Tuesday, April 13, 2010

Cerita Umrah part 4

Seperti yang dijanjikan, i sambung stori yerkkk....

Sebelum ke sana... off course kiter kena membuat pelbagai persediaan dalam memperlengkapkan diri ini. Persediaan ini merangkumi beberapa aspek iaitu persiapan fizikal, material, mental dan spiritual.


Antara persediaan dari sudut fizikal, para jemaah dikehendaki menjaga kesihatan dan mengambil suntikan yg telah ditetapkan. Pada mulanya kami cam was-was gak nak ambil injection nih coz kami dapat tahu ia datang dari sumber yang shubhah... Tapi... hasil dari pembacaan kiter dan atas beberapa nasihat rakan-taulan... kiter ambik lerrr juga di Klinik Az-Zahrah Bangi dengan kosnya RM109.50 seorang.


Injection dimulai dengan ayah... next ibu... dan bila time kimie dan didie... menjerit terlolong-long bebudak nii.... bergegar jugak lerrr bilik rawatan klinik tuh.

Berikutnya adalah persiapan dari aspek material termasuk segala peralatan ibadah seperti kain ihram, telekong, jubah, stokin dan lain2. Yg niii kitorang prepare last minute. Bukan sengaja prepare last minute... tapi tahap kesihatan kiter kurang memuaskan. Kejap2 sakit kepala... yang banyak berpunca dari kiter nii terlalu memikirkan kerja2 kat opis... sampai nak tido pun asyik terfikirkannya! Mana taknya... aduan & expectation customer/pensyarah terlalu tinggi... kalau bole hari nii hantar borang claim... semalam dah dapat duit. Cian kat anak buah kiter Intan SaraFina... tak sempat bernafas dan terkejar2 wat benda lain lak. Kitorg STRESS sesangat menyebabkan mood kiter benar2 tercantas...

Tetiba teringat lak pesan aki sebelum kiter kawin dulu....

"Mie... tinggalkan urusan pejabat diluar pintu pagar rumah.... tumpukan sepenuhnya pada rumah tangga... dan tinggalkan urusan rumah tangga bila tiba waktu pejabat.. Maka kau akan berjaya dan bahagia dengan hidupmu"

Tapi... ngapa kiter tak mampu berbuat demikian???? Hu hu hu...

Ermmm... apa yang kiter melalut niii haaa????? ni entry pasai nak gi umrah kannn??? Sowi lerrr!!! Sesi luahkan perasaan laaa pulak... he he he...

Berbalik tentang persiapan kelengkapan kiter... Untuk pakaian kiter & My hubby... tak banyak pun kena beli coz sebahagain besar kelengkapan terebut kitorg pinajm dari ma & abh... coz mereka baru jer balik dari mengerjakan umrah last Ramadhan.

Yang merisaukan adalah kelengkapan anak2. Sib baik penerbangan kitorang ditunda... maka sempat lerrr kami melengkapkan apa yang tak cukup tuh... Al-hamdulillah....

Dan... dalam banyak-banyak persediaan... persediaan mental dan spiritual yang paling penting... Dari persediaan mental... sememangnya kiter sangat-sangat tak bersedia. Banyak kerja berstatus URGENT kat opis belum sempat kiter bereskan. Sekali lagik kiter nak bagi tau... nasib baik ada penangguhan penerbangan... maka sempat lerr kiter membereskannya. Dan masa entry ini ditulis... banyak ks URGENT dah pun diambil tindakan! kepala otak kiter dan pun lega sikit... tak derr laaa risau sangat nak tinggalkan opis.


Bagi menyiapkan diri dengan spiritual & ilmu pengetahuan, Tn hj Dahari ini banyak gak membantu... dimana beliau telah mengadakan 3+1 sesi perjumpaan. Pertama pada pada 7 Febuari 2010, sesi perkenalan antara para jemaah. Tujuan perjumpaan adalah supaya kami mengenali antara satu sama lain supaya ukuwah ini mewujudkan sikap positif antara satu sama lain yang amat penting digunakan semasa di sana dan disamping itu kami berbincang untuk menetapkan sesi kuliah akan datang.

Next perjumpaan pada 28/02, 7/03 dan 21/03. Perjumpaan kali ini merupakan sesi kuliah. Bagi orang seperti kami (kali pertama ke tanah suci) adalah amat penting sekali menghadiri sesi kuliah ini. Banyak perkara/isu yang dibincangkan atau didebatkan tentang apa yang perlu dibuat, apa yang dilarang dan perkara2 lain yang berkaitan.

KAtanya, Mutawif yang mengiringi senantiasa ada untuk membimbing kami di sana... tapi kami diingatkan dengan ujian Tuhan.... Macam-macam boleh berlaku di sana... diceritakan bahawa pernah ada kes di mana jemaah ditakdirkan terpisah dengan Mutawif.. Tanpa ilmu didada... macam macam boleh berlaku... bila dah berlaku... mula laaa nak salahkan orang itu... salahkan orang ini... Sedangkan kekurangan diri sendiri tak nak mengaku... riak ... takbur dan bodoh sombong! Alih2 sendiri yang naya....

Hurmmm... bila memikirkan itu semua... diri ini diselimuti dengan perasaan bimbang.... apa laaa habuan kiter di sana bila terkenangkan dosa yang menggunung tinggi niii kann??? Takut pun ada.... apatah lagik dengan tahap kesabaran kita yang tipis nih... bebudak nii (kimie + didie)pulak macam2 ragam diorang nih..... Hurmm... harap2 kiter ok lerr kiter kat sana...

Rasanya, cukup ler citer kiter kali nih... Insya-Allah, sekembalinya kiter ke tanah air... akan kiter titipkan sesuatu sebagai ole2 untukmu reader sekalian.

Sekian....

1 comment:

kisahwanida said...

salmi.... mana lagi sambungannya

Intan suhaida

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails