Tuesday, December 15, 2015

PERCUTIAN KE LOMBOK 6D5N part 2

Sambung stori errrkkk…

Before kiter stori tentang our journey to to Lombok…  Jom kita review sikit 10 fakta mengenai Lombok:

1) Dianggap adik kepada Bali , pulau yang cukup cantik dan penuh dengan keseronokan. I told u… kiter pernah ke Bali. I dunt like aktiviti pemujaan yang padat di Bali… So I prefer Lombok lagik… Pemandangannya lautnya pun chantekk sama cam Bali… So tak rugi lerr tak gi Bali kalau dah ke Lombok!

2) Agama Islam sebagai agama utama dan Buddha sebagai agama minoriti dan lain-lain agama seperti hindu dan kristian puan ada. So, bagi yang muslim percutian di pulau ini akan lebih mudah. Aktiviti pemujaan dan barungan cam kat Bali tuu tak de laaa…. dan masjid ada di sana sini dan dekat-dekat sebab Lombok terkenal dengan pulau seribu Masjid

3) Lombok mempunyai pelbagai tarikan pelancongan (i'll stori later contoh tarikan yang besh di sini) 

4) Jangan lepaskan peluang menikmati makanan tempatan iaitu ayam taliwang (tapi asalnya dari Sumbawa) yang rasanya sedikit pedas tetapi enak. Ayam seekor tapi saiz kecik je (kalau beli half set… jangan mimpi ler nak share), dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan sayur dia.
 

5) Antara pulau kecil yang menjadi tumpuan di sini ialah Gili Trawangan, Gili Meno serta Gili Air yang menjanjikan keseronokan dengan pelbagai aktiviti dan sukan air

5) Penginapan tiada masalah kerana banyak chalet, resort, hotel dan spa untuk pelancong.

6) Tiada kenderaan bermotor di kawasan pulau dan hanya kereta kuda yang dipanggil Cidomo sebagai pengangkutan.

7) Kehidupan yang tenang, masyarakatnya yang mesra, panorama indah, suasana yang menyeronokkan, menjadikan Lombok destinasi pilihan pelancong.

8) plug kat sana tak sama dengan Malaysia ye... Kena mintak jugak kat kaunter adapter dia untuk matchkan dengan plug 3 pin kita. Or bawak siap-siap dari umah

9) Masa dia sama aje cam Malaysia. So, tak yah adjust jam ditangan anda. Cuma waktu solat kat sini lagi awal dari kat Semenanjung Malaysia, lebih kurang sama dengan waktu solat di Sabah dan Sarawak.

10) Kata orang, kalau nak ke pantai2 di Lombok, pergi around kul 11am sampai 3pm sebab masa ni air laut memang biru gile and cantik sangat.



Review jap D1 punya itenerary:

D1. AIRPORT – GILI TRAWANGAN (L)
~  Tiba di Bandara International Lombok
~ Pick up Airport, meeting service
~ Lunch 
~ ke Pelabuhan menuju Gili Trawangan
~ Menaiki bot ke Gili Trawangan

OK… meh kiter stori perjalanan kitorang di hari pertama…

Flight kitorang kul 7.55 pagi... So, lepas subuh kami dihantar oleh jiran sebelah ke Airport. 

Jam belum pun menunjukkan kul 7 pagi... kami dah berada di KLIA 2… Tak sabau beb!

Penerbangan ke Lombok mengambil masa 2 jam 50 minit. Untuk penerbangan ke sana, kami order bekfas in flite siap-siap... Selesai makan... we are ready to take a nap... ZZzzzzzZZzz...

Sekali ada annoucement yg dibuat... bunyiknya lebih kurang cam gini...

"Ladies and gentlement... Before everyone take a nap and sleep... We wanna all of us celebrate a special moment. Today... 8th of december is Mr Nazrul Hisyam's birthday... And also on last 2nd of dec, was his father, Mr Razak's birthday. Let us sing a besday song for both of them...."

video


Serentak ngan itu... Kuar ler cake besday utk ayh and my hubby dan dipotong oleh mereka sambil disaksikan oleh penumpang yang lain. Memasing toleh ke belakang (sebab seat kitorang kat belakang beb). Mereka turut bersama menyanyikan lagu besday...

En husband terkezut... kiter pun terkezut.. Mengimbau surprise gift from me untuk my hubby yang tak lagik jadik surprise... 

2 weeks before his besday, kiter beli iphone 6 untuk dia... Plannya... Letak kotak phone bawah katil dan set alam kul 12.01 dengan ring tone lagu besday. So, biar dia carik sendiri mana datangnya lagu besday tuu. Sekali baru sehari kiter beli phone tu... dia dah terhempas phone lama dia dan phone tu terus K.O. Cam tahu-tahu aje dia bakal dapat handphone baru. So, memandangkan nowdays... kalau handphone tak dop, cam kutu sudah mati kan... So, kiter kuarkan ler hadiah tu in advance... Maka... tak dop ler surprise untuk dia. 

Anak-anak lak... dapat ler kasi hadiah porch bag untuk ayah dia yang sebelum ini belum ada bag sedemikian rupa.. Tepat pada waktunya... bag itu sangat membantu dalam urusan perchotian kami kali ini.

Surprise yang en hubby and my FIL dapat kali ini adalah hasil kezutan my Sis in law. Thanks lina yg aturkan kejutan ini... Meraikan besday di ketinggian 35,000 kaki di udara. Masa annoucement utk landing pulak, pilot yg bertugas pun bagi besday wishes. Haaaa... ni baru surprise. Serokok toi time tuu... 

Tapi... Masa dah nak landing dan sampai di ruang udara lombok... Cuaca sangat dahsyat... Turun naik flight kitorang dek mengelak dan berlanggar awan tebal. Kecut perut kitorng. Cam naik roller coaster pun ada. Terjerit2 orang dalam flight ketakutan. Terbayang di mata kejadian kapal terbang terhempas. Nauzubillah... Time tu mmg berdebar giler. Nyawa dihujung tanduk rasanya.

Finally... Bila dah turun dan hampir dgn bumi... Keadaan menjadi stabil. Alhamdulillah...

Airport Lombok terletak di antara kawasan sawah padi. Airportnya kecik aje. Boleh muat 3-4 pesawat je dalam satu masa. Kata blogger lain... kawasan sekeliling airport niii menghijau sebab  airport ni terletak ditengah-tengah sawah padi. Hurmm... may be time diorang pergi... semuanya menghijau. Tapi tidak masa time kami pergi... Kering kontang... cam padang jarak padang terkukur pun ado??? Heran mok cik!


Turun dari pesawat... Melepasi imegresen dan kastam... Kami ke pintu keluar... Pergghhh penuh ngan pak polisi dan askar berkawal... Sebab ramai orang yg menunggu di luar. 

Dekat luar, ade banyak kaunter sim card telefon kot-kot ada sesaper nak guna sepanjang kat Lombok. Tapi... my opinion... itu semua tak perlu kot!

Kat luar jugak... ada banyak kaunter bas dan teksi. Kata bloger lain yang pernah pergi sini... naik bas ke Senggigi hotel kosnya Rp.35,000 seorang. Lebih kurang RM 9 sahaja untuk perjalanan sehala. Tapi... kami tak perlu itu semua... sebab kami ambik ground pakej dengan travel agent.


Dari kejauhan, Kami nampak nama ketua rombongan kami di pamerkan.

Setelah berkenalan ngan Pak Ajib atau nama sebenarnya Mujib, as our tourist guide... Kami menaiki van dan berkenalan pula dgn pak John (nama sebenar Kheirul Azam) yg amat fasih berbahasa malaysia sebab p.john baru pulang dari malaysia setelah 9 thn bekerja di malaysia.

Meninggalkan airport (lombok tengah) dan melewati lombok barat... Semuanya kering kontang... Musim kemarau kata p.ajib. Kawasan tersebut bergantung sepenuhnya pd air dr langit. So, tanaman padi contohnya hanya sekali setahun.

Yang ajaibnya, Masuk aja sempadan  daerah Mataram (city centre)... Pemandangan mula menghijau... Walau musim kemarau... Tumbuhan masih mampu hidup... Kerana Mataram ada air dari bawah tanah yg mencukupi utk tumbuhan terus hidup. Maka tak heran laaa mereka bercucuk tanam padi, jagung dan kekacang berselang seli dengan hasil tuaian 3 kali setahun. Basically, journey from airport to Mantaram is about 1 hour.

Next... Kitorang singgah makan kat raja taliwang area mataram... Trademark kat sini Ayam Taliwang. Kata pak ajib... Aym taliwang ada pelbagai perasa...
Bab menu lunch tuu... Kami serahkan pd P.Ajib utk decide... Sbb dah masuk pakej. Air pakej tengah hari itu pulak cuma Air mineral... Nak air berperisa kena order dan byr asing. 

So, Ayah pilih teh o lombok. Lina pilih tea in de bottle... Hubby pilih apulkat blended. Ank2 air kosong... Me??? Rasa nak rasa kopi lombok.. Sbb hari ni lom dpt caffein lagik... Tp takut kopi dia rasa wiered... Last2 order air hangat kosong aje... Keh keh keh.... Total air:rp25k.


Sementara tunggu hidangan tersedia... ambil kesempatan mkn cake yg dpt dlm pesawat tadik.

Pastu... Round sekeliling restaurant. Tiang, lantai (tingkat atas), kerusi dan meja dibuat dr buluh... Atap pulak dari lalang.... Keliling restoran... Sawah padi... Pergghhh... Nyaman walau panas terik.


Yeayyy... Makanan dah sampai.... Perrgghhh penuh meja.
Kalau order set aym taliwang... Ia datang ngan nasi... Ayam... Sayur (kangkung, taugeh, kacang tnh, sambal kelapa dan sambal) dan cecah sos pedas dan sos manis.


Additionally... kami dihidang dengan Lauk tilapia bakar dan msk kuning yg unik... Pergggghhh... Jenuh nak menghabiskannya. Plus... Rasanya yg pedas.. Berpeluh2 kitorang semua! 

Makan tak berapa nak licin .... Banyak sangat beb.

Jam 2.30ptg... Kami hergerak ke jetty utk ke gili trawangan. Gili bermaksud pulau-pulau kecil. Indonesia memang terkenal dengan banyak pulau dan Gili Trawangan merupkan salah satu pulau kecil di pulau Lombok. Perjalanan dari MAtaram mengambil masa lebih kurang 45 minit. 

Ini lah pemandangan laut yang membiru membuatkan kiter geram...

 Ni pulak pemandangan yang bertentangan dengan laut...


Walau pun kemarau... pemandangan tetap chantekkkk...


Dari kejauhan dah nampak gili... dari kiri gili Trawangan, Gili Menu dan Gili Air


Dek keterujaan yang amat sangat.... pak supir kami yang sporting memberhentikan kenderaan kat bukit malimbu untuk kitorang abadikan kenangan kami di sini. DAh bergambar... baru seronok nak ke destinasi berikutnya.


Untuk ke Gili Trawangan... anda ada 2 pilihan... guna slow boat atau speed boat.

Slow boat ni merupakan public boat yang angkut sekali dengan barang-barang orang di Lombok. Kena naik di jetty kat Bangasal. Kiranya boat tu memang la murah. Harganya dalam Rp (RM4 sowang) but kene tunggu orang semua penuh and journey will take about 45 minutes. 

Another option... guna speed boat. Harga kiter tak sure berapa.... Since kiter dah ambik pakej... kitorang dapat private boat.

If x ambik pakej… kitorang tetap akan pilih speed boat gak coz makan masa around 10 minutes aje. Selesa and privacy sikit. And it's very flexible in terms of timing. Coz boleh gerak ikut our timetable dan yang penting privacy.


Untuk itu, kami dibawa ke jetty personal... Ooo... Since kami ambik pakej.. kami guna private boat dari sini... Hurmm... Chantek dan bersih tempat ni. Yea laaa... sorri to say... majority kawasan area sini agak kurang kebersihannya. Tin, plastik dan sampah sarap bertaburan di kiri kanan depan belakang rumah. Sayang sanggaattt... penduduk kampung area sini kureng menitik beratkan kebersihan. Kalau tidak diberikan perhatian... kechantekkan Lombok bisa tercemar!

Menyusuri lautan nan luas memberi pengalaman yang menyeronokkan buat kami sekeluarga. Tak sabar rasanya utk meneroka gili trawangan seperti yang diceritakan dlm blog yg kiter singgah.


Once we reached Gili Trawangan... Kami disambut oleh warga hotel Natya di gigi air. Ingat kena naik Cidomo seperti yg diceritakan.. Cidomo merupakan sejenis kereta Kuda yang boleh membawa anda merata-rata tempat di sekitar Gili niih. Sebab tiada kereta di pulau itu. Bayaran Cidomo ni dekat ke... jauh ke... dia caj Rp100k satu trip. So, kena tau dari jeti ke hotel... agak2 jauh or dekat... kalau dekat jalan kaki aje lerrr....Tapi, kalau nak senang, better amik sahaja service Cidomo… sebab nak hangkut bagasi-bagasi yang berjujuk tu kan! 

Satu cidomo, 4 orang sahaja dibenarkan. So, Kami ada 7 orang…kalau gitu, terpaksa laaa kami hire 2 cidomo… Rupa-rupanya kami enggak perlu menyewa cidomo kerna private boat kami sewa itu park betui2 depan hotel. Save budget gitiew. 

Check ini duluuu... Hotel Natya hotel baru… That’s why masa menggogle maklumat hotel Natya di Gili Trawangan nii tak kuar. Swimming pool dia pun lom siap lagik… Tapi ada kami kesahhh…. Tak kesaahh pun… sebab memang plan bila di Gili kami nak mandi laut aje! Additionally, Hotel ni pun dekat dengan town yang tak berapa town tuu dan dekat gak ler dengan jeti… So, nak jalan kaki ke pekan pun x der ler jauh sangat. So ley save duit dari membayar kos cidomo.

Ni pemandangan dlm bilik... Not so bad! Lepas berehat seketika.

5.15 petang kami turun menikmati welcoming drink dulu.

Next..  kami bertanya arah nak lihat sun set... Kiri or kanan hotel? Katanya kanan dalam 15 minit berjalan kaki. 

Menyusuri pantai memang dijamukan dengan panorama yang indah. 

Sekali... Jalan2 tak sampai kat ombak villa yg ramai blogger ceritakan keunikkan buai dlm air tuu. Kiter dah capek... Apatah lagi ayahanda... Tapi kami teruskan juga perjalanan manakala ayah decide patah balik ke hotel... Jauh wooo......


Belum pun sampai kat area Ombak Villa Hotel... Sun dah set... Erti kata lain... Matahari dah pun terbenam. Maka terbenam ler hasrat kami nak bergambar ngan sang suria itu. Harapnya besok ada ler rejeki kami. Tapi...If kami sampai on de dot pun.. kami takde luck sebab sunset pada hari tersebut agak segan untuk munculkan diri. So, takde lah meriah sangat penampakkan sunset pada hari tu.

Kami teruskan berjalan ke depan.... Finally jumpa gak buai dalam air tu...

Pergghhh mmg jauh dari hotel kami beb. Masa bergambar... Hari dah pun gelap.  tak pe laaa... Bergambar ler jugak.. Takut kempunan kalau langsung tak dop kenangan. Mana ler tau esok lusanya tak berkesempatan nak ambik gambar lagi kat sini... Yea laa beratur orang nak swing and posing dalam air laut nii...


 Hurmm.... tak de bayarangan sun set pun tak pe laa....


Janji.... kami boley lakarkan our sweet moment kat sini.


Selepas berlibur di Ombak Sunset, hari dah gelap. Nak jalan balik... perghhh jauh tuuu nak menapak dari situ. Gelap pulak tuuu. Sib baik ada kidomo yg lalu....Dan nasib baik depa terima kami berlima beranak. Kalau idakkk terpaksa sewa lagi satu cimodo. 

So naik ler kami berlima dgn kelajuan pecutan sang kuda padi itu dengan kelajuan boleh thn lajunya. Mau tercampak keluar kitorang rasanya. Degaaakk degukkk degakkk degukk... Kejap senget ke kanan kejap kiri.. Kejap depan kejap belakang yg terangkat...Laju betoi cidomo tu pecut. Dah ler jalan tak rata... Rasa cam nak tercicir kiter menggelongsor turun dari kereta kuda tu. Akhirnya sampai kami kat hotel  

Untuk makan malam. Kiter just masak nasi putih. MASAK??? Hahahhaaa... Dalam pakej tour kitorang tak masuk makan siang dan dinner sewaktu di gili. So, risau kami tak jumpa kedai makan yang memenuhi citarasa anak tekak niii... kiter bawak lak periuk nasi dan product En Ibrahim. So, masak nasi dulu... komdian masukkan paket kurma dan ayam masak merah dalam periuk tuu bagi tujuan peng"hangatan" aje!

Dah masak... makan beramai ramai kat bilik kimie dan atuk dia. Pas mkn... Kiter dan hubby kuar sat... survey pakej snorkling untuk hari esok. Dan make sure everything dah reda..  baru kiter berkesempatan landing atas katil... Capek.... Sangat capek.... Gud bye day1.


14 comments:

Lina W. Sasmita said...

Hai Kak Salam perkenalan,

Enjoy Lombok yaa. Saya malah belum sampai lagi ke Gili Trawangan. Baru sampai Mataramnya saja :D

Aisyah Aila Varisha said...

Kalau ada family ingin bercuti ke Lombok bisa WA ke +62 877 88 55 153, dengan senang hati siap melayani :)

rosman mohamed said...

nak pergi tp dengar cerita sudah ok...gaji sy x mampu...hanya rm1,100 sebulan...anak empat.

lligroupline said...

"percutian murah lombok"

Kami Dari lombok Vacation
kami menyediakan jasa Transport murah lombok, Pakej Tour murah lombok

Free information about Lombok
Contact/WA +62 821 4645 2970
Pin BBM 5777f6e0
IG : Lombok Vacation

Thanks

cerita aku said...

Mana cerita selanjjutnya

Kyran Trans said...

Assalamualaikum Mr / Mrs
We (Kyrantrans) as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta participated promotion ...
The units are offered:
Suzuki Apv
Toyota Avanza
Inova
Toyota Hiace
Isuzu short Elp
Isuzu long Elp
Amenities:
Latest vehicle / manicured + friendly and experienced driver.
Kyrantrans as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta, which has been used to take tourists inside the country and abroad are ready to take you for a tour around enjoying the beauty of the city of Bandung and Jakarta.
For more details please Mr. / Mrs ask us about the history of the sights and inexpensive place to shop:
Call: +6281312767300
+6281573307300
WA: +6281809692300
Fb: Kyrantrans
Email: Kyrantrans@gmail.com
Website: Kyrantrans.com
Kyrantrans will give the price according to the budget of Mr. / Mrs.
"Do not be Fooled by TOUR & Travel Cheap price"

AG said...

Kak ada nombor telefon travel agent tu tak?

MyTrip Bandoeng said...

Salam ...
pakej perkhidmatan 4d3n Bandar Bandung (Hotel & pengangkutan) ... Murah Sampai pengsan ....

Butiran Perjalanan

Hari 1
> Airport bandung
> Pasar Baru Membeli belah
> Studio Trans
> TokoTiga (Branded Jeans)
> Factory outlet
> Makan malam

Hari 2
> Gunung Tangkuban Perahu
> Grafika Cikole
> Petik Strawberry
>Luwak caffe
> Naik kuda deranch
> Floating market
> Farhm House
> Dusun Bambu{Cadangan}
> Daun Kampung {Cadangan}
> Rumah mode
> Cihampelas Jeans Pusat
> Paris van java
> Makan malam

Hari 3
> Kawah putih
> Valley Hot Spring
> Kulit Cibaduyut kawasan jalan
> Afrika Asia
> Tebing keraton (Cadangan)
> Kartika sari
> Makan malam

Hari 4
> Keluar Hotel bandung
> Airport Bandung

syarat dan Syarat

* Jumlah harga Seorang Adalah
Rm 395/orang jika 2 orang
Rm 330/orang jika 3 orang
Rm 285/orang jika 4 orang
Rm 250/orang jika 5 orang
Rm 235/orang jika 6 orang

-1 Bilik muat 2 orang tidak di join sehingga Selesa Sangat, semasa 4hari 3malam.
-Termasuk sarapan pagi bufet.

Hotel Bandar bandung Adalah

#Hotel Setara 3 Star #

-Citra Dream


> Tidak termasuk makan tengah hari dan makan malam

> Tidak termasuk kos tiket lawatan per kereta atau perorang di Tempat lawatan dengan itenary.

Sila Tuan / Puan memutuskan Tempat lawatan boleh Ikut tentatif Program yang Sudah di sediakan ATAU Ikut rancangan Sendiri.

Untuk Perkhidmatan Kami Janji akan berikan PERKHIDMATAN yang tiptop,Baik,Ramah & bahasa berbudi.

Syarikat Kami 100% pemandunya muslim Dan tidak payah Risau Mencari Tempat Makan Yang sedap Dan pastinya halal.

Joom Tempah Sekarang dan dapatkan harga istimewa Dari Syarikat Kami.
InsyaAlloh amanah dan barokah.

Call / WhatsApp :
+628 12 2121 567


mytripbandoeng@gmail.com
mytripbandoeng@yahoo.com

www.sewakeretamurahbandung.com

FB: MyTrip Bandoeng

Semoga maklumat Yang Saya berikan memudahkan urusan anda untuk bercuti ke bandung.
Terima kasih.
Wassalam ... wr..wb.

farah yasmeen said...

Sis, boleh bagi no contact pak supir ke

Raziman Rent Car Sabah said...

Assalamualaikum...

Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

1. Viva RM90
2. Myvi RM120
3 Saga RM120
4. Alza RM140
5. Exora RM150
6. Avanza RM170
7. Vios RM180
8. Urvan RM230

Homestay RM100.00 semalam

Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
0129600702 (Whatsapp)

Anonymous said...

Hello sis,
boleh dapat no phone pak supir..email : ckbe468@yahoo.com

Hani Zahra said...
This comment has been removed by the author.
Lombok Fun Travel said...

Best article. Terima kasih dah berkunjung ke Lombok.

Kawan2 yang punya plan nak cuti ke Lombok, jom tanya info soalan tempat2 cantik kat Lombok, harga transport atau harga pakej Lombok, boleh via:
WhatsApp: +62-878-6000-1036
Email: info.lombokfun@gmail.com
Web: www.lombokfun.com

LOMBOK FUN TRAVEL INC.
Professional | Terpercaya

Beauty lombok said...

Assalamualaikum
Halo ci...
Kami dari Lombok Beauty Tour & Transport
Mau menawarkan Paket Percutian Di Lombok Harga Sangat murah...
Bisa contact Kami WA +6287852953230 (Ari)
Atau ci bisa Tanya dulu pada kami free information About lombok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails