Tuesday, December 15, 2015

PERCUTIAN KE LOMBOK 6D5N part 2

Sambung stori errrkkk…

Before kiter stori tentang our journey to to Lombok…  Jom kita review sikit 10 fakta mengenai Lombok:

1) Dianggap adik kepada Bali , pulau yang cukup cantik dan penuh dengan keseronokan. I told u… kiter pernah ke Bali. I dunt like aktiviti pemujaan yang padat di Bali… So I prefer Lombok lagik… Pemandangannya lautnya pun chantekk sama cam Bali… So tak rugi lerr tak gi Bali kalau dah ke Lombok!

2) Agama Islam sebagai agama utama dan Buddha sebagai agama minoriti dan lain-lain agama seperti hindu dan kristian puan ada. So, bagi yang muslim percutian di pulau ini akan lebih mudah. Aktiviti pemujaan dan barungan cam kat Bali tuu tak de laaa…. dan masjid ada di sana sini dan dekat-dekat sebab Lombok terkenal dengan pulau seribu Masjid

3) Lombok mempunyai pelbagai tarikan pelancongan (i'll stori later contoh tarikan yang besh di sini) 

4) Jangan lepaskan peluang menikmati makanan tempatan iaitu ayam taliwang (tapi asalnya dari Sumbawa) yang rasanya sedikit pedas tetapi enak. Ayam seekor tapi saiz kecik je (kalau beli half set… jangan mimpi ler nak share), dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan sayur dia.
 

5) Antara pulau kecil yang menjadi tumpuan di sini ialah Gili Trawangan, Gili Meno serta Gili Air yang menjanjikan keseronokan dengan pelbagai aktiviti dan sukan air

5) Penginapan tiada masalah kerana banyak chalet, resort, hotel dan spa untuk pelancong.

6) Tiada kenderaan bermotor di kawasan pulau dan hanya kereta kuda yang dipanggil Cidomo sebagai pengangkutan.

7) Kehidupan yang tenang, masyarakatnya yang mesra, panorama indah, suasana yang menyeronokkan, menjadikan Lombok destinasi pilihan pelancong.

8) plug kat sana tak sama dengan Malaysia ye... Kena mintak jugak kat kaunter adapter dia untuk matchkan dengan plug 3 pin kita. Or bawak siap-siap dari umah

9) Masa dia sama aje cam Malaysia. So, tak yah adjust jam ditangan anda. Cuma waktu solat kat sini lagi awal dari kat Semenanjung Malaysia, lebih kurang sama dengan waktu solat di Sabah dan Sarawak.

10) Kata orang, kalau nak ke pantai2 di Lombok, pergi around kul 11am sampai 3pm sebab masa ni air laut memang biru gile and cantik sangat.



Review jap D1 punya itenerary:

D1. AIRPORT – GILI TRAWANGAN (L)
~  Tiba di Bandara International Lombok
~ Pick up Airport, meeting service
~ Lunch 
~ ke Pelabuhan menuju Gili Trawangan
~ Menaiki bot ke Gili Trawangan

OK… meh kiter stori perjalanan kitorang di hari pertama…

Flight kitorang kul 7.55 pagi... So, lepas subuh kami dihantar oleh jiran sebelah ke Airport. 

Jam belum pun menunjukkan kul 7 pagi... kami dah berada di KLIA 2… Tak sabau beb!

Penerbangan ke Lombok mengambil masa 2 jam 50 minit. Untuk penerbangan ke sana, kami order bekfas in flite siap-siap... Selesai makan... we are ready to take a nap... ZZzzzzzZZzz...

Sekali ada annoucement yg dibuat... bunyiknya lebih kurang cam gini...

"Ladies and gentlement... Before everyone take a nap and sleep... We wanna all of us celebrate a special moment. Today... 8th of december is Mr Nazrul Hisyam's birthday... And also on last 2nd of dec, was his father, Mr Razak's birthday. Let us sing a besday song for both of them...."



Serentak ngan itu... Kuar ler cake besday utk ayh and my hubby dan dipotong oleh mereka sambil disaksikan oleh penumpang yang lain. Memasing toleh ke belakang (sebab seat kitorang kat belakang beb). Mereka turut bersama menyanyikan lagu besday...

En husband terkezut... kiter pun terkezut.. Mengimbau surprise gift from me untuk my hubby yang tak lagik jadik surprise... 

2 weeks before his besday, kiter beli iphone 6 untuk dia... Plannya... Letak kotak phone bawah katil dan set alam kul 12.01 dengan ring tone lagu besday. So, biar dia carik sendiri mana datangnya lagu besday tuu. Sekali baru sehari kiter beli phone tu... dia dah terhempas phone lama dia dan phone tu terus K.O. Cam tahu-tahu aje dia bakal dapat handphone baru. So, memandangkan nowdays... kalau handphone tak dop, cam kutu sudah mati kan... So, kiter kuarkan ler hadiah tu in advance... Maka... tak dop ler surprise untuk dia. 

Anak-anak lak... dapat ler kasi hadiah porch bag untuk ayah dia yang sebelum ini belum ada bag sedemikian rupa.. Tepat pada waktunya... bag itu sangat membantu dalam urusan perchotian kami kali ini.

Surprise yang en hubby and my FIL dapat kali ini adalah hasil kezutan my Sis in law. Thanks lina yg aturkan kejutan ini... Meraikan besday di ketinggian 35,000 kaki di udara. Masa annoucement utk landing pulak, pilot yg bertugas pun bagi besday wishes. Haaaa... ni baru surprise. Serokok toi time tuu... 

Tapi... Masa dah nak landing dan sampai di ruang udara lombok... Cuaca sangat dahsyat... Turun naik flight kitorang dek mengelak dan berlanggar awan tebal. Kecut perut kitorng. Cam naik roller coaster pun ada. Terjerit2 orang dalam flight ketakutan. Terbayang di mata kejadian kapal terbang terhempas. Nauzubillah... Time tu mmg berdebar giler. Nyawa dihujung tanduk rasanya.

Finally... Bila dah turun dan hampir dgn bumi... Keadaan menjadi stabil. Alhamdulillah...

Airport Lombok terletak di antara kawasan sawah padi. Airportnya kecik aje. Boleh muat 3-4 pesawat je dalam satu masa. Kata blogger lain... kawasan sekeliling airport niii menghijau sebab  airport ni terletak ditengah-tengah sawah padi. Hurmm... may be time diorang pergi... semuanya menghijau. Tapi tidak masa time kami pergi... Kering kontang... cam padang jarak padang terkukur pun ado??? Heran mok cik!


Turun dari pesawat... Melepasi imegresen dan kastam... Kami ke pintu keluar... Pergghhh penuh ngan pak polisi dan askar berkawal... Sebab ramai orang yg menunggu di luar. 

Dekat luar, ade banyak kaunter sim card telefon kot-kot ada sesaper nak guna sepanjang kat Lombok. Tapi... my opinion... itu semua tak perlu kot!

Kat luar jugak... ada banyak kaunter bas dan teksi. Kata bloger lain yang pernah pergi sini... naik bas ke Senggigi hotel kosnya Rp.35,000 seorang. Lebih kurang RM 9 sahaja untuk perjalanan sehala. Tapi... kami tak perlu itu semua... sebab kami ambik ground pakej dengan travel agent.


Dari kejauhan, Kami nampak nama ketua rombongan kami di pamerkan.

Setelah berkenalan ngan Pak Ajib atau nama sebenarnya Mujib, as our tourist guide... Kami menaiki van dan berkenalan pula dgn pak John (nama sebenar Kheirul Azam) yg amat fasih berbahasa malaysia sebab p.john baru pulang dari malaysia setelah 9 thn bekerja di malaysia.

Meninggalkan airport (lombok tengah) dan melewati lombok barat... Semuanya kering kontang... Musim kemarau kata p.ajib. Kawasan tersebut bergantung sepenuhnya pd air dr langit. So, tanaman padi contohnya hanya sekali setahun.

Yang ajaibnya, Masuk aja sempadan  daerah Mataram (city centre)... Pemandangan mula menghijau... Walau musim kemarau... Tumbuhan masih mampu hidup... Kerana Mataram ada air dari bawah tanah yg mencukupi utk tumbuhan terus hidup. Maka tak heran laaa mereka bercucuk tanam padi, jagung dan kekacang berselang seli dengan hasil tuaian 3 kali setahun. Basically, journey from airport to Mantaram is about 1 hour.

Next... Kitorang singgah makan kat raja taliwang area mataram... Trademark kat sini Ayam Taliwang. Kata pak ajib... Aym taliwang ada pelbagai perasa...
Bab menu lunch tuu... Kami serahkan pd P.Ajib utk decide... Sbb dah masuk pakej. Air pakej tengah hari itu pulak cuma Air mineral... Nak air berperisa kena order dan byr asing. 

So, Ayah pilih teh o lombok. Lina pilih tea in de bottle... Hubby pilih apulkat blended. Ank2 air kosong... Me??? Rasa nak rasa kopi lombok.. Sbb hari ni lom dpt caffein lagik... Tp takut kopi dia rasa wiered... Last2 order air hangat kosong aje... Keh keh keh.... Total air:rp25k.


Sementara tunggu hidangan tersedia... ambil kesempatan mkn cake yg dpt dlm pesawat tadik.

Pastu... Round sekeliling restaurant. Tiang, lantai (tingkat atas), kerusi dan meja dibuat dr buluh... Atap pulak dari lalang.... Keliling restoran... Sawah padi... Pergghhh... Nyaman walau panas terik.


Yeayyy... Makanan dah sampai.... Perrgghhh penuh meja.
Kalau order set aym taliwang... Ia datang ngan nasi... Ayam... Sayur (kangkung, taugeh, kacang tnh, sambal kelapa dan sambal) dan cecah sos pedas dan sos manis.


Additionally... kami dihidang dengan Lauk tilapia bakar dan msk kuning yg unik... Pergggghhh... Jenuh nak menghabiskannya. Plus... Rasanya yg pedas.. Berpeluh2 kitorang semua! 

Makan tak berapa nak licin .... Banyak sangat beb.

Jam 2.30ptg... Kami hergerak ke jetty utk ke gili trawangan. Gili bermaksud pulau-pulau kecil. Indonesia memang terkenal dengan banyak pulau dan Gili Trawangan merupkan salah satu pulau kecil di pulau Lombok. Perjalanan dari MAtaram mengambil masa lebih kurang 45 minit. 

Ini lah pemandangan laut yang membiru membuatkan kiter geram...

 Ni pulak pemandangan yang bertentangan dengan laut...


Walau pun kemarau... pemandangan tetap chantekkkk...


Dari kejauhan dah nampak gili... dari kiri gili Trawangan, Gili Menu dan Gili Air


Dek keterujaan yang amat sangat.... pak supir kami yang sporting memberhentikan kenderaan kat bukit malimbu untuk kitorang abadikan kenangan kami di sini. DAh bergambar... baru seronok nak ke destinasi berikutnya.


Untuk ke Gili Trawangan... anda ada 2 pilihan... guna slow boat atau speed boat.

Slow boat ni merupakan public boat yang angkut sekali dengan barang-barang orang di Lombok. Kena naik di jetty kat Bangasal. Kiranya boat tu memang la murah. Harganya dalam Rp (RM4 sowang) but kene tunggu orang semua penuh and journey will take about 45 minutes. 

Another option... guna speed boat. Harga kiter tak sure berapa.... Since kiter dah ambik pakej... kitorang dapat private boat.

If x ambik pakej… kitorang tetap akan pilih speed boat gak coz makan masa around 10 minutes aje. Selesa and privacy sikit. And it's very flexible in terms of timing. Coz boleh gerak ikut our timetable dan yang penting privacy.


Untuk itu, kami dibawa ke jetty personal... Ooo... Since kami ambik pakej.. kami guna private boat dari sini... Hurmm... Chantek dan bersih tempat ni. Yea laaa... sorri to say... majority kawasan area sini agak kurang kebersihannya. Tin, plastik dan sampah sarap bertaburan di kiri kanan depan belakang rumah. Sayang sanggaattt... penduduk kampung area sini kureng menitik beratkan kebersihan. Kalau tidak diberikan perhatian... kechantekkan Lombok bisa tercemar!

Menyusuri lautan nan luas memberi pengalaman yang menyeronokkan buat kami sekeluarga. Tak sabar rasanya utk meneroka gili trawangan seperti yang diceritakan dlm blog yg kiter singgah.


Once we reached Gili Trawangan... Kami disambut oleh warga hotel Natya di gigi air. Ingat kena naik Cidomo seperti yg diceritakan.. Cidomo merupakan sejenis kereta Kuda yang boleh membawa anda merata-rata tempat di sekitar Gili niih. Sebab tiada kereta di pulau itu. Bayaran Cidomo ni dekat ke... jauh ke... dia caj Rp100k satu trip. So, kena tau dari jeti ke hotel... agak2 jauh or dekat... kalau dekat jalan kaki aje lerrr....Tapi, kalau nak senang, better amik sahaja service Cidomo… sebab nak hangkut bagasi-bagasi yang berjujuk tu kan! 

Satu cidomo, 4 orang sahaja dibenarkan. So, Kami ada 7 orang…kalau gitu, terpaksa laaa kami hire 2 cidomo… Rupa-rupanya kami enggak perlu menyewa cidomo kerna private boat kami sewa itu park betui2 depan hotel. Save budget gitiew. 

Check ini duluuu... Hotel Natya hotel baru… That’s why masa menggogle maklumat hotel Natya di Gili Trawangan nii tak kuar. Swimming pool dia pun lom siap lagik… Tapi ada kami kesahhh…. Tak kesaahh pun… sebab memang plan bila di Gili kami nak mandi laut aje! Additionally, Hotel ni pun dekat dengan town yang tak berapa town tuu dan dekat gak ler dengan jeti… So, nak jalan kaki ke pekan pun x der ler jauh sangat. So ley save duit dari membayar kos cidomo.

Ni pemandangan dlm bilik... Not so bad! Lepas berehat seketika.

5.15 petang kami turun menikmati welcoming drink dulu.

Next..  kami bertanya arah nak lihat sun set... Kiri or kanan hotel? Katanya kanan dalam 15 minit berjalan kaki. 

Menyusuri pantai memang dijamukan dengan panorama yang indah. 

Sekali... Jalan2 tak sampai kat ombak villa yg ramai blogger ceritakan keunikkan buai dlm air tuu. Kiter dah capek... Apatah lagi ayahanda... Tapi kami teruskan juga perjalanan manakala ayah decide patah balik ke hotel... Jauh wooo......


Belum pun sampai kat area Ombak Villa Hotel... Sun dah set... Erti kata lain... Matahari dah pun terbenam. Maka terbenam ler hasrat kami nak bergambar ngan sang suria itu. Harapnya besok ada ler rejeki kami. Tapi...If kami sampai on de dot pun.. kami takde luck sebab sunset pada hari tersebut agak segan untuk munculkan diri. So, takde lah meriah sangat penampakkan sunset pada hari tu.

Kami teruskan berjalan ke depan.... Finally jumpa gak buai dalam air tu...

Pergghhh mmg jauh dari hotel kami beb. Masa bergambar... Hari dah pun gelap.  tak pe laaa... Bergambar ler jugak.. Takut kempunan kalau langsung tak dop kenangan. Mana ler tau esok lusanya tak berkesempatan nak ambik gambar lagi kat sini... Yea laa beratur orang nak swing and posing dalam air laut nii...


 Hurmm.... tak de bayarangan sun set pun tak pe laa....


Janji.... kami boley lakarkan our sweet moment kat sini.


Selepas berlibur di Ombak Sunset, hari dah gelap. Nak jalan balik... perghhh jauh tuuu nak menapak dari situ. Gelap pulak tuuu. Sib baik ada kidomo yg lalu....Dan nasib baik depa terima kami berlima beranak. Kalau idakkk terpaksa sewa lagi satu cimodo. 

So naik ler kami berlima dgn kelajuan pecutan sang kuda padi itu dengan kelajuan boleh thn lajunya. Mau tercampak keluar kitorang rasanya. Degaaakk degukkk degakkk degukk... Kejap senget ke kanan kejap kiri.. Kejap depan kejap belakang yg terangkat...Laju betoi cidomo tu pecut. Dah ler jalan tak rata... Rasa cam nak tercicir kiter menggelongsor turun dari kereta kuda tu. Akhirnya sampai kami kat hotel  

Untuk makan malam. Kiter just masak nasi putih. MASAK??? Hahahhaaa... Dalam pakej tour kitorang tak masuk makan siang dan dinner sewaktu di gili. So, risau kami tak jumpa kedai makan yang memenuhi citarasa anak tekak niii... kiter bawak lak periuk nasi dan product En Ibrahim. So, masak nasi dulu... komdian masukkan paket kurma dan ayam masak merah dalam periuk tuu bagi tujuan peng"hangatan" aje!

Dah masak... makan beramai ramai kat bilik kimie dan atuk dia. Pas mkn... Kiter dan hubby kuar sat... survey pakej snorkling untuk hari esok. Dan make sure everything dah reda..  baru kiter berkesempatan landing atas katil... Capek.... Sangat capek.... Gud bye day1.


Monday, December 14, 2015

PERCUTIAN KE LOMBOK 6D5N part 1

Oct 2015 yang lepas… bila kimie dah habis peksa UPSR dan PSRA dia… kiter terasa fenaat sangat…. Almost the whole year dok pulun ngan keroje dan monitor anak nak peksa. Feenaattt… So, tetiba terasa nak gi berchoti laaaa…

First step…
Kami kena cari doluuu destinasi pilihan… kiter prefer pantai dan santai…

Tapi… kalau nak gi berchoti masa cuti sekolah bln 12… dah tak sesuai. Dah hujan. So mengoogle ler destinasi mana yang agak ok. Sekali teringat ada member pernah gi Lombok. Hasil google-lan…. Lombok adalah destinasi perchutian sepanjang tahun… Tapi yang paling sesuai jika lawat Lombok dari Apr- Sept sebab katanya langit dan laut time tuuu mebiru gitiew… Tapi… tak pe laaa… nak tunggu April depan, lama sangat rasanya… Takut time tu dah sibuk ngan benda lain lak.

Second step…
Kami book tiket. Setahu kiter… flight yang available KLIA direct ke Lombok hanya ler Air Asia. Disebabkan kurang lagi 2 bulan nak ke sana… tiket dah mahai beb! Orang kata, pernah fee dia mencecah RM600-1000. Pernah gak orang dapat less then one hundred (one way). Ikut rezeki dan planning memasing!

Kami try aje lerrr…. Set nak 4D3N… Hurmmm “tiket balik” paling murah hari Ahad 13 Disember.. Ok set dulu tarikh balik… Tarikh pergi…  10 Disember… eh… 9 Disember lagi murah… uooppssss… 8 Disember paling murah…. Argghhhh ambik yang paling murah lerrr… Excited punya pasai… lupa nak adjust “return ticket”.

Sekali… perchotian kami yang plan asalnya just 4D3N dah tukaq jadi 6D5N… hahahahaa… nak sangat berchotiii…. Ambiikkk kaauuu!!!!! Harga tiket kami mencecah RM400++ sorang… Yup memang agak mahal laaa… tapi dah nak sangat… bayo aje laaa. Total peserta rombongan Cik Kiah niii 5 Dewasa dan 2 kanak-kanak.

3rd Step…
Kena pikir nak ambik ground pakej or nak self-arrangement?.To decide nak jadik back packer oh no no noo… nak mengangkut askar kecik-kecik yang banyak songeh niii… katakan tidakkkkkk pada backpaker….! So…

Untuk itu, Kiter kena byk baca blog untuk ambik info dan byk bertanya  pada kawan2 yang penah  ke sini. Setelah membuat a simple itinerary… kiter mula buat calculation cost. Ingat nak stay 2 malam kat Gili (Pulau) and 4 malam di Senggigi (Lombok itself). Bila book hotel kat pulau… maaakkkk  aaaiiiii satu malam untuk satu bilik dah cecah RM400++ . Satu disebabkan booking dah last minute. second peak season. Try dapatkan pulak pakej ground arrangement. Ada kawan yang balik dari Lombok kenalkan ngan P.Basri… Kami berurusan via facebook aje.

Itinerary yang dia bagi plus minus hampir sama ngan yang kiter plan. Bedanya mana yang nak gi dulu dan mana yang komdian aje.

Lepas tu kiter buat sedikit calculation kos-kos yang incur… hurmmm… harga yang ditawarkan oleh P.Basri memang jauh lebih murah compared to another agent punya quotation. Ok… compare lak ngan anggaran bajet if kitorang nak self arrangement… hurmmm ada sedikit perbezaan harga… but  tak de  jauh sangat bezanya. But kalau yang betoi2 concern about duit… sure decide tuk redah dan gi sendiri. If kiter nak gi sendiri… ni perkara yang mungkin kiter kena ambik kira:

1) Transportation- Awas… jangan mudah tertipu ngan harga yang ditawarkan oleh pak supir… kenkadang boleh cekik darah gitu. Kami tak pandai nak nego-nego niii… Nak naik bas… rombongan kami ada warga emas dan ada kanak-kanak yang malas nak jalan kaki sendiri… So, nak bawak ahli rombongan dan begasi-bagasinya… oh no no nooo

2)   Makanan- Tak perlu mengagau carik kedai makan. Dan tak perlu nak pikir2 nak makan apa. Semua dah di set… so sape nak order di luar pakej… bayaq sendiri hahahhahaa.

3)   Destinasi lawatan… ada yang kena pas masuk ada yang tak… so, itu semua dah diuruskan… Kiter just follow aje.

4)   Bila dah ada tourist guide… tak de ler kelam kabut… So emosi lebih stabil dan dapat berchoti dengan tenang…. Sebab depa akan set setiap pit stop tu punya time agar semua tempat boleh singgah mengikut jadual. Sebab depakan lebih arif tentang jarak dan masa untuk ke satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

Setelah mengambil kira factor di atas.. maka kami pilih yang pakej… hahahaha gini ler kalau uols berkenalan ngan orang yang dalam kategori low risk cam kiter niii… hahahahhaaaa….


4th Step…

Berchoti lerr mengikut apa yang telah dirancang

Final Step…
Tepek ler stori perchotian tersebut di sini… untuk menambah koleksi peribadi punya stori dan untuk dishare dengan kalian. Mana ler tau… kot-kot korang nak compare kowang nyer moment kat sini or those yang merancang nak berchoti… boley ler dapat info serba sedikit yang mungkin stori kiter ada persamaan or perbedaan ngan ngan blogger lain.

So, before I end my first episode nii… let’s review jap our itinerary. Mana ler tau ada dikalangan reader nii tgh mencari info nak gi Lombok gakkk kann!!!

D1. AIRPORT – GILI TRAWANGAN (L)
~  Tiba di Bandara International Lombok
~ Pick up Airport, meeting service
~ Lunch 
~ ke Pelabuhan menuju Gili Trawangan
~ Menaiki bot  ke Gili Trawangan
PAKEJ TERMASUK: Transport dr airport ke jeti, Private Boat Charter ke Gili(Pulau), Hotel Accommodation

D2. GILI TRAWANGAN TOUR (B)
~ Sarapan
~ ACARA BEBAS ( OPTIONAL: snorkeling, glass bottom boat, cidomo ride, Cycling The Island, Turtle Hatchery, Coral Plantation dll semua dgn kos sendiri)
~ SUNSET TRIP dengan BIAYA SENDIRI. 
PAKEJ TERMASUK: Breakfast at Hotel and Hotel Accommodation aje

D3. LOMBOK SOUTH SASAK TOUR(B,L,D)
~ Setelah makan pagi di hotel, dijemput dan tour dengan mengunjungi :
~ BANYUMULEK: Desa Perusahaan dari Tanah Liat
~ SUKARARA: Desa Perusahaan kain tenun khas Lombok
~ SADE / RAMBITAN: Rumah adat suku Sasak yang masih kuat dengan adat istiadat Lombok
~ KUTA & TANJUNG Aan, pantai yang terkenal dengan butiran pasir putihnya yang menyerupai merica
PAKEJ TERMASUK: Transportation, Entrance Fee, Mineral Water, Breakfast, Lunch, Dinner, Hotel Accommodation. 

D4: GILI TRAWANGAN - TIU KELEP and SENDANG GILE WATERFALL (B,L,D) 
~ Sarapan di hotel
~ SENDANG GILA Waterfall yang berada di bawah kaki Gunung Rinjani  di Desa Sanaru 
~ TIU KELEP Waterfall salah satu Air Terjun yang airnya berasal dari Gunung Rinjani 
~ Masjid KUNO BAYAN & Rumah Adat SEGENTAR
~ Hutan Wisata PUSUK Pass 
~ Shopping oleh oleh khas Lombok sperti Madu, manisan rumput laut, baju koas, mutiara, dll.
~ Makan siang & Malam di Local Restaurant
TERMASUK: Transportation, Entrance Fee, Mineral Water, Breakfast, Lunch, Dinner, Hotel Accommodation, Local Guide at Waterfall Sendang Gila, Private Boat Charter.

D5: COUNTRYSIDE + SHOPPING TOUR (B.L.D)
~ Sarapan
~ BATU BOLONG salah Pura ummat Hindu yang Menghadap Langung Gunung Agung, Bali 
~ GANDRUND TShirt salah satu pusat koleksi baju baju Tshir Lombok dengan bermacam Design 
~ GERM PEARL pusat Mutiara Lombok yang terkenal dengan kualitas terbaiknya 
~ DESA SESELA Pasar Seni dengan koleksi benda benda Seni Pulau Lombok 
~ PURA LINGSAR salah satu Pura yang Uniqe 2 Penganut Kepercayaan bersembahyang dalam satu Complex
PAKEJ TERMASUK: Transportation, Entrance Fee, Mineral Water, Breakfast, Lunch, Dinner, Hotel Accommodation.  


DAY6: TRANSFER HOTEL – AIRPORT
~ Sarapan pagi
~ Acara bebas 
~ Airport untuk penerbangan pulang.

PAKEJ TERMASUK: Transportation & Beakfast at Hotel


***TO BE CONTINUED***

Sunday, December 13, 2015

Program Santai Surau Al-Ukhwah Seksyen 8, BBB

Last Friday (4 Disember 2015), kiter berada dalam ketidakstabilan emosi menyebabkan kiter tak bermaya... tak ley tido... tak lalu nak makan... heheheheee.... first time jadi saksi dan dibicarakan kat mahkamah... Pergghhh... harap-harap nii ler experience kiter yang pertama dan terakhir. Ley mental giniii... Petang tu kiter tak dapat nak tolong  my neighbor sebelah rumah buat preparation untuk majlis kawen anak dia. Kiter memang tak bermaya langsung... depress dan sedih... sebab takut sangat kenyataan kiter kat court tak menyebelahi  organisasi.

On Saturday morning, still lemah but try untuk lupakan peistiwa semalamnya... Tapi tak boley... sob..sob...sob... Jam 10 pagi... kiter mula menghadiri majlis wedding tersebut dan komdiannya bertugas jadik penyambut tetamu. Berjumpa ngan jiran-jiran berjaya mengalihkan perhatian kiter yang kecelaruan itu...

But... selesai aje tugas... kepala otak kiter masih lom stabil... still tak ok.

Sib baik kawasan kejiranan kiter niii ada buat satu program. Atas jalinan kerjasama Biro Pendidikan Surau depan umah kiter ni ngan adik-adik UKM... Program Santai Bersama Anak-anak Al-Ukhwah  telah diadakan pada 6 Disember 2015.

Banyak acara yang dipertandingkan... so, anak-anak yang berminat boley join... 

Last 2 week puas mok cik pujuk my kiddos untuk join this aktiviti. Tetapi memasing buat derrkkkk aje. So,  malas dah nak paksa.. Suka hati diorang ler. 

Tetiba ptg Sabtu (lepas majlis weding), suddenly Sephia menyuarakan  hasratnya nak join acara bercerita. Maka, in short time, carik ler a few stori book... suruh dia baca dan faham jalan cerita dan pilih yang mana dia rasa comfort nak bercerita depan orang ramai.. Trainning sekali dua dengan ayat yang dia rasa confident dia nak guna.


Jam 8.30am... sesi pendaftaran. Bila kimie tengok ramai kenkawan dia hadir... bergegas dia lari balik umah... capai jubah dan kopiah dan nak join acara pertandingan azan... HAaaiiiyaaaa... Geram toi kiter... Dia bukannya pernah jadik bilal kat surau kitorang nii.. Lawan dia semua yang kami biasa dengar laungan azan mereka berkumandang dikawasan kejiranan kitorang ni. 

Suruh masuk pertandingan bercerita... tak nak... dia kata dia dah pernah masuk acara tuu... nak cuba yang lain katanya! Acara lain, contohnya tulisan jawi... pun tak nak masuk... katanya PSRA tempohari pun dia dah dapat mumtaz.... Pidato, tak tau katanya... banyak toii alasan dia... berbakul-bakul.

Ni dia dan bilal-bilal yang lain.

 Sephia... lak... ready ngan cerita dia... Asalnya dia nak bercerita dalam versi English... tapi kiter kata baik in Malay... hihihihii


Acara dimulakan dgan pertandingan azan. Bilal sengau gitiewww...


 Sephia ngan cerita Sang Monyet dan Sang Semut


Khaleef dengan acara mewarna... Actuali kategori umur dia tak dipertandingkan pun... Tapi, saja kiter bagi dia conteng2. Biar dia belajar participate cam gini... Baru 5 minit dia kata dah siap... terus nak hantar...  

Acara lain... anak-anak tak masuk. Bila tengok orang lain berpidato... mula ler kata... laaaa... kacang aje rupanya... Ceh!!! Belagak betoi depa nii... Jaguh kampung... gitu ler rupanya... Cakap belakang memang hebat!!!


Sementara acara lain berjalan... adik-adik UKM ada buat aktiviti kuiz suka suki buat anak-anak, ibu dan bapa... Semua participate dengan sporting dan spontannya.


Dan pada jam 12.30 tgh ... tiba lah masa yang dinantikan... Keputusan bagi acara yang dipertandingkan. Bila keputusan diumumkan... Sephia dapat no 2

Kimie???? Hahahahaa... Juara. Ambik aje hadiah... terus dia jumpa kiter... "tengok ibu... tak caya pada along..." perli dia. Bukan tak percaya.... Tak yakin aje!!!! Hehehehehe

Khaleef??? hahahahaa....  menangis-nagis dia bila nama dia tak di announce untuk ambik hadiah. Bergolek-golek dia dalam surau tuu. Bila tiba untuk dapatkan hadiah saguhati... dia orang pertama beratur, Hepi giler dia dapat hadiah  saguhati tuu,


Kesimpulan of de stori... kemenagan bukan agenda utama bagi  kami ibu-ibu penduduk S.8 BBB. Yang sangat menggembirakan kami... acara sebegini memberi banyaaakkkk manfaat kepada anak-anak, ibu dan bapa...  Additionally... keseranbutan yang kiter alami 2 hari lepas dapat di diverted sedikit.

Finally...  Tahniah diucapkan kepada pihak urusetia dan adik-adik UKM. Moga program akademia yang santai sebegini dapat dituruskan... 

Thursday, December 3, 2015

Cherita cuti sekolah....

2 Dec 2015...

"Atuk datang yeeeaaayyyy" teriak sakan my kiddos....

So, cuti sekolah niii Kimie dan Sephia dah tak perlu lagi mengekor kami gi opis.... Seronok memasing dapat bersenang lenang depan TV kat umah sebab atuk ada teman...

Khaleef...
Oh nooo... Kalau dia duduk umah... Mau lembik atuk, dia kerjakan... Hahahahaa... Adakah keistimewaan kehadiran atuk hanya dapat dirasai oleh abg kakaknya sahaja...??? Jawapannya tidak... Bila atuk datang... dia boleh balik awal... lom kul 5 atuk dah datang jemput kat taska.

So,  dia tetap kena gi taska... Tapi.... bukan taska yang biasa kami hantar... Sebab... musim cuti sekolah nii... Daycare di seksyen 8, BBB disatukan kat satu branch... So dari hantar belakang rumah yang selang berblok blok... kami hanya perlu hantar seberang jalan besau, depan umah aje... Kalau jalan kaki ada laa dlm 5 minit... Tapi... pepanas gini, better naik kereta aje laaa...



Petang tadik punya stori... (hasil dari olahan cerita kimie dan atuk dia)...

Kimie dan atuk nak jemput Khaleef.

Atuk tunggu dalam kereta... Kimie turun... tekan loceng... Teacher branch tersebut blm kenai sangat siblings si Khaleef. So, bagi tau ler teacher nak ambik adik...  Nama adik Khaleef. 

Teacher dia pun panggil Khaleef.

Kimie pun lantas menarik tangan Khaleef... Tetapi Khaleef kaku dan tak mau ikut Kimie Balik...

Sekali Kimie tengok... pe sal lain macam je Khaleef kali nii???

Kenapa erkkkk???

Apa masalah dia yea?

Why???

Confuse jap???

Kimie pun confuse???

Tetiba... dari kejauhan sayuuup aje Kimie dengar suara Khaleef..

Lorrrhhh... Kimie salah pegang tangan Khaleef...

Rupanya budak tu pun nama Qhalif... Hahahahaaa... tertukar sudahh....

Sib baik perasan... kalau idak!!!! Ayip ibu dah tertukar... Hihihiii...

Monday, November 30, 2015

JANGAN BUAT PASAI.....

Salam...

Hari niii kann... kiter tersangat ler fenatnya... Tapi agak heppi!!! 

Why? Awatnya??? Kenapa???

Hihihihii... tak de apa sangat... 
Hepi sebab Seminar yg kitorang organised tadi dah berjaya dilaksanakan.

Seminar apa??? Hihihiii...

Panjang namanya...

"SEMINAR GOODS AND SERVICES TAX (GST)-CAPITAL GOOD ADJUSTMENT (CGA) UNTUK UNIVERSITI AWAM"

GST...

Yup... cerita basi buat uols... tapi idok bagi kiter dan rakan rakan yang seangkatan dengan kiter. 

But pengtahuan uols... balik aje dari UK... lapor diri... terus aje kiter dapat task baru.... GST. Haiiiiyaa... time tuuu memang rasa terkilan sangat... Yea laaa... kalau kiter tau akan pegang portfolio niii.. baik kiter ambik course taxation aje! Huhuhuhu... 

So.... 

  • Januari berkenalan dulu ngan apa itu GST... 
  • pas tuuu jumpa ngan rakan Universiti Awam yang lain...
  •  jumpa kastam... 
  • baca rules, buat interpretasi regarding rules tuuu... 
  • buat draf polisi... April pun menjelma... 
  • opsss ubah tatacara kerja  sebab salah baca rules... 
  • dah betoi baca....  keluar lak rules dan tatacara baru.,.. ubah lagi jalan kerja
  • Kena lagik sekali buat roadshow PTJ to PTJ fakulti to fakulti... Branch Bintulu pun tak dilupa... 
  • Every month juling biji mata... reconcile data buat GST return
  • System lak tak fully support... manual pun yea... nak betoikan yang dalam system pun yea!!! huhuhuhuuu
  • Turun naik pejabat kastam putrajaya pun entah berapa kali... dah jadik opis kedua kottt!!!!
  • Dah sumbit return pada kastam... Atttoooiiii... kena warning pulak. Data di query.. 
  • Tu belom citer kena maki hamun teow-teow ngan resercher... dan end user... dan student...

Kesimpulannya... mata dah nak juling (tapi tak lagi kott..) telinga tebal... hati sebal... bla... bla.. bla... Cakap senang.... GST aja maaa... but bab implimentasi... tak mudah yang disangka wooo.... hanya orang yang buat Tax return ke kastam aja yang tahu petapa peritnya layan benda alah GST niii... 


Tempat diluahkan perasaan kat mr Asben... dari Januari sampai laa nii... Telinga pok cik tu pun dah lali dengaq perkataan GST niii.

Ekceli... skop GST nii besaqqqqqq...
One of de skop tu reseach and Capital Goods... Dek disebabkan kiter tak paham... jemput kastam datang UPM... Research slot pagi... petang slot CGA... Sekali kena gelak ngan kastam... CGA mana boleh 2-3 jam... sekurang-kurangnya sehari... So dapat task dari kastam untuk kami organised slot CGA untuk universiti awam.

Dalam tempoh satu bulan dari... maka kiter and team plan ler seminar nii... Alhamdulillah... plus minus 85 participant dari 17 dari 20 universiti awam hadir dalam seminar tersebut. Tapi... seminar nii kena ada sequel... request dari rakan Universiti Awam yang lain... dan kastam jugak... Untuk hari niii cam dah fenat... Apa kata rakan uiniversiti Awam yang lain la pulak take charge!!! Kiter setuju.... hik hik hikk... sendiri cadang... sendiri sokong!!! 

Conclusion dari seminar hari ini...
Hepi sebab seminar berjalan seperti yang dirancang.... Tapi tak hepi bila dapat tau tax return yang dihantar selama ini  tepat.. 

APA?????
tak tepat.... huhuhuuu.... Alamak... yang dah hepi tukaqqq jadik tak Hepi... 

Makin banyak belajar... makin banyak benda yang kita tak tau!!! Bila dengar seminar tadik...  rasa nak resign aje!!! Kangggg breach of contrak ler pulak... sian pula si Jun my gerantor!!! Cuti belajar tempoh hari menyebabkan kiter terikat ngan UPM 5 tahun... Huhuhuu...

TAk hepi sebab... makin banyak kerja manual yang terpaksa dibuat... 

Tak hepi sebab... sikit-sikit... penalty... sikit-sikit sivil action. 

Tak hepi sebab... kiter bukan mengadap GST aje... kiter ada kerja hakiki yang lain... 

Tak hepi sebab submission tax return Oct 2015 akan tamat a few hour lagik... haiiyaaaaaa... lom submit lagi maaaa... 

Rasanya bulan niii nak delay sehari... esk baru submit...

Sekali rakan-rakan Universiti Awam yang lain wasap bagi warning...

SALMI... KO JANGAN BUAT PASAIIII...

So, Sementara tunggu data "output tax" sampai untuk kiter merge kan... maka lahir lah entri ini walaupun mata terkebil-kebil nampak bantal yang muccuukkkkk tuuu....


Tuesday, November 17, 2015

Result UPSR dah kuarrr

17 hb November 2015.... tarikh keramat bagi parents dan anak-anak yang mengambil UPSR 2015... Result yang dinanti-nanti akan diumumkan jam 10 pagi nanti.

Dek urusan kerja... kiter tak dapat bersama kimie untuk mengambil keputusan examnya!!! So, kiter berserah aje and tunggu keputusan yang akan dia bawa petang nanti.

Petang... balik dari keje... as usual kitorang pick up dia kat sekolah. Hurmmm.. dia kata dia sangat pelik... result untuk sekolah dia tak kuar lagik... Nak percaya ke idak niiii...??? Atooiiii cam ner ley jadik cam gini...

Malam tu... as usual... atuk dia tepon dari Terengganu... Kiter terdengar dia berbisik... bagi tau yang dia berjaya dapat 2A aja...

APAAAA???? kata tak dapat result lagik...

Maka... kiter mula naik hangin... gi naik tingkat atas umah dan terus menuju masuk ke bilik tido hakimie.... geledah beg sekolah diaaa...

Yea.... dia dapat 2A aje... Tapi itu bukan intipati kepada ledakan emosi gunung berapi kita... yang kiter marah sangat... dia TIPUUUU!!!

Maka... lembik dia kiter kerjakan... Bagi tekanan emosi lagi kat dia... bebel... bla.. bla... bla... mulut pun kena cili.... sebab pandai menipu...

Dan tidak lama komdian... didapati... Kimie mengalami kemurungan yang amat... cepat sekali badan dia yang bam bam tuu menyusut. Kiter rasa bersalah sangat... ini kan baru permulaan... awat ler kiter bersikap demikian terhadap dia... Adilkah kiter.... dia ada hanya less than 9 month untuk cover silibus darjah 4 hingga 6 yang dia ketinggalan disebabkan penghijrahan kami ke UK tempohari... 

Tetiba... Kimie jatuh pengsan dan on de way kami bawak dia ke spital...

Kiter terjaga dari tido!!!

Waduhh... mimpi gila apa gini??? Tau ler tinggal beberapa jam lagik result UPSR akan diumumkan. But to be frank... kiter memang nak dia dapat 5A... tapi kiter yakin paling koman dia akan bawak 3A aje.... BM... killer subjek bagi kimie. 

Kiter langsung tak nerbers pun menunggu keputusan diumumkan. Kami pasrah aje! Pe sal mimpi yang bukan-bukan nii... tak pernah pernah kiter merotan mamat tu sebegitu rupa... ditambah pulak ngan cili bagai... hehehe... ngeri mok cik!

So, sebelum drop dia kat sekolah pagi tuu kiter dah set dalam hati... Redha dan pasrah ngan apa aje keputusan dia. I'll be there to give my shoulder to cry on... I'll give my big hug to calm him... This is not end of de world dear. Jadikan medan UPSR ini sebagai pengajaran di masa hadapan. 

Slowly I told him... "ibu dapat tau dah result along.... just 2A. But result itu belum finalise!"

Bertalu-talu dia tanya... dari mana kiter dapat tahu... kiter just jawab "ada laaa". Kiter titipkan kata2 semangat untuk dia, semoga dia redha.

Dia turun kereta dengan dada yang berdebar kencang.

______________________________________ IKLAN______________________________

Sambung cerita......

Jam 10.00am... kiter kuar dari opis sat... gi SRAI BBB untuk tunaikan janji kiter pada dia.


Sampai sekolah... keputusan PSRA sedang diumumkan... Sayangnya... nama kimie tak di annouce sebagai pelajar MUMTAZ yang seramai 79 orang... dari kejauhan muka kimi merah dan bergenang air mata...Sebab dia target he will get MUMTAZ. Seperti yang dijanjikan.... i give my shoulder to cry on. i give him my lovely big hug... i wish him all de best for his future... I wanna cry too, but... tunjuk macho beb!!!! Jaid Jiddan Only... Sangkut kat jawi/khat dan bahasa arab only... yang lain dah mumtaz daaa.... Cikgu dia kata boley semak markah if we want.

Next.... kenderaan membawa result UPSR betoi-betoi parking depan stage.... result UPSR panas gitu.... Cam gimik tengok anugerah skrin pun ado! nampak cikgu-cikgu tersenyum dan menangis... issyyy... nerbes lak kiter... gud news ke bad news niii??

Next guru besau berucap...

Alhamdulillah.. SRAI BBB sekolah terbaik daerah Hulu Langat dengan peratus lulus kalau tak silap 96.9%.

Straight A katanya 31 orang.... 
4A 30 orang 

haiyyaaa... budak kelas Amanah (A) 30++ orang , Benar (B) pun 30++ orang. Kimie lak dari Kelas Damai (D)... baru Aje naik kelas Jujur (C)... memang tipis laaa....

Satu-satu nama dipanggil... miracle ler kalau nama Kimie di panggil...

Tetiba... nama kimie dipanggil laaa.... kami tak jangka langsung!!! Time kimi ambil slip... Cikgu dia annouce... Calon yang tak dijangka! Yup cikgu... kami tak jangka... Kimi juga tak jangka... Tadik Kimie nangis.... kali nii kimi nangis jugak... dapat slip dia menadah tangan tanda syukur...


 Alhamdulillah..

Lihat lah anak... Usaha - Doa - Tawakkal....

Bila Dia berfirman... Kun......... Fa Ya Kunnn... Tiada yang mustahil  sekiranya diizinkan-Nya untuk berlaku

Syukur kami panjatkan ke hadratMu Ya Allah...

Tahniah anakku Muhammad Hakiemi Nazrul Hisyam... Segala usahamu sudah mula membuahkan hasil.. teruskan usahamu agar terus berjaya dunia akhirat.

Dikesempatan ini kami ingin merakamkan ucapan  terima kasih yang tidak terhingga kepada:
- Barisan Guru-guru SRAI BBB yang begitu dedikasi dalam mendidik anak anak SRAI BBB terutamanya Hakiemi.
- Cikgu Azli yang juga pernah merotan kimie sebab tak siap homework
- doa sedara mara dan rakan taulan
- Finally... to Sir Nazrul Hisyam a.k.a Cikgu Sha'ri yang menjadi mentor Kimie...

Thanks all................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails