Friday, December 19, 2014

My belonging dah berangkat pulang...

Pejam kelip-pejam kelip dah almost 2 tahun kiter kat bumi UK... dan  My awards ceremony dah pun berlalu pada 4th December 2014.... Tiket balik pulang ke tanah air lambat lagik tapi dah book dah pun! Bila???? Heheheheee...

Sedara mara terdekat dan sebahagian member2 ada dah yang dah tau bila kitowang balik Malaysia. Those yang tak tau... meh den kobarkan kat sini... kalau ikutkan kami akan kembali ke tanah air sebaik sahaja my Inchik asben habiskan post-doctorial programe dia pada awal bulan March 2015 depan. Tapi... penerbangan pulang ke tanah air kami dipercepatkan sikit... iaitu kalau tak dop aral kami akan berangkat pulang ke tanah air pada 27 December 2014 nii. Ini adalah disebabkan untuk memberi laluan kepada anakanda sulung kami untuk adapt ngan cuaca dan kembali ke Malaysian Education system kerna UPSR 2015 menanti... hahahhahaaaa!

Before tuan punya body dan askar-askarnya berangkat pulang... our belonging pun kena ler bawak balik sekali kan? So, seawal bulan oktober kami dah survey2 kontena... most of kontena yang kami survey tak boleh muatkan barang dan kereta sekali... hanya Atlantis dan Arcadia  company aje yang boleh. But Arcadia syaratkan kitorang tuk carik sendiri platform nak naikkan kenderaan ke dalam kontena. Hanya Atlantis aje yang yang match ngan our requirement. Finally, kitorang decide ambik perkhidmatan Atlantis... but When?

Asalnya kiter nak book on 23 Dec... tapi... Atlantis tu advise paling lewat 21stDec. Precaution kot-kot snow lebat... kenderaan tak selamat untuk keluar masuk... dan hampir ngan cuti Krismas dan Tahun Baru. Memandangkan 21st tu kitowang ada agenda lain... maka tarikh mengangkat barang masuk kontena kami akhirnya dipercepatkan pada 11 Dec 2014.

Apa yang dibawak balik? Hahahhahaa... kereta tuuu udah pasti. Since dah entitle AP kan? Tapi kitorang angkat yang biasa-biasa aje! Sesuai ngan citarasa family type dan ongkosnya! Pull stop!

Barang lak... Kiter start memasukkan depa dalam box seawal Nov. KPI nyer adalah satu hari satu box. Kununn... padahal, reality nyer... satu minggu satu box... hahahhaaaaa! Macam mana nak masuk box.... mostly our belonging tuuu tgh digunakan. Kiter kat sini tak dop ler memborang sakan!!! Tu yang rasa membazir sangat nak sewa kontena yang berasingan ngan kenderaan.

Barang asal kitowang ada ler dalam 3 kaki... sikit kan? Nak dijadikkan cerita tertiba ianya beranak pinak last minute bila kiter dapat order dari kenkawan dan sedara mara dari Malaysia. Nak memenuhi permintaan mereka di saat-saat akhir memang kami agak nazak.... Ada yang boleh book on-line tuuu senang sikit... tapi... cabarannya tiap-tiap hari kami kena kena kuar ke bandar untuk bertemu ngan Cik HSBC (hehehee... kena kuar duit dari Bank Malaysia dulu) pas tuuu singgah pulak kat Llyods Bank (tuk memudahkan belian secara on-line yang kenkadang tak ley guna credit card Malaysia). 

Pernah gak satu hari tuuu kami keluar 8.30am... perjalanan mengambil masa 1 jam setengah... tiba kat outlet  tu 10.am... spent kat outlet tuuu setengah jam... dan rushing balik ke Bradford untuk menghadiri majlis yang rakan kami buat untuk meraikan keberangkatan pulang kami... Dan pernah gak kami singgah dari satu branch ke satu branch dari pagik sampai petang selama dua hari berturut-turut mencarik barang yang diorder.

Ada gak yang rakan taulan order direct dari Malaysia cuma guna billing address kami kat UK. Tugas kiter lak hanya meng'wrap' dengan proper sikit (kalau barang yang depa order tu fragile).

A few item yang diorder/dibeli tadik perlu dibuble wrapkan dulu... dan ada yang boleh terus masuk kotak... dan diwrapkan ngan pembalut plastik hitam agar kotak tak lembik akibat sejuk/hujan/salji.

Bila dah barang beranak pinak secara drastik ini... maka dengan agressifnya En Asben mengorder kotak kat member... Thanks to Azahan, Zahid dan Ezat yang menjadik supplier kotak kitowang. 

Dalam dok sibuk mencarik dan membungkus barang di saat-saat akhir... tetiba masuk PM dari sowang member rumpun.

Salam kak,

Saja nak update pasal menu yang kami akan bawak rumah akak esok...

Sarapan:
Kak Adiyati : Mee/kue teow goreng + Kuih
Kak zizi: Bihun goreng....

Lunch:
Zakiyah: Gulai telur + Nasi putih (5 pot) + Air panas
Aisyah : Kari ayam
Baini: Sayur campur + Limau + Kek
Dell: Sambal belacan + Cheesecake

Utk polisterin,  Aisyah, Dell dan kak zizi akan bawakan...
Untuk air panas, saya bawa satu termos, za satu termos dan Dell dua termos...

Jadi akak tak perlu risau pasal makanan....
Concentrate pada aktiviti mengemas.... 
Kalau perlukan bantuan, roger jer saya 

Mak aaiiii... terkedu jap kiter membacanya. Kiter dan En Asben terus rasa sebak dah syahdu.... Ya Allah.... tak terbalas jasa yang mereka curahkan. Padahal most of them adalah student yg pack jadualnya dan ada yg tgh stress coz dah hampir tiba ngan garisan penamat iaitu di final stage of their Phd. 

Maka kiter pun terus ler mengemas.... Sedar tak sedar jam dah menunjukkan angka satu pagik.... kul 10 pagik nanti kontena dah nak sampai....tak larat sangat dah. Masih ada 23 kotak (member punya) yang belum di bungkus ngan plastik hitam tuuu..... Sorri yea beb!  Badan kiter memang dah cannot go dah...  So, kiter just tampal aje sticker address dan numbering kat box togel tuu. 

Finally...  ini ler hasil gabungan barang kami dan tempahan sedara mara dan rakan taulan... dari 3 kaki.... dah jadik 8 kaki... tak de ler rugi space kan... heheheeee!


Pagik hari kejadian... iaitu 11 Dec... kiter just buat satu jug kopi kapal api (stok kiter ada lagik wehhhh!) dan buat "tortila doner". The rest rakan rumpun yang bawak....Terima kasih yang tak terhingga buat kalian... (Baini, K.Adi, Zizie, Za, Aisyah, Dell, Husna & Dr Fauziah). Luv u all soooooo muucchhhh!!!!!!


Seawal jam 9 pagi... Wakil Atlantis dah pun sampai... mak aaaiiii.... awalnyer...


Sib baik kontena lom sampai lagik... sempat ler kaum bapa alas pewot before angkat barang. Oh yea... most of kaum bapa at Bradford niii kerja shift pagi... depa sampai umah kitowang direct from tempat kerja... memang lapar giler..



 Baru aje nak bismillah... kontena dah sampai... lorrhhhh.... baru 9.30 pagi.... Actually time yang diberi ialah dari 10.00am-1pm. Kalau lebih dari kul 1... kena bayar overtime kat Atlantis tuuu.


Tengah kimie dok asyik ambik gambar kontena & driver  tuuu... sekali driver tu suruh kimie naik lori... dan dia lak ambik gambar kimie hahahhahhaa... sporting betoi depa niii.


Since awal lagik... Kiter jemput ler driver kontena dan another wakil dari Atlantis menjamu selera ngan selera Malaysia... Tapi depa nii nii memang jenis tak makan heavy waktu pagi... depa just minum kopi aje!


Oh yea... bila share kontena (barang/kereta), barang kena masuk dulu sebab sampai kat port Malaysia nanti... kereta akan keluar dulu untuk urusan AP dan kastam... barang lak akan stay dalam kontena sampai direlease oleh pihak kastam. So, bagi memastikan barang tak berlebihan atau mengambil  or mencuri space kereta... wakil Atlantis tuuu akan ukur dulu panjang kereta kita... dan calculate berapa space untuk kereta dan berapa yang lebih untuk barang.  Next, depa akan marking kontena tuu... So barang tak boleh lebih dari line yang dibuat.


Next depa pasang track barang dan dah nak start tolong angkat barang. Maka... tercekik-cekik rakan rumpun yang lain untuk menghabiskan makanan yang ada dalam piring... dan memasing bergegas turun ke basement kitorang tuk memulakan acara.



Untuk naikkan barang yang berat...  just naikkan barang guna troli...



Ini ler muka-muka orang kuat Bradford... Thanks a lot lot lottt!!! Jasa kalian memang banyakkkk sekali dan akan kami kenang sepanjang hayat.


Barang dah pun solosaiii.... next Wakil Atlantis ni pasangkan partition tuk asingkan barang ngan kereta. Ini bagi mengelakkan barang berat (yang diletakkan di bahagian bawah/dasar) jatuh atas kereta kita!

Dah pasang divider...  Wakil Atlantis pun dah nak naikkan kereta kitowang masuk ke pewot kontena. Sib baik depa yang buatkan... kalau idak cuak gak kitowang kan!!!! Belum pun sempat kereta kitowang tuuu mendaki laluan yang disediakan.... hujan air batu a.k.a snow kasar turun... sekelip moto  aje kereta kitorang memutih ditutupi salji... Fuhhh... nak gak dia bawak balik salji bersama-sama... hahahhahhaa...


Atas kepakaran mereka.... sekejap aje kereta kitowang dah ada dalam pewot kontena... Pas tuuu depa pasangkan benda alah niii untuk mengelakkan kereta tuu bergerak disepanjang perjalanan dan pelayarannya nanti.


Belakang kereta tuuu kiter letak matress niii. Opsss ianya bukan matress akcelli.... Ianya adalah 2 keping duvet yang membalut kotak untuk dijadikkan sempadan/proctector ler kunun!


Dengan 9 orang tenaga warga rumpun plus another 2 orang wakil Atlantis yang banyak membantu... Urusan memunggah barang kami memang pantas sekali. Less than one hour!

En Drebar lori lak memang tak ley involve dalam urusan angkat-mengangkat dan punggah memunggah nii sebab:
1) May be depa niii adalah sub cont (usually prime mover... kontena itself dan company shipping adalah 3 party yang berbeza or different entity... tapi tak mustahil gak entity yang sama)
2) Driver tak boleh penat or sakit badan dek berpunca dari angkat barang... tugas utama dia adalah bawak lori dan barang selamat sampai ke destinasi. Kalau dia penat.... MERBAHAYA!


Before kontena nii dibawa ke port... Kami kena sign dulu docket kontena niii. Katanya kena simpan elok-elok untuk ditunjukkan masa kat Port Klang nanti




A few maklumat buat rujukan akan datang... termasukler seal biru tuuu...



Akhirnya.... our belonging dah pun berangkat pulang... huhuhuu... sebak dah syahdu lak rasanya! tapi LEGAAAAA gilerrrr!!! Tak payah dah nak mengadap kotak dan buble wrap! Hik hik hikkk!

Next... baru ler kami semua dapat makan ngan proper... chit-chat dan sebagainya!




Kepada warga Rumpun Bradford... Terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan dan kerjasama yang diberikan. For sure kiter kaan rinduw giler ngan kalian semua. Ukhwah yang terjalin ini sangat umpphhhh!! Tak dapat nak diceritakan atau digambaran ngan kata-kata...

Wi'll muss u all... and till we meet again!!! Sob... sob... sobbbb!!!!

4 comments:

nini said...

wah susah jugak kan....finally its doneee......

fazila said...

assalam sis,

Saya berminat untuk menggunakan khidmat yang sama, dan ingin bertanya sis utk maklumat lanjut.
kalau tidak keberatan mintak tolong sis whataps saya di no ini, +447448922886 (ila).

Terima kasih.

yanmaneee said...

golden goose
kyrie shoes
lebron shoes
yeezy
hermes
air max 95
goyard handbags
yeezys
jordan retro
adidas stan smith shoes

sefesea said...

you can find out more 7a replica bags wholesale discover this info here gucci replica bags straight from the source replica designer bags

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails