Tuesday, November 8, 2016

CH

Kalau ikut kiraan hisab… tahun niii turn berchoti dalam negara… And usually kami ni kalau berchotii… kitorang nii type island hunter. But tetiba kali ni kitowang nak ubah angin lak ke tanah tinggi. So untuk itiew… kiter atur strategi… tetiap hari dok citer lamanya tak mkn strawberi…. Eceh… cehhh… ley jer  beli strawberi kat supermarket berhampiran… Tapi kan ke lebih feel makan kat tempat sejuk… next.. menikmati tea yg fresh di ladang tea… hahahah… dengan harapan che abe dondang pahe-pahe laaa kan!!!

Yezzaaa…. Pancingan mok cik Berjaya… End of Sept en asbem dah book penginapan di CH…. Hahahahahaa…  tapi… keroje dia book date and accommodation aje. Lain-lain, terserah pada mok cik nii nak tentukan 

So, Sebelum pergi travel, mok cik niii kena laaa start google beberapa perkara penting macam exit nak ke CH, peta Cameron Highlands, lokasi hotel dan yang paling penting sekali ialah tempat-tempat menarik yang akan jadik pilihan  

MAKLUMAT PERCUTIAN

Tarikh Percutian: 21 Oktober 2016  – 22 Oktober 2016 (2D1N) 
Tempoh percutian yang pendek but memorable.

Hotel Pilihan: Copthorne Hotel. 


PERJALANAN KE CAMERON HIGHLANDS 
Hasil en google… kiter dipahamkan ada beberapa jalan nak ke CH iaitu:

1) Tapah [pengunjung dari selatan, utara atau timur] 

  • Dari Kuala Lumpur ialah 300 km atau 3.5 jam perjalanan melalui lebuhraya PLUS. 
  • Exit Tapah, hanya 60km ke CH, tetapi ingat disitulah cabaran sebenar. Jalan bengkang bengkok, licin dan sempit. Sesapa tak tahan boleh mabuk, walaupun begitu, pengunjung boleh berhenti rehat di Lata Iskandar untuk menikmati kecantikan air terjun sebelum meneruskan perjalanan. 
  • Sebelum sampai Tanah Rata, pengunjung akan sampai dahulu bandar Ringlet. Bila dah sampai situ, baru lega sikit katanya, kerana udara dah mulai sejuk. 


2) Simpang Pulai [untuk pengunjung dari utara] 

  • Laluan ini untuk pengunjung dari utara, susur keluar di Tol Simpang Pulai. 
  • Laluan lebih baik dari laluan Tapah dengan jalan yang cantik, tidak begitu bengkang bengkok. 
  • Lihat papan tanda Kg Raja sepanjang perjalanan dan jangan takut sebab Kg Raja tu Cameron Highlands la!.


3) Gua Musang [dari timur]

Laluan Bertam (di Ringlet) ke Sg Koyan di Pahang untuk pengunjung dari kuantan. 


SENARAI TEMPAT YANG WE OLS LAWATI

Hari Pertama (Sabtu)
Bertolak ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai awal pagi (Kami merancang untuk terus singgah di beberapa tempat yang menarik dalam perjalanan ke hotel).

So lepas Subuh.. kami Vroom to CH. Berhenti bekpas kat highway and ambil exit Simpang Pulai.... Alhamdulillah... ikut exit ni ok sikit bagi kiter... tak de laaa bengkang bengkok sangat.

Dek kerana kami datang dari belakang.... Kami ley jer singgah minum teh di Cameron Valley Tea House @ Kuala Terla. Tea house dia tepi jalan jer... Tapi kami plan nak ke Ladang teh Sg Palas... so, pg tuu tak singgah ler lagi.

1st destination kami di CH adalah..........



Al-Mashoor Strawberries.

Kat sini pokok strawberi nyer tak der laaa hapening sangat.... tapi... sengaja singgah sebab.....



Anak teruna ai niii dah tak sabar nak pekena Strawberi coklat.



Hahhaaa.... satu farm... satu menu aje!! Saja ngada-ngada nak habiskan masa.



Lepak-lepak lebih kurang..... ready to next destination!

Those yang suka bunga... ley singgah pulak kat Cameron Lavender Garden @ Tringkap. So far.. kat sini memang hapening... dari tepi jalan nampak chantek jer bunga lavender yang purple tuu... pengunjung memang ramai giler mas kiter lalu tu...Tiket masuk berharga RM5 seorang.

Tapi kiter tak singgah pun kat situ. Bawak anak-anak niii.. mana nyer mau diorang layan bunga kan? 


So... kami teruskan perjalanan ke ............

Butterfly Farm @ Kea Farm




Si Khaleef yang penakot tuu.. terjerit-jerit bila butterflies terbang dekat dia.


Kakak yg besau gedab pun penakottt!


Butterfilies dia ok laaa... tak banyak but ada laaa

Heppi jer bebudak nii bila ada butterfly hinggap di kepala.

Terjerit-jerit mintak ibu cepat-cepat snap gambo dia ngan butterfly atas kepala


Khaleef jugak lerrr yang terjerit-jerit takut dan mintak keluar dari situ.


Keluar aje dari pintu butterflies... Kat farm ini  gak kami ley tgk animal lain.... cam landak cinonet nii. Selain tuu ada laaa snakes, geiko,  insect, chipmunk, iguana dan macam-macam lagik laaa.

Bila di area binatang dalam cage and glass.. khaleef dah ekcited.



Kat sini gak ada laa small garden... mostly daisy aje! Boley laaa... entry ticket RM7 for adult dan RM5 for kiddos.. Khaleef? Free!



Menapak jap kat kawasan sekitar......... Sebelum meneruskan destinasi berikutnya!



Cuaca tengah hari tuuu not bad... suhu tak sejuk dan tak panas!

Kami meneruskan perjalanan (dengan kereta laaa). Trafik dah mula slow sebab pengunjung dah mula ramai.

Dari kejauhan... kami nampak dah hotel kami... betul-betul dekat ngan pasar kea... Jalan kaki pun boleh... tapi kami tak singgah hotel lagik... kami terus ke Cactus Valley dulu... sebelah Pasar Kea aje!


Beli leee sikit kaktus untuk buat kenangan. Tetiba teringat zaman belajar dolu-doluuu... tersusun pokok kaktus kat tepi tingkap bilik. Beli masa pesta convo UPM. Hurmmm... dah arwah pun semua pokok tuu.. hahahhaa

Si tecik nii... tak de mau dia ikot ibu dia memilih kaktus. Makan eskrim lebih baik buat dia! Tapi... ayah kena teman!

Lepas beli kaktus... baru kitowang check in.


Apartment nya luas....

Dapur pun selesa... tapi kalau nak masak-masak kena bwk peralatan sendiri.. sebab yang disediakan cuma microwave, peti sejuk, kettle dan set cawan dan kopi aje!

Ni master bed room dia..

Ni lak 2nd bedroom dia...

Berehat ala kadar... kami komdiannya meneruskan destinasi berikutnya... iaitu Kea Farm. Kat sini destinasi pilihan untuk membeli sayur dan buah2 segar untuk dibawa pulang. Buah strawberi pun banyak dan murah berbanding beli di Farm. Suggested item tomato cerri yang cumel2 gitiew... sweet sangat rasanya. Kiter ngap macam makan anggur aje! Yumm Yumm... 

Setelah tangan memasing penuh ngan sayur dan buah2 segar... tetiba pewot dah macam berdansa... Wooo dah nak masuk jam 4 ptg ghupernya... So next destination of course laaa cari heavy meal... 

Untuk itiew kami ke tana rata... gi Farm ayah kawan Kimie...

YZ Agro Farm. Tapi time kitorang datang nii tak sempat jumpa dengan owner Farm ni.. Sebab kebetulan hari uu dia turun Pekan.. bawak anak dara dia bermalam di Kuantan. 

Menunya boleh tahan sedapya.. Oleh kerana kami sampai pun dah petang.. menu nasi campur dah habishhh. Tapi kami tak kisah pun... sebab memang tak mau makan nasi. 

Kimie order nasi lemak, Asben order Laksa dan kiter mee kari

Kalau uols singgah kat sini... jgan lupa try homemade scone nii... Super delicious. Strawberi milkshake dia pun sedap... sluppppsss...

oh yea... sila laa cuba juga rasa icecream malaysia strawberi nii... Ada buah strawberi dalam eskrim tuu... 

Burrppsss... sedap. Alhamdulillah.

Dah selesai makan... kami naik semula ke Brincang...

Orang kata... jgn lupa singgah pasar malam Brincang. Tapi bab parking memang problem laa. 

Tetiba ada jer luck kitowang... dapat parking yang dekat tanpa perlu tercari-cari tempat parking.

So... 

jom redah pasar malam lak...

Kat sini lebih kurang situasi di Pasar Kea tadi... ramai giler yang menjual strawberi dengan harga yang murah... bantal dan souvenir pun banyak gak. Tapi bab makanan bermasak pada kiter tak semeriah pasar malam yang pernah kiter singgah. Very de limited choice. 

Memasing yang masih kekenyangan semua pakat tak mau beli apa2 makanan bermasak di sini. Cuma borong a few lagi box buah strawberi and beberapa souvenir lagik. Ye laaa masa kat Pasar Kea... penjual souvenir dia cam sombong sikit. Bila khaleef pegang barang dia... diorang tegur supaya jangan pegang... pada hal kami memang nak belikan barang tersebut untuk khaleef. Bila dah Khaleef kena sound.... Kiter ngan sengaja kuatkan volume berkata...

" Let's go Khaleef.. kita cari kat stall lain yang nak jual barang dia! Yang tak nak jual.. dia bagi tengok aje... tak boleh pegang!" hahahahaaa...  memang tak ler kita nak beli kat gerai2 yang sombong tuuu!

Malam tuu... suhu dah mula sejuk.

"Bang... tolong naikkan suhu aircond! Sejuukkk" ujar kiter

En asben yang tengah asyik layan tv pun bingkas bangun cari remote aircond...

Tergelak sakan kiter bila nampak en asben masih tercarik-carik suiz aircond.

Hahhahaaa... mana ada aircond or kipas dalam apartment tuu... jangan marah aaaa... gurau aje.

Sememangnya suhu memang sejuk malam itiew... tetiba teringat masa kat Bradford uk dulu... suhu mencecah negetip... kebanyakkan masa dihabiskan berada bawah duvet. hahahaha

Dalam kesejukkan itu... anak-anak yang katanya tak mau makan tadik... memasing kata lapar... Adesss... terpaksa laaa  en asben kuar cari meggi cup. Sebab ibu dia tak mau keluar cari makan dah malam tuu!


Khaleef... memang strawberi laaa pilihan dia... lantak pi laa suasana bising ngan volume tv yang tinggi... feel aje dia layan strawberi cokelat dia!

Cukup time... tido and ready for tomorrow punya citer..

Nite........

1 comment:

king size bed duvet size said...

Bertolak ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai awal pagi (Kami merancang untuk terus singgah di beberapa tempat yang menarik dalam perjalanan ke hotel).
black shalwar kameez design for ladies
black shalwar kameez ladies

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails