Friday, April 30, 2010

Cerita umrah part 8

06/04/2010... setelah 3 hari ke MAdinah, jam 2.30 ptg kami bertolak ke Mekah... Mutawwif mengingatkan semua jemaah untuk berihram coz nanti akan singgah di Bir Ali (miqat bagi org2 Madinah) dan psg niat disitu. Since perjalanannya 8 jam... kitorang ingat Bir Ali tuuu jauh lagik.. Rupa2nya dekat aje dari Madinah niii... Para jemaah baru melelapkan mata dah sampai kat Bir Ali... Bagi kami jemaah wanita... just niat dan solat sunat aje... Tapi leceh sikit bagi lelaki... kena bersesak2 memakai ihram... Tu laaa... owang suruh pakai awai2 x mau! Muah haa haaa...


Dan yang paling tak selesa adalah Kimie... sejak dia berkhatan Dec lps, dia masih lum biasa tak pakai spentot.... kali niii haram memakainya bila dlm ihram... terkedek2 dia jalan dan ketidakselesaannya jelas kelihatan... sikit2 hangin jer dia. Tambahan lak... dia terpakasa menahan gatal dan miang bengkak2 kat badan dia... bertambah2 ler hangin dia. Pergghhh... panas gak hati nii menahan sabar nak melayan HANGIN si Kimie nieee


Perjalanan masih jauh. 85% dari jemaah dah ramai melelapkan mata. Tapi kiter tak jugak dapat melelapkan mata. Memerhati persekitaran yang kering kontang. Terbayang saat Rasulullah menunggang unta berulang alik atas pelbagai urusan. Tak tertahan rasanya menahan kepanasan & kehausan tambahan pula ngan jarak yang jauh sebegini. Sedangkan naik bas pun ambik masa 8 jam... inikan pula berjalan kaki/menaiki unta. Hurmmm.....


My hubby dan anak2 lena tul....


didie pun terpaksa tido ngan telekong... jaga pantang larang dlm ihram laaa katakan....


Aikkk... kimie niii yang bahaya... seksi toiii dia tido... dah lerrr tak pakai tuttttt




Waktu Maghrib pun masuk... kitorang berhenti kat R&R dan bersolat jamak. Sebelum menanti bas ini meneruskan perjalanan, kami bergambar dulu ngan seluruh ahli kuarga. Kegusaran mula melanda kiter di mana kat sini didapati 3 org dari Jemaah wanita dah pun dilanda bendera Jepun sedangkan ubat dah makan! Dalam ihram tuuu. Huhh.... pucat gak lerrr kiter mendegarnya. Tapi buat makluman u ols Al-hamdulillah mereka2 ini kemudiannya selamat mengerjakan umrah walau terpaksa berhari2 stay dalam ihram.


Dlm kul 10.30 mlm jugak lerr kitorang selamat sampai kat Mekah.... Check-in bilik, ambik dinner dan lebih kurang kul 12 mlm kitorang ke Masjidil Haram... menyempurnakan umrah. Kami di bawa masuk mengikut pintu yg betul2 mengadap pintu kaabah. Hati kiter berdebar2 dan jantung berdenyut dgn kencang... Sebaik melihat Kaabah... terkedu kiter sementara. Tetiba terlintas di hati kiter "Ya Allah... matikanlah aku dalam iman". Bukan apa... u ols kan tau kiter niii bukannya baik pun... tapi, di hati tuuu ada laaa nak jadik muslimah solehah... so, psg lerrr niat dulu.... supaya sewaktu Izrail datang menjemput sok... kiter menutup mata dalam iman... Aminnnn...

Mengerjakan ibadah umrah buat kali pertama ini, kiter banyak mengikut Muttawif... masa tawaf... mata melilau-lilau cari mana rukun yamani.. mana penjuru Hajaratul Aswad... mana lampu hijau... dan macam2 lagik laaa... Bebudak nii pun ok lagik. Jemaah lain... bole laaa...tak ramai dan tak sikit.

Sai laaa yang agak mencabar sedikit. Lebih2 lagi buat kimie yang kurang sihat... Cian gak kat anak2... tapi Al-hamdulillah mereka berjaya mengerjakannya.


Ni... selepas bertahlul... berminyak-minyak muka den nii haa. Habis dalam kul 3 lebih ... Nak balik...alang2 nak masuk subuh... so, kitorang stay aje kat Masjid.


Yang siksa sure laaa kimie.... badannya yang miang/gatal dan bengkak dan kakinya yang dah berdarah pecah coz alahan simen masa sai tadik.



Ni gambar arkib masa badan dia bengkak dulu... masa kat Mekah niii x der lak pulak kiter capture gambar bengkak dia niii. Tapi lebih worst laaaa dari nihh... Cian sesangat kat dia... dah lerrr kitorang stay kat bukit Marwa... berbahang tuuu...

Tetiba ada org syria tlg ubatkan dia... bengkak yang besar dia lorekkan dgn pen dan membaca sesuatu... Al-hamdulillah bengkak tuuu surut... Tapi bengkak yg kecil tadik laaakk mula membesar. Ada sorang Jemaah, Doktor (dari syria gak) menulis nama ubat untuk kitorang dapatkan kat farmasi. Terima kasih kepada kalian yg membantu.

Komdian didie dan kimie dah tergolek dog tido sementara tunggu waktu subuh... Bayangkanlah... kiter dari semalam tak tido lagik... anak2 pun haya dpt tido sekejap masa dari perjalanan Madinah ke Mekah. Cian gak kat diorg.


Pas mengerjakan umrah kali pertama... dua beranak nii decide mencukur rambut. Mesti ada yg tertanya2 why mesti botak/ptg rambut kan??? Hurmmm... masa bertahlul (ptg rambut) jemaah membaca doa di mana semoga rambut yg dipotong itu menjadi penyuluh/lampu bagi kita di akhira kelak. So, makin banyak rambut yang dipotong.. makin terang laaa kita nanti kan? Tapi camner lak bagi yg botak... he he he.. memadai sekadar mengalirkan gunting pada kepala...


yg botak dua org kat atas... yg si sephia kat bawah tuuu memang giler bergambar... nak gak interpremmm.

Pas subuh... balik hotel... sarapan dan kebabommm..... qada' tido.

8/4/2010 (Hari kedua di Mekah) kami di bawa Menziarahi tempat2 di sekitar Mekah lak

Dalam bas sewaktu mula nak bertolak untuk memulakan Ziarah.


Niii Bukit Tsur. Di sinilah berlakunya kisah sang lelabah membuat sarang dan burung merpati sedang bertelur bagi mengelirukan musuh Nabi Muhammad dan sahabatnya Abu Bakar yang bersembunyi dari kejaran Kafir Quraisy. Mereka tidak menyangka bahawa Nabi & Sahabatnya ada di dalam kerana sarang labah2 dan burung merpati masih elok dan tiada tanda2 gua itu dicerobohi. Tapi... Sayang bukit yang mencoretkan sejarah ini mula digondolkan untuk tujuan pembangunan. Hurmmm....


Kemudiannya kami ke Padang Arafah... di sinilah tempat jemaah Haji akan berwukuf pada musim haji.


dan di Padang Arafah ini ada satu bukit yg dinamakan Jabal Ar Rahmah. Di situ didirikan 1 tugu putih bagi mengenagkan peristiwa tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari Syurga dan terpisah selama 200 tahun dan tempat di mana Rasullullah menyampaikan wahyu yang terakhir. Dan kami bersyukur... 08/04/2000 kami dipertemukan. Dan kini.... hari tersebut 08/04/2010 di kaki bukit Jabal Ar-Rahmah kami menyambut ulang tahun petemuan kami yang ke 10 di tempat pertemuan Adam dan Hawa.... Semoga ada hikmah disebalik peristiwa yang bermakna ini pada diri kami.


Disebabkan cuaca pans... my father in law belanja kitorg mkn ice-cream untuk membasah tekak masing2


Awat berkerut muka tuu bang oiii????


Ni kenangan bersama Lin... One of our group member.


Next, sementara menanti member lain turun dari Jabal Ar-Rahmah... Kimie and his member menunggang benda alah niii... Katanya 10 Rial... pas tuuu dibiarnya bebudak niii pusing-pusing... pas tuuu dah up jadik 20 Rial.


Didie lak nak naik unta... terpakser laaa kiter menemaninya coz my hubby sibuk menghabiskan 2 kon ice-creamnyer. Pengalaman naik unta membawa kiter menyelami zmn dulu2. kalau ini kenderaannya... hurmmmm, memang dahsyat... sakit badan dibuatnya. Tambahan lak persamaan perjalanan unta adalah sama ngan langkah manusia... slow sesangat dan tak mcm kuda. Nak menitis air mata biler terkenangkan itu semua.

Next kami tour kat area Muzdalifah. Tapi just pusing2 dlm bas aje. (Gambar kat situ x dicapture!). Di sinilah Jemaah haji (jemaah umrah tak terlibat)akn mengutip 7 batu untuk dilontarkan. Kemudian kitorg Round2 lak kat Mina


Mina merupakan sebahgian dari Tanah Haram dan dikunjungi Jemaah Haji selama 3-4 hari untuk melontar Jamratul Aqobah sebanyak 7 biji, disini juga tempat haiwan di Korban/sembelih. Mina juga mencatatkan sejarah di mana disinilah Nabi Adam mendapat petunjuk/bisikan bahawa baginda bakal bertemu dgn HAwa setelah mereka dipisahkan bertahun2 lamanya.


Next kami ke ja'ranah. Jemaah yg nak buat Umrah hari nii mereka turun dan berMiqat di sini. Ji'ronah merupakan miqat paling tinggi darjatnya dari miqat lain. Miqat inilah yg paling disukai oleh Rasulullah. Untuk hari ni, kiter tak buat umrah. Coz bimbang pantang larang dlm ihram akn terlanggar... coz tempoh masa berihram dijangkakan lama sikit... (dlm tour... pas tuuu solat zohor dulu dan pas tuuu baru bole buat Umrah.... ermmmm Bahaya gak tuh!)


Just lalu sahaja.... ini lah Jabal Nur/Gua Hira'. Di gua inilah Rasulullah bersunyi dan mendapat wahyu pertama.


Dan ini tanak perkuburan bagi penduduk Mekah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails