Friday, June 16, 2017

3rd Week of Ramadhan

Perrgghhh.. Kejap aje masa berlalu... sedar tak sedar.. rupanya dah masuk minggu ke-3 kita di bulan Ramadhan 2017. Kalau tak mengarang entry nii... sememangnya kiter tak sedar lansung yang kita dah masuk fasa-fasa terakhir Ramadhan. MasyaAllah... mmg sebak rasanya. Sebab terasa sungguh kiter dalam kerugian kerana tidak memanfaatkan sepenuhnya bulan yang mulia ini.

Menjalani ibadah puasa sepanjang minggu ini dah tak de masalah sangat bagi Khaleef. Dia dah boleh menahan lapar dan dahaga. Still aktif berlari. Mulutnya pun aktif gak... tak henti-henti bercakap weiiii... Cumanya... bersahur dia sekali aje proper di meja makan... yg lain-lain... makan ngan mato terpejam. Ayahnya laa yg dok suapkan makan.. Dia tinggal kunyah dan telan aaje.



Selain itu.. my son yang sorang nii memang rajin membantu kiter kat dapur... boleh dikatakan.. hari-hari dia bantu untuk masak nasi...  

Kenkadang dia dapat tugasan lain... iaitu memotong buah tembikai. Usah dipertikaikan kalau buah tu ada pelbagai pesen bentuk dan saiz... Almaklum laaaa... budak kinder garden yg potong kan! 

Selain tuu.. dia rajin gak memegang sudip waktu kita menumis... time tuu ibu dia mmg seriau sikit... yea laaa... takut laa ada insiden yang tak diingini berlaku kan... lagi pun dia berdiri atas stool.. memang agak scary laa kan! 

Anak-anak aaiii yang lain tuu ada gak membantu.. but boleh di kira laaa... hihihii... memasing, bila dah ngadap citer korea... ibu bersilat kat dapur pun tak perasan!

Setelah 2 minggu kami bersahur dan iftar bersama 5 beranak... kini tiba masanya untuk kami menghantar Kimie pulang ke asrama. A day before tu kami bermalam di Pekan. 

So, untuk iftar di Pekan... kami mengambil peluang untuk ziarah Bazar Ramadhan di situ. Buat sekian kalinya khaleef di bazar... nampak itu dia nak... nampak ini dia nak... Khaleef lapar... katanya. 

Sebagai bunda... kiter kena mainkan peranan agar memujuk dia untuk membeli berpada-pada bagi mengelakkan pembaziran. Pujuk laa sikit-sikit si tecik tuu agar tak terlalu mengikut perasaan. Tapi layan gak laa permintaan dia as a reward dia dah berjaya berpuasa full untuk hari yg ke sepuluh di usia yang belum pun mengenjak ke angka 5.

See... muka-muka heppi ngan juadah pilihan hati masing-masing. Nanti kat hujung entry ni kiter snap juadah apa yg ada dlm plastik-plastik tu erkkk!


Lepas hantar kimie pulang ke asrama... Bermula laa episod baru kami untuk Ramadhan 2017. Suasana iftar kami semakin suram... Kimie tak dop (balik asrama)... sephia pun tak bersama kami. Kerana pusat tuition dia mulakan kelas seawal jam 6.45pm.. break for iftar together ngan kawan-kawan... perform solat together dan sambung balik tuition jam 8.15pm.

Tinggal laaa kami bertiga... huhuhuuu.... Meh Zooming menu iftar kami:




15th Ramadhan: Still meriah lagik... anak-anak masih ada berbuka bersama... menu pilihan sephia spageti cabonara, menu request by Kimie, masak lemak keli salai, Kuih lak... kiter buat roti jhon sardin dan new stok donut. Buah sebagai pelengkap meja dan bubur lambuk (bubur ni bukan kiter buat tau!)

16th Ramadhan: Kami di Pekan... ini laaa juadah yang sempat kami pancing di sekitar Bazar Ramadhan termasuk En Mc Donalds

17th Ramadhan: Kami just berbuka padprik sotong yang dicampur sikit koktail sausage, buat cucur udang colek kuah kacang, bubur jagung dan buah.. Sedih beb... just three of us only😭

18th RAmadhan: Kerapu Sweet Sour, tom yum sayur, pekasam goreng, cara manis, pau sardin

19th Ramadhan: Udang Goreng Kunyit, Sup tauhu telur, salads, ketayap inti daging, dan kiter goreng aje donut yang kita dah buat stock frozen sabtu lepas.

20th Ramadhan:Ikan goreng asam, masak lemak kobis kuih bakar bijan, sausage and sardine roll (kiter ada buat extra sebab Sephia ada pot luck untuk majlis berbuka puasa di sekolahnya). Buah.. mango (bukan harumanis yea!) Tapi... cukup manis....πŸ˜‹πŸ˜‹

21st Ramadhan: Memasing dah tak lalu nak makan nasi... so, masak daging black paper, kailan ikan masin aje. Kuih di-varietykan.. sebab tekak nak telan kuih muih aje. So ada lebih kuih bakar semalam (panaskan semula sebab dah sejuk kiter simpan kan dia dalam peti sejuk), goreng donut dan karipap frozen, pastu buat roti John Sardin (since bun ada 2 ketoii aje).

Minggu ini juga agak special... sebab.. ada extra juadah moreh dan sahur... nak termuntah kiter dok telan hari2. NAk tau kuih apa???

Taraaaa..... Purchase order dan bocer untuk disemak before di authorise... Ekcelli... kuih nii dah ada sejak minggu lepas... tapi minggu ni semakin banyak kuantitinya... Dalam keterpaksaan tuu... telan gak laaa... Sebahagiannya laaak terpaksa hangkut masuk meeting. (isyy dalam bulan Ramadhan ni pun banyak giler meeting yg kena hadiri...) phewwwww...πŸ˜“.

Dalam dok sibuk ngan makan dan "makan". 


Aktibiti kerohanian tidak dilupa. Finally... Majlis Khatam Quran diadakan  pada 16 Jun 2017 di Rumah PERMATA.


Alhamdulillah, kehadiran peserta tadarus amat menggalakkan.


Ya Allah... berkatilah kami... semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kami agar kami mempunyai ruang dah peluang untuk terus beribadat kepada-Mu. Amiinnn

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails