Wednesday, November 10, 2010

Sharing.... is?????

Haaaa.... Sila sambung Title entry I kali nih..... Sume tahun kan.... Sharing is Caring.... So, today I nak caring uols tau... psl 1 e-mail yg i terima.... may be ada yg dah baca.... for those yang lom baca....bole baca... yang dah... terpulang... nak baca bole tak baca pun bole...

I don't now... the originality of the e-mail/penulisnya... sbb I terima dari hasil kerja forward meng fowards... so tak dpt nak bagi credit pada penulis asal... Kesahihan cerita nii cam bole disapport.. Coz my friend yang dah masuk kat sini banyak citer benda yang sama... Depa kata, kalau iman x kuat, jgn sesekali nak try test tanya menanya... sure akan terjerat... Kesudahannya... muka cam gitu gak... gitu gak ngan pusat2 menguruskan badan... citernya bih kurang sama...

Ape storinya.... silakan baca:

Untuk dikongsi bersama…



New York Skin Solutions (NYSS)
D nak bercerita tentang pusat kecantikan NYSS. D mula join NYSS dalam tahun 2007. Masa tu D terpengaruh dengan rancangan kecantikan(Chinese version) kelolaan NYSS di NTV7 sebelum pakar kecantikan di TV3.

D buat first trail dan memang first trial percuma tapi sebelum masuk dia scan kulit kita…lepas tu dia buat rawatan…memang best…first class punya layanan kemudian lepas habis dia minta kita tunggu kat bilik kaunseling. Masa nie dia scan lagi…dah tentu Nampak perbezaan kan sbb dah cuci muka…so diapun cerita dan buat kita excited dengar. Dia bagitau problem kita dan cadangkan rawatan. Dia kata memang lepas buat 5 kali rawatan…kita akan nampak perubahan. Masa tu D mintak nak balik fikir dulu sebelum buat keputusan bukan murah beb dekat RM9000 untuk 20 session. Masa nie 2 orang consultant akan masuk…so jadi 3 orang. Mereka akan pujuk kita supaya terima…mereka reduce harga package. D confiden sapa2 pun bila di asak bertalu2 oleh 3 orang dan takut2kan kita dengan problem kulit kita maka kita akhirnya akan bersetujukan lainlah yang kuat semangat. Setelah hampir lebih 2 jam di asak bertalu2 dalam bilik tu akhirnya D ambik package dengan collegen treatment berharga RM6800 utk 20 session. Bab pujuk memujuk nie memang consultant di New York Skin Solutions hebat. They are very persuasive.

So D mulalah susun tarikh rawatan. My first consultant adalah Yuki. Masa rawatan pertama dia mintak D tukar all my cleasing produk guna New York punya brand. So D pun tukarlah habis lebih RM300 utk clenser, toner dan moisturizer.

Sessi ke 2 dia mula promote collegen drink. Dia kata kalau nak lebih cepat berkesan baik ambik collegen drink nie. So habis lah RM2100 kat sini. Setiap kali rawatan dia akan promote kita supaya up gradekan package. “kalau u tak buat nie…lambat sikit nak ok, kalau u buat nie lebih elok, kalau u guna produk nie rawatan u lebih berkesan” itulah kata2 pujukan dari mereka. Habis package yg dicadangkan pada awal tu tak bagus lah rupanya.

Masuk rawatan ke 6, Yuki ditukarkan ke Subang Jaya so gantilah dengan Angel Too. Kalau Yuki dulu dia faham bahasa sikit. Kalau kita tak nak dia tak paksa….Angel nie lagi teruk. Disebabkan dia supervisor kat NY the Curve maka dia perlu mantainkan dia punya monthly sales. Sistem NY adalah seperti berikut setiap consultant harus promote produk NY semaa rawatan dan sesiapa dapat jualan tertinggi akan dapat reward. So mereka nie akan berusaha untuk kenakan pelanggan.

Betina nie tak faham bahasa….masa mula2 buat rawatan dia akan berbual dengan kita…tanya macam2. So kita ingat dia mesralah tapi mereka nie dah dilatih untuk bertanya soalan bagi melihat kewangan pelanggan. Masa rawatan dibawah Angel, D terkena hampir RM4500 termasuk produk dan up grade package. Kind a scared to come out from facial room after each facial treatment sometimes. Scared to get consult ~~BUY....BUY....BUY or asked to top up facial courses. This situation allways make me stressed. Now.... almost RM12,000 just gone like that.

Tentu nak tahu apa hasilnya kan. Masalah pore tak hilang tetap kelihatan wp sekarang dah masuk 25 kali rawatan. Masalah shagging tetap kelihatan, tiada perubahan. Ingat D ada beli collegen drink sampai habis 20 paket D minum tetap tak nampak kesan. Itu belum masuk produk harian, setiap 3 bulan kena beli sbb isi kandungan botolnya sikit je wp ditulis 50gm. Tak sampai 2 bulan cleanser habis. masalah skin oily masih macam dulu cuma kulit nampak lebih lembut sbb dah buat rawatan memanglah.

My fren (kerja sama mcm D tapi cawangan lain) terkejut bila dia tengok beg biru NY ketika kami sama-sama menginap di hotel masa kursus. Dia adalah Chinese girls, dia kata macammana D boleh guna produk PENIPU. Dia pun bercerita, owner NY adalah dari Singapura. NY claim bahawa barangan mereka diimport tapi sebenarnya produk tersebut dari kilang di Seremban malah kawan D pernah pergi ke kilang tersebut dan owner kilang tu tak tahupun bahawa NY guna produk mereka. Mereka beli dengan harga yang murah dan dibawa ke Singapura untuk packing dan claim import. Harga markup lebih dari 500%. Kawan D ini handle kes NY sbb tu dia tahu detail about NY tapi D tak boleh cerita detail sbb kerahsiaan.

Masa D dengar…D rasa macam nak pengsan. Lepas tu D berkeras tak beli apa2 produk dari NY lagi akibatnya Angel Too tak buat rawatan untuk D sebaliknya dia suruh pelatih baru yg buat rawatan. D dah tak peduli lagi yg penting D nak habis cepat2 rawatan tersebut sbb dah bayar beb rawatan yang dia buat macam lepas batuk ditangga aje....pakaikan kita mask dan biarkan hampir 45 minit dan bila time rawatan tak sampai 15 minit pun. masa kita lama habis kat mask. D pernah dibiarkan selama sejam di bawah cold steam sampai ada bentuk ais beku kat hidung sbb terlalu sejuk. kejadian nie berlaku selepas D tolak untuk up grade package.

So anda diluar sana…..kalau tak de duit lebih jangan masuk kat tempat nie. Mereka adalah lintah yang tengah tunggu untuk hisap darah anda. Mereka nie kering hati dalam bab2 menipu.

Jika anda lihat rancangan pakar kecantikan di TV3, setiap peserta didalam rancangan tu dapat ganjaran RM3500(dlm bentuk package rawatan) dan produk. D juga pernah ditawarkan untuk masuk dalam rancangan tu tapi D tolak. So tepuk dada tanyalah selera.

2 comments:

nashora said...

erhmm.....

like daughter like mother...selalu nak untung....

Syura Ali said...

betol ker ni..
wah baru cadang nak pergi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails