Sunday, September 17, 2017

Gud luck Sephia

Pejam kelip-pejam kelip... Sephia lak yang menduduki UPSR tahun nii.

Anak bertuah kiter yang sorang niii memang menuntut  kiter agar punyai tahap sabar yang lebih... mmg sesak nafas laa berperang ngan dia.

Belajar secara kendiri.. hurmm tak dop dalam kamus hidup dia (takat ni laa)... So, alternatipnya... terpaksa laa kami outsource pihak ke-3 untuk bimbing dia. Itu pun atas pilihan dan persetujuan dia laa. Tak de konsep paksaan untuk mereka.


Ni minah tu selepas menghadiri kelas pecutan akhir 10hb ptg. Esk pagi dah nak gi berperang. So kami bawak dia rest mengopi mengcokelat. Huuhhh.. nerbes or lapaq.. tak tauuu laaa. Menu minum ptg aje... liciiinnn.

Petang tu jugak.. sesi kita bagi doa restu.. 

Buat anakandaku Sephia...
Ibu ampunkan segala dosamu..
ibu halalkan makan minum dan susu ibu yang diberikan.
Berjuanglah dikau pada hari esok dengan hati yang lapang dan tenang.
Ketahuilah olehmu... doa dan restu ibu senantiasa mengiringimu.

Kau terima dan mendengar ucapan ikhlas ibu dengan iringan air mata... hurmmm tak sangka ibu... sekeras-keras hati anak ibu yang sorang ni... mengalir jugak air matamu... anyway... gud luck for tomorrow


1/09/2017- Paper Bahasa Malaysia

Kiter memang dah siap ambik choti... sama time kimie exam dulu... bagi moral support untuk anak.


Kunun-kunun buat laaa revision sekilas lalu..


Cukup time... semua kena berkumpul. Sephia dapat sit di dewan yang ke-2.. Nama start N kan... Di sini laa diagihkan salinan surat beranak untuk di bawa masuk dewan. Dan pihak sekolah membekalkan alat tulis untu pelajar-pelajarnya bawa masuk ke dalam dewan nanti. Tapi.. kami dah bawa alat tulis sendiri.. 


Sementara tunggu time masuk dewan.


Selepas membaca doa... tiba laa anak-anak berjuang. Selamat ye anak-anak semua...


Dan kami... ibu bapa dan guru... mengadakan bacaan Yassin... salah satu senjata yang diharap dapat membantu anak-anak kami yang kini berada di "medan perang".



Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR.  Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah. Permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Amin, Ya Rabbul Alamin.

Ni... selepas tamat paper 1... hurmmm... i know... BM pemahamam bukan dia punya febret... anyway... yang lepas tak yah pikir... teruskan berjuang untuk paper-paer yang mendatang

Selesai aje paper 2... dia termenung.. mendiamkan diri.. Sampai aje rumah tgh hari tuu... terus duduk depan TV. Layan citer korea... sampai lewat ptg... baru turun bawah.

Lepas ajer makan malam... terus tarik selimut... haiiiyaaa... tak sempat ayah dia nak share tip untuk esk.

12/09/2017 Paper Bahasa Inggeris I dan II

Pagi tuu.. mmg dia tak buat revision pun... bila kiter nak share tips... Siap dia sound.. tak payah laa ibu.. tips-tips bagai... Semalam baca tips... tak de lak masuk exam.. tawakkal aje laa...

Hurm... nak hangin gak kiter... but... cepat-cepat tarik nafas dan beristighfar... tak mau ada sekelumit pun perasaan terasa hati kiter buat dia. Takut kerana nan sekelumit itu menjadi halangan untuk dia duduki exam pg ni.

So... ikut awak ler nak oiii... 


Bacaan doa before masuk dewan



Kami... ibu bapa dan guru... menitipkan bacaan Yassin buat mereka...


Habish ajer paper 1... nampak dia menguntum senyum... mudah sikit dari semalam katanya.

Kalau Kimie dahulu... sebaik sahaja habis sesatu paper... keluar aje dewan.. dia akan cari ibu dahulu... pelukkan kiter akan meredakan perasaan dia yang baru habis berjuang. Dan sementara paper yang seterusnya... dia akan bersama kiter sehinggalah tiba masa untuk masuk dewan.

Tapi.. setiap anak itu kan lain sifatnya...

Sephia hanya akan berjumpa kiter bila habis exam.. dan waktu perantaranya... dia lebih selesa ngan kawan-kawan


Bekal yang kiter masakkan untuknya lebih selesa untuk berkongsi dengan teman-teman. Kiter biarkan aje dia ngan kawan-kawan... ulangkaji saat akhir atau berborak untuk meredakan ketegangan.

Kiter? I'm there... jika dia perlukan sokongan dari kiter... kiter ada di satu sudut tepi kantin sekolah... bersama ibu bapa yang lain. Bila cukup time dia masuk dewan... dia akan salam minta restu..

13/09/2017 Paper Matematik.


Pagi tuu... actually Sephia lebih memerlukan ayah dia.... Math bukan febret kiter... So tak tau nak bagi tips apa untuk dia. Sephia memang mengharapkan ayah dia datang untuk memberikan semangat untuk dia. Tapi... nak buat camne.. 1st week kuliah di UPM.. tak boleh batal kelas. 


Ni kiter titipkan gambo anak2 sedang baca doa di Dewan 1. (bukan dewan Sephia)


Seperti biasa... ibu bapa dan guru di surau sekolah...


Sebaik sahaja habis Math paper1... beberapa kali gak dia tanya... ayah datang tak??? May be... jwb kiter ringkas. Jelas dia memerlukan ayahanda di sisi.. coz katanya pagi tu papernya agak susah.

Sib baik sewaktu dia melangkah masuk untuk paper 2... ayah dia sempat datang say hi dan wish gud luck dari jauh... so heppi laa minah tu berjuang math paper 2. 

Sebaik sahaja keluar dewan petang tuu... muka memang macam cencurut. RAmai anak-anak yang basah kelopak matanya... susah sangat-sangat katanya... Tawakkal aje laa nak oiii

14/09/2017 📢📢📢Last paper... last paper... Sains...

A nite before.. Just buat latihan sikit-sikit ajer... mood dia tak berapa elok disebabkan Math semalam.


Seperti biasa... bacaan Yassin masih dititipkan untuk perjuangan mereka yang terakhir untuk UPSR 2017.


Seperti biasa... bila habis paper 1... anak-anak akan diberikan air kotak dan roti untuk alas perut.

Hari ini tidak seperti biasa... Sephia banyak menhabiskan masa ngan kiter untuk ulangkaji buat kali terakhir sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Selesai sahaja Paper 2 Sains...


Tersenyum ajer anak.. anak... 2 faktor katanya...

Senang dan... MERDEKA!!!! Alhamdulillah.... 



Tapi... mereka ni baru merdeka 50% sebab... PSRA akan menyusul in two week time...

Apa-apa pun untuk 2-3 hari ni... kiter rehatkan dia dari dipaksa membaca... hahahhahaa

Kiter lak... lega banyak bila anak dah lepas UPSR... penat wooo nak suruh minah yang sorang ni membaca... hatta nak mintak pegang dan sentuh kulit buku pun payah woo... so memang lega.

Apa-apa pun... buat anakku Sephia...


  • Usaha (👌 walau agak terlewat.. but better dari tak dop langsung kan!)
  • Fight - 👌done
  • Doa - plezzz... non stop wokey
  • Tawakkal
As conclusionnya... apa pun result yang bakal keluar... ibu akan redho... 

kalau result tak menyebelahimu wahai anak... ingat... ini bukan pengakhiran hidupmu... belajarlah dari kesilapan dan kelemahan lalu.

Jika result kali ini menyebelahimu... alhamdulillah... jangan riak dan takbur... ini baru permulaan... masih banyak ranjau kehidupan yang bakal menantimu di hari mendatang... keep it up dan gandakan usaha...

#tunggu dan lihat


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails