Sunday, October 5, 2014

Kimie dah Khatam...

Salam..

Bertarikh 03 October 2014, Kimie telah melakarkan satu sejarah yang indah buat kami sekeluarga... beliau telah berjaya menamatkan bacaan Al-Qurannya buat fasa pertama. Sweet moment ini bertambah suwwettt apabila dia berjaya menamatkan bacaannya di bumi ratu ini. Syukurrr!!!

Kimie mula mengenali Alif Ba Ta sewal umurnya 5 tahun... di Little Caliphs Bangi... Nak kata awal sangat idak ler jugak... sebab masih ada anak-anak kecil diluar sana telah didedahkan ngan Al-Quran seawal yang mungkin.  Tamat aje Iqra'... next Muqaddam baru ler dia proceed ngan Al-Quran iaitu ngam-ngam before dia naik darjah satu.

Kami teruskan pengajian Al-Quran dia ngan K.Jie  dan anak-anak(Sg Ramal Dalam). K. Jie & anak2 pada mulanya banyak membetulkan sebutan dan sangat menekankan hukum tajwid dalam bacaan. Nak menghabiskan Al-Baqarah makan bertahun-tahun gitu... Lps tuuu baru laju progressnya. Tapi...

Pembelajaran ngan k.Jie stop pada Feb 2013 (bacaan kimie belom pun sampai half Quran...) sebab kami kena berangkat ke UK.... Sejak detik itu, pengajian Kimie sangat slow.... kekadang tuuu seminggu sekali aje kami memperdengarkan bacaan dia... bila ibu bapa yang mengajar... macam-macam alasan ler dia bagi... ada homework laaa... ngantuk laaa... Tambahan lak... time kiter studi... memang slow ler progress dia... SEkali baca, paling banyak pun 2 page... usually satu page dia... satu  page sephia.

Kehadiran Dr Nur Azman and family di Bradford Dec 2013 bagai pucuk dicita ulam mendatang... mulanya Kimie dan anak-anak warga rumpun ngaji ngan Abg Amin (Ank Dr Azman)... pas tuu bila abg Amin balik Malaysia (beliau dapat sambung pengajiannya di KUIS), Kimie meneruskan bacaannya ngan Dr Nur Azman dan Dr Fauziah... Progress nya sangat laju... Sekali ngaji, Kimie boleh baca 5-10 pages. Mengaji lak idok ler hari-hari... Just Tuesday and Thursday aje.


Dan Al-hamdulillah... 3rd Oct yang lepas... hari yang kami nanti-nantikan. Inilah detik-detik Kimie nak tamatkan bacaannya. Tiba di surah Dhuha... Sephia dan kawan-kawannya mengelilingi Kimie tuk menamatkan bacaan. Suasana dikatakan semakin sebak dan disambut ngan deraian air mata gumbira dari semua orang disekelilingnya. Moga, ia dapat memberi sumber inspirasi kepada adik-adiknya dan kawan-kawan.

Even Kimie dah 11 tahun... dan agak tersasar target kami nak khatamkan dia seawal 9 thn... Tapi tak pe... janji dia khatam before dia naik sekolah menengah. Mana ler tau dia kena masuk asrama... payah lak nak pantau dia dari jauh kan?

Lps Khatam ni... dia dah boleh baca Al-Quran sendiri. And dia gak still kena berguru ngaji lagi tuk improvekan lagi bacaan dia.. or target dia improve kan hafazan dia yang dah banyak dia lupa. Teringat kata K.Jie... "Tiada istilah Khatam bila mengaji niii". Doa dan harapan kiter, moga Kimie terus Istiqomah dengan bacaannya kelak!

Akhirkata, Berjuta ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat mengajar Kimie bermula dari Alif Ba Ta... hinggalah khatam. Terutamanyanya buat K.Jie dan Dr Fauziah sekeluarga.. Semoga Allah memberi kalian sebaik-baik ganjaran... baik di dunia mau pun akhirat... Amiiinnn!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails