Tuesday, August 10, 2010

Mana pergi semua binatang????

Semalam ngaper yea???? Mana pergi semua binatang? Hurmmm...

Alkisahnya bermula.....

Telah menjadik kebiasaan on de way ke sekolah kiter akan bagi pelbagai soalan sebagai pengisian dan revision ringkas. Usually setiap jawapan yang diberi... mereka akan dapat 1 star... Kira star rating laaa nihhh. Tapi System star rating niii dah sebulan i tak kasi... Saja break seketika... Bukannya dah tak berminat... tapi gimik bagi mereka dan akan bermula kembali Ramadhan niii supaya semakin galak kumpul star. Plan kiter, berpose penuh sehari akan dapat 1 star... pengisian sebelum waktu berbuka.... akan diberi quiz supaya mereka x sedar masa berlalu... dan akan diberi star..... tlg ibu buat kuih raya nanti pun akan diberi star.... mesti berebut depa collect star utk tebus rewardnya!!! hikhikhik

Jadi buat masa nii... star rating dibekukan seketika... so, buat masa nii memeng tak de star lerr even jawab semua soalan quiz ngan betoii...

Semalam selepas kimie membaca sifir 2-5, jwb beberapa soalan Arab/Feqah dan makna2 simpulan bahasa.... turn sephia laak... soalannya mudah yang amat....

"Berikan 10 binatang dalam bahasa Inggeris dan maknanya dalam bahasa Malaysia"

Dari sekolah along dia sampai ke sekolah dia (mengambil masa 7-15 minit)... senyap jer dia... tak de sekor pun binatang kuar dari mulut dia! Mana pegi semua binatang adik oiiii???? Hurmmm.... awatnyer ngan dia hari nii??? Tak sihat kerr? Sampai kat sekolah dia turun ngan cerianya. Tak nampak pun tanda-tanda x sihat?

Ermm.... may be dia tak der mood nak jawab kot... coz dah tak dapat star!

Petang tuuu kiter tanya dia... why tak jawab soalan ibu... dan jawapannya ialah....

" Pagi pagi semua binatang tido..."

wooo.... gitu kaaaaaa?????? alahai sayanggggg fening ibu dibueknyo!!!!

1 comment:

kisahwanida said...

hahaha..... pandai anak ibu jwb kan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails