Cerita basi wehhh... dah habisshhh syawal 2016 punnn!
Tapi......... Bila dah start berblog... nak tepek gak.. walau citer basi... bukan apa! untuk tatapan di hari mendatang.
Semua orang dah sedia maklum.. Raya Adilfitri 2016 kali nii jatuh pada hari Rabu 06 jun 2016.
Oleh kerana turn Pahang.. tak de laĆ berebut2 nak pulang beraya awal. Isnin pagi.. still kat Bangi.. shoot ke Alamanda, shoping kemeja Kimie yang menanti tuannya balik dari asrama. Perghh.. baru tenang sikit nak shopim... Yup.. orang still ramai but dah tak se crowded seperi sebelum ini.
And ptg baru shoot balik Temerloh.
Berbuka dalam perjalanan.. hehehehe.. mmg ambik time tuu sebab gatai nak ada experience berbuka atas jalan... hahahaa
Sampai Pahang... beshhh.. berchit chat ngan moms and siblings... abah??? Hurmm... tak berapa sihat... We ols berchit chat sampai lewat malam... mau nak masuk waktu bersahur... hahahha.. bila jumpa siblings and my lovely mom... usah citer laaa kan.. tak hingat doniaaaa....
Bersahur... juga sangat bermakna bila dapat makan ngan insan2 yang tersayang kan???? Really miss that moment... indeed!
XTVT di hari terakhir Ramadhan (selasa)...
Kami ambil kesempatan singgah ziarah rumah2 insan2 yg kurang berkemampuan..
Menyampaikan sumbangan yg kami dan rakan2 kumpul untuk membahagiakan insan lain yang sangat memerlukan.
1) rumah nenek nii... bila kami bagi cash... nenek ni bagi tau kat cucu2 dia bahawa esk menu raya ada ayam.. maka bersorak laa cucu2nya dapat makan ayam setelah berbulan2 tak dapat makan ayam.
2) rumah nenek ni yg tinggal sebatang kara. Suami tersayang telah kembali ke rahmatullah selepas kejadian banjir besar tempohari. Anak cucu ada.. tetapi tinggal di rumah lain.. but no so far... dekat2 situ je. Anak cucu nenek ni pun orang susah gak... kondisi rumah mereka pun lebih kurang sama.. bila kami bagi kordial.. menandah tangan diorang heppi sebab dpt berbuka dengan air manis ptg nanti.
Tp sedih lak tgk nenek nii dok perti kuih bahulu yg kiter bawa.. actually dah lama nenek ni ngidam nak makan kuih bahulu. Nak buat tak de bahan.. nak beli tak mampu.. bila dah ada depan mata.. tak boleh makan pulak.. sebab ada telor... sewaktu lawatan nii di buat... nenek ni kena kayap. Cian dia! Moga nenek cepat sembuh. InsyaAllah.. ada rezeki.. kami datang lagi.
Balik dari menghantar sedikit sumbangan.. baru kami sediakan pulak juadah uuntuk hari esok.. lemang dan rendang.
Step one.. basuh buluh lemang yg my dad dah siap beli
Step two.. padang khemah.. agar orang yg nembakar lemang nanti tak terbakar sekali
Step 3.. naikkan bara atau tempat membakar
Step 4.. masukkan daun pisang dah beras pulut yg dah direndam dari sahur tadi ke dalam batang buluh. Hurmm sayang gambo tak dop.. sebab kiter yg sibuk tulun my mon buat itiew semua.. tak dop satu kamera pun nak capture muka kiter. huhuhuuu
Final step... ngappp.. nyumm.. nyumm.. nyummm hahahaa (aktiviti tersebut dilakukan selepas berbuka yeaaaa!)
Sebelom citer hari raya yang sebenar ke udara...
Sambut lah salam aidilfitri dari kami seisi kuarga..
(Gambar pre-raya yg dicapture pd malam Ahad.. sebelum pulang bercuti! Heh heh hehh)
Mohon ampun maaf atas salah silap tutur kata dan perbuatan samada dengan niat atau yang tanpa disengajakan dengan pesanan penaja. Memaafkan tidak dapat mengubah masa lampau.. tetapi dapat menceriakan masa hadapaan. So, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
Till then............ Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment