakan rumpun yang akan mengambil a few item yang ada kat umah kitowang jam 5 ptg nanti… 

Unfortunately… after 10pm… baru kiter dapat message yang perjanjian tersebut ditangguhan keesokkannya! Oh… ok! Nevermind… kiter masih ada satu lagik tetamu….. my brother in-law and family from Portmouth… mereka ler tetamu pertama  yang tido umah kami kat Bardford dan mereka laa yang menjadi tetamu terakhir yang tido di rumah kami. 


Mereka tiba lebih kurang jam 7pm dan tibanya mereka diiringi ngan snow…  Terkenang saat 1st night kami di Bradford…. Time kami tiba tuu… Bumi Bradford baru aje start snowing dan kali niii last night kami kat bumi Bradfrod, again… Bradford baru aje start snowing… kira opening dan closing gitiew. Masa mula sampai tempohari… anak-anak aje main sajli kat luar… kiter jatuh sakit sebab tak tahan sejuk. Kali niii kiter pun sakit gak dan pun tak boleh keluar main sajli. Anak-anak ada gak request nak main sajli kali nii… but, kiter tak bagi… takut depa demam… Kiter benarkan depa sentuh gitu-gitu aje dan masuk umah cepat. Nanti kalau memasing dapat high fever, tak ley nak naik flight. No… no… no… tak sanggup dah nak stay lebih lama ngan suhu yang membeku niii dan kiter memang dah tak sabar nak balik Malaysia!. Bila entry nii ditulis… rasa bersalah lak ngan anak-anak… cian depa nak rasai pengalaman tuu… maafkan ibu yea nak! Nanti… kowang belajar ler rajin-rajin… ada rezeki ley berhijrah menuntut ilmu di Negara 4 musim dan rasai lagik pengalaman ini.

Malam tu... kiter langsung tak dapat melelapkan mata.... sebab rumah ker? Hurmmm... banyak gak lagi kena dibuat... but bab mop dan lap mengelap kiter surrender lerr... dah tak mampu dah nak buat. Or dek disebabkan beg dan bagasi pun lom siap lagik tuu.. fuhhh risau gak niii... ditambah lak sebak jugak nak meninggalkankan Bradford!!! Tu yang langsung tak ley tido tuu! Tambahan lak dapat perkhabaran dari kuarga kat Temerloh.... rumah kat kampung hampir ditenggelami air... abah & mama dah tinggal bawah jambatan... huhuhuu... tak putus-putus doa kiter titipkan agar mereka semua selamat... sedih sangat rasanya!!!

Berjayakah kiter menangani semua ini before i say gud bye to Bradford????  TUNGGUUUUU..........


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails