Saturday, April 27, 2013

My experience yang boleh jadi Panduan Pelajar Baru di Bradford, UK

Hihihiiii... tajuk entry kiter kali niii formal aje bunyinyer kan??? Macam belagak jer... Cam ler kiter ni President Persatuan Pelajar Malaysia kat Bradford. Keh... keh...keh... Saja jer nak menambah loya tekak reader kiter niii... tu yang sengaja menulih... Tapi kalau korang memang "search" panduan pelajar baru.... may be entry nii ley membantu anda serba sedikit.

Ok... kita start dengan........

Pakaian Panas
From Malaysia, baju sejuk kitorg tak beli bnyk pun, memadai dengan sepersalinan sowang. Cuma long jhon jer 2 set. Kitorg mengamalkan strategi yang kitorg dapat dr internet untuk mengelakkan kesejukan :memakai baju dengan banyak lapis (sekurangnya 3 lapisan) dengan baju luar atau jaket sederhana tebal. Ini akan mengurangkan kehilangan haba dengan lebih baik berbanding memakai sehelai baju tebal.

Baju panas kat sini lebih murah. Nak murah lagik ley cari kat  kedai-kedai "Charity Shop" tak pun kat car boot sale. Tapi, recycle punya pakaian ler. Tapi, jika pandai pilih... yang baru pun ley dapat.

Kasut/boot pun banyak kat sini. Harganya pun reasonable. Cuma... sehingga entri ni dicoret, room slipper yang berbulu tuuu kiter x jumpa. Kalau jumpa pun agak mahal dalam £7.00. Kalau convert tuu RM35 tuuu.. Pada hal kat Malaysia dalam RM10-RM20 jer... Bentuknya pun pelbagai...  So, kalau kowang nak datang sini bawak ler dari Malaysia. Tapi... ini kat Leeds/Bradford laaa.... kat tempat lain tak tahu ler pulak Mok Cik!

Barangan makanan
Kat Bradford tersangat ler ramainya Pakistan yang menyebabkan mok cik kekadang ter'confuis' ni UK ke Pakistan. So, rempah ratus dan beras tak perlu risau. banyak terjual kat sini. Yang perlu bawak:
- ikan bilis /udang kering/ikan masin/belacan(kat UK mahal)
-kerisik (kalau tetiba ter miss nak mkn rendang)
- meggi - bila di perantauan kekadang mengidam tuu lebih teruk dari org preggy
-milo: coco kat sini lain rasanya
-nescafe 3 in 1. Bagi penggemar kopi
-asm keping
- serai (dimayang halus), daun limau purut/pandan dikeringkan. Kalau tak keringkan pun tak pe. Tapi kering dia ringan sikit
- sup bunjut
- perasa pandan (mana ler tau nak wat kuih tradisional melayu bnyk guna paste pandan.

Barang-barang tersebut sebenarnya boleh dapat kat sini termasuk ler kicap kipas udang, tempe dll. Tapi, harganya mahal beb! Kalau dah teringin sgt tuuu beli ler jugak!


Lain-lain barang keperluan yang boleh di bawa

Secara umumnya harga barangan terutama barang bersifat elektrikal adalah lebih mahal di UK oleh kerana adanya VAT (value added tax) yang dikenakan keatas hampir kesemua barangan dan perkhidmatan di UK sebanyak 17.5%.

Kalau suka makan nasi, dinasihatkan untuk bawa rice cooker dari Malaysia. Di UK harganya mahal (kerana demand kurang) dan pilihan yang terhad. Tapi... kiter x bwk pun rice cooker, msk guna periuk biasa pun ok dah.... so far x pernah berkerak pun nasi yg kiter msk... sbb periuk non-stick kot! Kekadang tu masak guna Microwave aje. Sekarang nii aje baru masak guna rice cooker. Ada famili Malaysia yang dah dapat taraf PR bagi. Hihihihiii

Oleh kerana VAT juga, perkakasan komputer adalah lebih murah di Malaysia. Bawalah laptop, thumbdrive, ‘hard disk’, CD/DVD kosong atau apa2 yg relevan dari Malaysia.

Alat tulis pun digalakkan bawa. Kat sini agak mahal.

Perkara yang dibeli disini.
1)Duvet (alaaa... cam comforter /blanket)
- diperlukan untuk tidur dengan selesa.
- Ianya dikelaskan mengikut 'Tog' antara 4.5 untuk diguna semasa musim panas dan 12 untuk kegunaan musim sejuk.
- Makin tinggi tog... makin banyak haba yg boleh diperangkap. kiter beli yang tog 13 terus... hahaha... mls nak tukar2. Kalau panas sok.... x pyh pakai duvet tuuu


2)Periuk belanga
- kat sini boleh dibeli dengan murah, pepandai ler cari starter pack yang biasanya lengkap dengan perlatan memasak asas. Tapi masa kiter rembat tempohari x terbeli lak yg set. Just beli pan saiz 12" dan periuk 14". Yo laaa... masa tu cam terkezut lak... mcm2 nak kena beli. Pendek kata... we start from zero. Fuhhh.... under pressure toi kiter masa tu. Sib baik ada wife Dr.Pian yang capaikann semua benda tu... Kalau idak... tak berasap ler dapur umah kiter seminggu.

3) Makanan
Beras sangat senang nak dapat kat Bradford niii... yo laaa majoriti penduduk bradford adalah Pakistan. Yang banyak beras Basmati.... Hurmmmm... harganya ok laaa... tak der laaa mahal sangat.

Makanan halal pun senang nak dapat... kebanyakan org muslim kat Leeds dan Hudesfiled akan turun ke Brandford tuk cari stok ayam dan daging. Tapi kalau nak stock seafood, org Bradford lak kena turun ke Leeds. Bebudak niii lak suka makan nugget & burger... so pas nii kena wat sendiri ler nugget & daging burger sebab kat Halal mart boleh tahan gak harganya rasanya lak tak kena dengan tekak anak2. Berempah ikut tekak Pakistan.
Biskut/roti dan lain2, tersangat ler payahnya nak cari yang cop halal. So,kitorang beli "suitable for veggie".Orang kata, insya-Allah depa tak masuk benda2 yang berunsurkan haiwan sebab memang ado dikalangan penduduk yang alah dengan haiwan. Pengusaha makanan yang tipu boley kena sue ma!

4) Baju sejuk tambahan
 boleh dibeli di charity shop atau car boot sale. Harganya jauh lebih murah dari membeli baju sejuk di Malaysia.

Rumah sewa
Kebiasaaannya Komuniti Malaysia kat sini sentiasa bersedia untuk menolong mencari rumah atau flat untuk diduduki. Perkara yang perlu diberitahu ialah bilangan ahli keluarga serta umur, keutamaan lokasi – dekat dengan sekolah/hospital, universiti dsb – dan juga bilangan bilik tidur. Boleh juga dimaklumkan kadar sewa yang mampu dibayar mengikut keperluan yang diberikan sebelumnya. Cuma luck tak menyebelahi kitorang sebab masa kitorang nak datang sini... kitorang lom terjumpa dengan Komuniti  Malaysia kat sini.

Secara umumnya rumah yang jauh dari pusat bandar adalah lebih murah sewanya.Terdapat dua jenis rumah yg boleh disewa dan ada ‘pro and cons’ antara keduanya.

Satu ialah rumah yang diuruskan oleh ‘letting agent’. Rumah-rumah ini biasanya dijaga dan disenggara dengan baik. Kontrak sewa juga jelas dan bertulis. Kekurangannya ialah kadangkala agak susah diperolehi oleh orang yang baru pertama kali datang ke UK kerana memerlukan kepada akaun bank tempatan dan juga deposit yang biasanya sebulan sewa + bayaran sewa bulan pertama sekaligus. 

Kedua ialah rumah yang diuruskan secara persendirian (private landlord). Rumah ini lebih mudah diperolehi tetapi kadangkala bermasalah disebabkan kadangkala tiada perjanjian bertulis dan kadangkala susah untuk meminta tuan rumah untuk membaiki kerosakan.

Orang pesan, bila baru masuk rumah baru jangan lupa mengambil bacaan meter bagi elektrik dan gas. Ini adalah untuk tujuan pendaftaran dengan syarikat utiliti dan sebagai sebagai rekod bacaan pertama bil.

Pastu cek defeat atau kerosakan rumah... dari pintu masuk, ruang tamu, dapur, bilik tido, bilik air dan seluruh rumah. Senaraikan apa yg rosak, kalau boleh ambik gambo atau rakam. Bagi kat agent/lanlord untuk depa baiki if kerosakan major. Yg tak major tuu simpan sebagai bukti yang kerosakan tu dah sedia ado. Bukan disebabkan kita. Tak der ler esk masa nak kuar depa claim mcm-mcm!

Tentang rumah ni jugak, bilik air di UK adalah bilik air kering. Ini bermakna lantai bilik air tidak boleh dibasahkan. Kadangkala ada rumah yang bilik airnya siap berkarpet. Struktur lantai rumah adalah daripada kayu dan kalau basah kayu akan reput dan rosak. So, berlatih ler dari Malaysia untuk beristinjak! hahahahaaaa.............. tapi kan lagi bagus berlatih menggunakan bilik air tanpa menumpahkan air ke lantai!!! Try maaaaa.... dah lulus baru ley datang!

Ni lagi satu info yang boleh dijadikan panduan: Oven, fridge dan juga lantai dan pinggan mangkuk yang disediakan oleh tuan rumah tidak perlu disamak walaupun tuan rumah bukan beragama Islam. 

Ini adalah berdasarkan kepada asas hukum fekah yang menjelaskan jatuh hukum itu atas sesuatu yang zahir. Misalnya kalau dalam oven itu kita nampak seketul daging yang memang diragui daging yang haram dimakan maka wajiblah samak tempat yang terletaknya daging tersebut. Kalau setakat bulu binatang diatas lantai (biasanya orang tempatan membela anjing didalam rumah), vakum sahaja adalah memadai kerana bulu anjing jika kering tidak perlu disamak. Pinggan mangkuk tidak perlu disamak berdasarkan kaedah yang sama.

Tapi  cam kiter, pinggan mangkuk depa, kiter tak guna langsung. Beli full set yang baru. Oven pun kiter tak guna. Kiter beli microwave baru. Peti sejuk... hihihi tak beli! kiter guna je yang tuan rumah punya. Rumah pun kiter tak samak. Cer pikir camner kiter nak samak???

Masa kiter datang tgh snow lebat, semua lantai rumah berkarpet. Camner nak basuh... 4-5 bulan lom tentu kering. Bilik air lak... mana ada saluran air keluar dari lantai. Hanya 3 tempat saluran air keluar, dalam toilet bowl, bath tub dan sink. So, Memang tak boleh basuh. Mop aje. Haaa.... ada berani nak samak umah????

Next step, seberapa segera selepas sampai dan dapat rumah, kita perlu melaporkan kepada ‘City Council’ alamat kita dan sejak bila kita duduk disitu. Ini adalah untuk mengemaskini rekod dan mendapatkan pengecualian dari cukai tersebut yang mahal. Kalau pelajar, ‘council tax’ yang dikenakan ke atas setiap rumah tidak perlu dibayar. Tapi, kalau datang as Academic Visitor cam my asben... hurmmm tgh ding dong lagi.... tengok ler camner.. kalau kena bayar mahal bro! £80 per month!

Penggunaan heater lak. Terdapat dua jenis heater yang digunakan iaitu gas dan elektrik. Pastikan belajar cara yang betul menggunakan kedua-dua jenis heater ini sebaik sahaja masuk ke rumah. 

Heater gas:
Pelajari cara untuk set timer, control temperature, control heating dan hot water dan reset heater

Heater elektrik:
pastikan jenis storage heater yang digunakan kerana terdapat banyak variasi

Untuk menjimatkan penggunaan tenaga (bil mahal beb), waktu tidur heater tidak perlu dipasang. Memadai dengan menggunakan duvet. Bed warmer juga tidak perlu sebenarnya. Duvet yang baik berupaya memerangkap haba yang dihasilkan oleh badan untuk tidak kesejukan ketika tidur. Set timer untuk off heater kira-kira setengah jam sebelum tidur dan on semula setengah jam sebelum bangun. 

Telefon/TVPakej bundle lengkap dengan telefon rumah, TV dan internet boleh didapati daripada samada Virginmedia, Skyataupun BT. Harga pakej berubah-ubah mengikut apa yang dilanggan. Kebetulan lak masa kiter datang virginmedia ada wat promosi. Sebulan kita bayar £28 and free installation

Kita boleh menghubungi Malaysia menggunakan handphone dengan kos yang rendah dengan membeli Pay As You Go pack (di Malaysia kita guna istilah prepaid) LEBARA dengan kos £10 = Sim card pack £5 dan reload £5. Panggilan ke Malaysia £0.03 seminit. Talk Home punya pakej lagik murah... £0.01 seminit. Tapi pakej depa nii berubah dari masa ke semasa... cer ler tgk pamplet dulu before beli. Kalau tgh promosi... beli starter pack £5 jer ley dapat call 1000minit... ok tak??? Hihihii.... puas dapat call Malaysia... org kat Malaysia lak tak kena charge pun!!! So ok ler kan????

Tapi... lepas jer kitorang install Virginmedia... kitorang dah tak call dah...Hari-hari kitorang ber Skype dan ber wassap ngan kaurga di Malaysia. Jimat banyak maaa... dapat dgr suara dan tgk rupa lagik!!! Zaman dah canggih beeebbb!!!

Ibadah

Kiblat... hihihi... masa mula kitorang sampai... kitorang baru terhegeh-hegeh belajar cari kiblat guna kompas solat yang diinstall kat handphone. Sekali letak atas lantai tunjuk arah A, dua kali letak, tunjuk arah B pendek kata berbeza arahnya. Google lak panduan guna kompas sejadah pun fening nak set. Barapa darjah???? Lain website lain darjahnya. Bila dah suntuk kitorang tawakaal aje laaa.

Bila dah jumpa masjid baru kitorang confident arah kiblat yang sebenarnya. Hihihihihiii... Kiblat kitorang dulu dah salah laaa... So, panduan tuk kalian... sila belajar cara menggunakan kompass kiblat awal-awal. Kalau guna yang handphone, letak atas tapak tangan dan jauhkan dari sebarang item besi dan magnet.


Waktu solat di UK lak berubah-ubah dengan ketara mengikut musim. Sebagai contoh waktu Magrib masuk kira-kira jam 3.40pm dikemuncak musim sejuk dan masuk kira-kira jam 9.30pm dikemuncak musim panas. 

Kata orang Laman web Islamic finder yang selalu digunakan didapati bermasalah dan waktu solat yang dikeluarkannya telah didapati tidak tepat. Sumber lain untuk mendapatkan waktu solat ialah di moonsighting.com. Nak lagi tepat lay dapatkan jadual waktu solat dari masjid terdekat. 

Kat UK nii ada kemudahan untuk menjamakkan solat semasa musim panas sejuk even tak bermusafir. Kemudahan ini dikelaskan sebagai darurat. Ini kerana jarak waktu solat yang kenkadang terlalu pendek dan juga terlalu sejuk.

Fatwa ini dikeluarkan secara rasmi oleh European Council for Fatwa and Research dan boleh dimuat turun dari website tersebut. 

Wudu' juga boleh menggunakan setokin dimana perlu (kira cam bertayammum ler niii). Sila rujuk dengan ustaz dikawasan sekitar untuk panduan. Tapi... kiter still lagi berwudu' cam biasa walau pun berlaga tempurung lutut menahan sejuk!



NHS (National Health Service)
Kiter tak berani nak share sangat pasal ni. Sebab kiter lom register lagik sebab our VISA (Academic Visitor VISA) may be tak entitle perubatan percuma ni. Hihihihi... lom nak cuba register lagi maa. Bila kiter nak tukar status jadi student baru ler plan nak register. 

Kata senior , setiap ahli keluarga perlu didaftarkan dengan GP (general practitioner). Semasa mendaftar, minta borang HC2 untuk mendapat pengecualian bayaran untuk mendapatkan ubat. Untuk berjumpa dengan doktor, perlu ada temujanji. 

Selepas kita mendaftar dengan GP, kita kena cari farmasi yang berdekatan dengan rumah dan mohon untuk berdaftar untuk skim ‘Minor Ailment Service’ dan kena dapatkan buku panduan cara-cara menggunakan skim ini.



Kereta

Bagi yang mempunyai ahli keluarga, lebih memudahkan jika bergerak menggunakan kereta sendiri berbanding public transport. That's why kitorg cepat2 dapatkan kereta. kereta boleh dibeli dengan harga yang agak murah bagi model yang berusia sekitar 10 tahun. Tapi better cek betoi2 kondisi kereta sebelum angkat. Intai lebih kurang bawah kereta... banyak karat ke idak...dan test drive. Jgn jadik macam kitorang... huhuhuhuuu

Sebelum membeli kereta di UK, pembeli perlu mengetahui tentang anggaran kos yang bakal dikeluarkan iaitu harga kereta, insurans kereta dan kos-kos lain seperti Road Tax dan MOT.


Antara langkah-langkah yang biasanya dilakukan sebelum membeli kereta di Bradford ini ialah

1. Proses carian

2. Proses hubungi dan melihat
• Pastikan dokumen-dokumen yang perlu ada dalam simpanan si penjual seperti geran kereta.

• Dapatkan maklumat MOT dan R/Tax serta dokumen yang berkaitan. Maklumat boleh disahkan dengan memasukkan no pendaftaran di laman web ini http://www.direct.gov.uk/en/Motoring/index.htm

• Periksa enjin dan badan kenderaan (dapatkan nasihat pakar)

3. Beli


Lesen Malaysia hanya boleh diguna pakai selama setahun bermula dengan tarikh sampai di UK.

Insurance.... kadar yang dikenakan berbeza mengikut alamat kita. Kadar tertinggi kat Bradford... sebab ramai Pakistan... tau-tau aje laaa cara pemanduan mereka. 

Jika berkereta di UK, harap jangan memandu seperti di Malaysia. Ini kerana untuk mengelakkan dari orang-orang Malaysia lain di 'target' oleh pihak berkuasa disini. Dapatkan salinan highway code dan pelajari undang-undang jalanraya. Warga UK amnya amat prihatin dengan aspek keselamatan. Mereka tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada polis jika merasakan cara pemanduan anda tidak selamat.

Lagi satu, kanak-kanak kena duduk atas booster dan baby dalam car sit... tak ley nak pangku-pangku atau riba-ribaan... Nak kena saman?????

Lain-lain Keperluan:Dokumen yang diperlukan untuk Urusan membuka akaun bank/pendaftaran dengan GP/pendaftaran di City Council:
- Surat pengesahan daripada universiti
- Dokumen perjanjian rumah
- Bill utiliti yang tertera nama kita
- Pasport Antarabangsa

Urusan pendaftaran Internet/Brodband di rumah
- Akaun bank diperlukan bagi urusan ini. Tapi kalau pandai deal... tak de account lagi pun tak pe. Tapi kalau nak bayar bil tidak melalui akuan kitorng dikenalkan additional 5.00


Urusan pendaftaran lesen TV
- Pendaftaran ini biasanya dilakukan secara on-line di laman web www.tvlicensing.co.uk/
- Akaun bank diperlukan bagi urusan ini. Mulanya kitorang tak bayar pun lesen TV niii... tetiba dapat surat arahan bayar. Depa dapat tau kitorang ada TV dari amazon.com... hihihiii tempohari kitorang kan ada beli tv on-line... KANTOOIIII. Kadar dikenakan £25/bln.


Urusan pendaftaran akaun baru utility (elektrik dan gas)
- Urusan ini memerlukan kita mengenalpasti utility provider terlebih dahulu dan urusan biasanya dijalankan melalui telefon.
(kalau kat Malaysia kita ada TNB dan Syabas jer. Kat sini banyak maaa... kena rajin google ler dulu cari utility provider yg murah)


LAMAN WEB YANG BIASA DIGUNAKAN

Kehidupan di UK banyak bergantung kepada teknologi internet. Internet merupakan medium terbaik untuk mendapatkan barangan yang kita ingini dengan harga termurah berdasarkan sumber kewangan kita yang terhad. 

Shopping on-line niii best gak... kiter ley wat comparison harga before pick masuk cart. Antara laman web yang banyak membantu kiter:

1. Urusan pembelian barangan keperluan/groceries
http://www.tesco.co.uk/
http://www.asda.co.uk/

 
2. Urusan pembelian barangan elektrik
http://www.currys.co.uk/
http://www.argos.co.uk/
http://www.amazon.co.uk/
http://www.comet.co.uk/


Kalau termalas masak atau URGENT need makanan dah siap just call aje kedai2 halal food kat sini. Makanan siap didelivery. Sangat membantu especially bila musim sejuk!


Gitu ler serba sedikit "stater pad" kiter tuliskan based on our experience dan ada gak yang kiter cedok sikit dari blog komuniti area UK yang lain. Tak semua yang ditulis ini boleh 100% diterima pakai dan digunakan. Tapi... boleh ler dijadikan guide dari tak tahu langsung kan! Adiiiooossss......

16 comments:

nurbijen said...

Nice sharing, kak :)
saya pun ada juga dua tiga perkara yg baru tahu dari entry ni...

Aizat bin Khairi said...

Salam kak, apa khabar, saya aizat
saya terjumpa blog akak pas browsing kat website tentang pengalaman stay in bradford uk. Saya berminat untuk belajar di university of bradford dan jika ada kesempatan saya akan pergi ke sana bersama anak dan isteri. Akak saya nak tanya macam mana dengan cost of living di sana ya? sewa rumah sebulan berapa ye? jika akak boleh share dengan saya email saya ialah penggembara_jalanan@yahoo.com terima kasih banyak-banyak

salmi said...

Cost living kat sini tak tinggi sangat.... sewa rumah starting from 350-450 untuk rumah 2-3 bilik.

masya said...

1)utk mendapatkan maklumat barangan murah boleh tengok website hotukdeals...
2) boleh daftar quidco /top cash back utk dapatkan cash back daripada barangan yang kita beli.

Contoh: kalau beli brg drpd mothercare, kekadang dia bg cashback 5% daripada total barangan yg kita byr, so dptlah duit sikit daripada situ :)

masya said...

- maggi: 35pence sebungkus di tesco bradford. kekadang 3 for a pound. perasa ayam dan kari je yg ada.
-milo: ada jual di Alhalal/Tesco tp x pernah beli pun
-Serai: ada ditesco/AlHalal.
-Periuk nasi ada jual di Asda . yg size kecil dalam rm45. or boleh beli di argos jenama cookworks 1.5L dalam 12pound/rm45
-kalau teringin makan tempe/keropok losong ada org liverpool buat dan boleh post. nama fb dia tiny tempeh...sedap atau x saya xpasti sbb saya xpernah makan tempe..hehehe

masya said...

oh ye. jgn lupa daftar di freecycle bradford. community bradford recycle brg depa kepada org ramai.cuma kekadang tu payah juga nak dapat.cuma kalau baju sejuk tu InsyaAllah mudah dapat kot. Kami dulu pernah dapat changing unit, car seat maxi cosi. Baju2 baby. TV pun kekadang byk juga depa recycle cuma bukan la flat screen :)

salmi said...

tq masya for the info... al-maklum lerrr, bnyk benda yg kitorg x tau !!!! Tq so much!!!

Anonymous said...

sonok bce pengalaman org..agknye bile la sy ni blh merase duk negri org jgk huhu

Anonymous said...

salam kak salmi, saya trbaca blog akak nie. nak tnya... klu dkt uk sana ada x english cottage utk ber honeymoon. Kwn2 suggest srh saya cari student yg ada di uk utk tnya tmpt2 yg murah. Klu akak bleh share please reply dkt email saya azzanurazwa@yahoo.com. thanks for ur replied.

Unknown said...

tksh atas tip tip akak. insya allah saya dan family akan ke London sept ini. tapi masih tgh mencari rumah sewa ;( harap dipermudahkan segalanya.

salmi said...

Thanks pada yang singgah kat sini.... this info at least boleh membantu uols.... tapi, kenkadang info nii pun akan berubah dari masa ke semasa.... so pepandai ler yer.... oh yea! Tuan tanah mintak maaf sebab x reply Comments yang lain/yang dah lama........ Time tuuu tuan tanah ter bizzi.... hihihihii

musafirbiru said...

kak, masa masuk UK, imigresen cek laptop tak? :)

era said...

Salam kak.. really good info you provide. Nak tanya, mcm mana ngan bank account? Peni g nak pilih. Pastu kalau kita amik plan sim only nak unlocked phone kat mana ya?

salmi said...

Anne: Masa akk dulu x ckeck pun... tapi siap sedia aje laa ngan kebarangkalian... sbb diorang kenkadang randomly buat checking.

Era: bank acc depends pada bank. lain bank lain procedure. Mostly, mereka mintak bill utility yang ada nama kita & address umah. Kalau student, dapatkan surat pengesahan dari pihak Uni.

Sim card... blh beli kat mana2 kedai... tak perlu sediakan ID... So far yang murah utk buat panggilan ke Malaysia buat masa nii adalah Lyca dan Talk Home. Satu minit just GBP0.01 aje!

Unknown said...

peluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !

sesuai untuk :
# pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
# peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
# penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
# penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

MEMPERKENALKAN !!!
Part Time Bisnes (Topup) - Pakej Agen..

Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..


Produk Yang Disediakan :-
* umobile
* Digibill
* Celcombill
* digi
* digisidd
* altelpin
* xoxpin
* maxis
* Digisocial
* Digisabahsarawak
* Molpin
* redtonebill
* merchantrade
* digiinternet
* Buzzme
* xox
* italkpin
* idflexi
* celcom
* Digibroadband
* tron
* umobile bill
* clixterpin
* friendsipin
* tunetalk
* maxisbill
* NJOI
* maxishoticket
* Bangladesh Flexi
* Nepal Flexi

Utility Bill :-
* Astro Bill

UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA
ATAU
BOLEH LIHAT TERUS DI LAMAN WEB BERIKUT
http://i2isyah92.wix.com/bisnestopupgempak

salmizah said...

seronok baca pengalaman akak di sana..so far setakat ni pernah ke sana..anggan tu ada tp belum berpeluang..

pengambilan supplemen@multivitamin adalah perlu dalan kesejahteraan dan kesihatan keluarga..Sesungguhnya mencegah lebih baik dr mengubati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails