Monday, October 6, 2014

Salam Eidul Adha 2014

Kami di UK sambut Eidul Adha kali  pada 4 October 2014. Sama hari ngan Jeddah but tak sama ngan kaum keluarga di Malaysia yang menyambutnya pada 5 October 2015.

Sambutan Eid ini bermula pada malam raya 3 Oct 2014....


Kami 5 keluarga dan sebahagian adik-adik undergrade berkumpul rumah Dr Nur Azman, meyedekahkan pahala bacaan tahlil kami khas buat arwah ayahanda Dr Fauziah, Adinda Dr Nur Azman, Bunda mertuaku Ramlah binti Tahir dan juga arwah bunda kepada Adilah (bunda kepada sahabat rumpun kami yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada minggu lepas). Dan sedekah itu juga kami panjangkan buat kaum muslimin dan muslimat yang terlebih dahulu meninggalkan kami.

Ya Allah... tika catatan ini dibuat, tak tergambar rasanya rindu yang teramat-amat pada arwah bonda mertuaku........ Membaca entri yang kita titipkan 5 tahun lps makin menambahkan kerinduan kiter padanya. So, before kiter meneruskan entri ini... kiter amat ler berbesar hati agar reader yang beragama islam dapat sama-sama menitipkan doa dan Al-fatihah buat bonda mertua kiter yang telah kembali kerahmatullah 4 Oktober pada 5 tahun lepas... 




Selain dari bacaan tahlil... dititipkan juga doa selamat khususnya untuk tuan rumah dan famili dan seterusnya majlis diteruskan dengan takbir raya... Syahdu aje rasanya dapat mendegar takbir raya bila diperantauan ini.

Selesai  aje takbir... kami dijamu ngan set nasi jagung dan pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah dan beberapa hidangan sampingan yang dibawa oleh warga rumpun yang lain...

Sebaik aje pulang dari majlis tersebut... kiter meneruskan aktiviti bersilat di dapur chomel ku... menyediakan juadah tuk pagi esok...


04 October 2014

Kiter bangun jam 5.30am.... just tinggal masak nasi tomato, buat acar timun dan rebus mee laksa... dan kasi final touch (hangatkan) lain-lain dish yang dah disiapkan semalamnya. 

Ini dia juadah yang sempat kiter siapkan di pagi raya kali nii:
1) Set nasi tomato (nasi, ayam masak merah, acar timun dan popadom)
2) Set nasi himpit (nasi himpit, kuah kacang dan rendang)
3) Set laksa (laksa, kuah dan aksesori laksa)
4) Set dissert (kek batik yang kiter dah siapkan 2 hari lps, jelly laici dan puding coktail)
5) Biskut raya (tak sempat dihidangkan... ini ler akibat kalau buat 4 days before raya ngan kuantiti yang tak berapa banyak... dah habiisshhhhh sebelum tiba waktunya!)

Seperti Eid Fitri yang lepas, kiter tak berkesempatan nak tunaikan solat raya... bukan nak siapkan juadah yang jadik alasan... sebab kiter dah siap masak jam 8am... Solat raya kat Masjid Doha (masjid arab kat umah kitorang niii) bermula jam 8.30am. Tapi... disebabkan Khaleef. Dia masih lom faham erti duduk diam... dia boleh ikut solat... tapi hanya separuh jalan... yang separuh lagi tuuu akan mengganggu jemaah lain... So, belum boleh lagi rasanya nak bawak dia ke Masjid time gini. Insya-Allah... setahun dua lagi... kita dah ley berjemaah bersama di Masjid!


Jam 10.00am... teratak Chumel kami dah mula dipenuhi tetamu. Ini antara sebahagian tetamu yang sampai awal... sempat ler sesi bergambar before majlis dimulakan... yea dok?


10.30 am... Maka acara khatam Quran kimie pun bermula:


Kimie memperdengarkan bacaannya dengan diapit dengan dua sahabat karibnya... Irfan dan Alif...


Sambil di lead bacaan nya oleh gurunya... Utz Dr Nur Azman Ali...


 Turut disemak bacaannya oleh warga rumpun yang turut hadir..


Doa Khatam dibacakan dan.. majlis kami diteruskan dengan Takbir raya

Seterusnya acara makan dan ramah mesra bersama lebih kurang 50 orang warga Bradford termasuk anak-anak kecil... adik-adik undergrad dan warga rumpun yang senior mau pun yang baru tiba sebulan dua yang lepas.










Seronok rasanya dapat berkumpul sekali sekala macam niii... Terubat sedikit kerinduan kat kuarga di Malaysia.


Before pulang... kami agihkan sedikit doorgift bidan terjun nii...:
Nak buat bunga pahar tuk majlis KImie dah tak sempat... ni aje yang sempat disambar semalam. Beberapa barel kecik cokelat yang sempat gak ler dibungkus sempoooiii. Tu pun ada tetamu yang balik dulu mok cik niii lupa nak bagi... huhuhuu... sib baik ci cilik Abu Bakar tanya... tu hadiah tuk saper???



Dan juga sedikit token buat 'Mak Guru'... heheheee... nak carik token  untuk 'tok guru' pulak cam dah tak sempat... ni aje laaa yang sempat... Token kecik nii memang tak dapat di imbal balas  ngan jasa dan ilmu yang telah dicurahkan kepada anak-anak kiter. Besar sunggah jasa mereka sekeluarga.. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi mereka sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat.



Dan dikesempatan ini diucapkan salam Aidil Adha buat semua umat Islam diseluruh dunia. Those yang ada buat ibadah korban tahun ini... moga ibadah korban kalian diterima-Nya... Those yang sedang mengerjakan ibadah haji tahun ini... moga kalian mendapat haji yang mabrur... Dan moga ada rezeki kami untuk menjadi tetamu Allah di Zulhijjah tahun mendatang.... Amiinnn!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails