Monday, July 5, 2010

ZOO

Kali niii i bukannya nak stori psl trip ke zoo negara... atau zoo Melaka atau mana-mana zoo yang ada kat Malaysia mahu pun luar negara....

Ini zoo aaa.... adalah filem yang ditonton baru-baru nih... Rewards kpd kimie dan didie coz dapat collect 30 star! As usual... model kementot niii akan berposing dulu before menonton!


Kimie yg meniru aksi Mazlan dan Didie meniru aksi Lisa

ZOO ini merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Saad yang dikenali sebagai Ad aje (Lakonan Mazlan) yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.

Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Ad secara tidak sengaja masuk ke sesi temuduga dan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Ad bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.

Ad telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Shila. (Lakonan Lisa Surihani). Menurut Shila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja dan mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Ad yang mendengar cerita dari Shila mulanya juga tidak mempercayainya dan akhirnya melihat dan mendengar sendiri haiwan-haiwan di situ seperti gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegurnya.

Zoo tersebut mula menjadi kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic. Osman (rakan sekerja) yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Ad bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut.

En Din (boss Ad) yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberhentikannya. Untuk membersihkan nama baiknya Ad telah meminta pertolongan dari haiwan-haiwan itu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Ad telah menamakan beberapa orang yang dicurigainya tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Beberapa permerhatian dibuat ke atas "suspek-suspeknya" dan akhirnya dia berjaya menangkap penjenayah (penjenayah yg dia tak sangka-sangka) dan berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah.

So far, pada kiter citer nii hurmm... bole laa... jln citernya ringan dan bersahaja... So, far... for kids... depa enjoyed tgk movie niii. Bagi I kureeennnng sikit. Tapi enjoyed gak lerr... Kiter gelak, tak tapis U... Ermm.... dari 5 popcorn, kiter letakkan 2.9 popcorn! Ok tak?????

Pas hbs movie, just makan A&W. Masa niii kimie dah mula memuncungkan diri... Nak Beary Meal gak cam adik coz nak dpt kan ball warna blue... adik nak pink! Bila utamakan adiknya... dia dah muncung dan tak mau order dah!

Puas gak di pujuk... alih2 bagi dia duit... mintak dia berurusan sendiri ngan kakak kat kaunter tuh!


Ermmm... pandai gak dia order!

So tamatlah stori zoo dan stori i kali nih... dahhhhhh....

4 comments:

Sarid Derus said...

kita pun teringin nak tengok citer zoo ni..tuk anak2 kita sekali la... :)

kisahwanida said...

ai pun teringin gak nak gi menonton ZOO ni.... siap plan ngan anak2.... maybe this weekend....

Adie said...

Kita org x minat lah citer2 pelakon senario nie. Kebanyakannya lawak bodoh aje. Jumanji lagi best walau pon umur filem tu dah lebih satu dekat...

nashora said...

Pilihan filem "Zoo" adalah permintaan bebudak nie..atas usaha mereka mendapat reward 30 stars dari ibunyer...stars tu diberi berdasarkan ujian2 secara lisan dari ibu mereka..(secara tidak langsung kira revision)..spt...rukun iman n islam ada berapa perkara?..apa itu air mutlak?...jenis2nya?...nama2 rasul n malaikat.....namakan anggota badan dalam b malaysia, english n arab...yg selalu ditanya adalah sifir 2 utk Didie n sifir 2 n 3 utk kimie...so biler terkumpul 30 stars..diberi reward...

So mereka decide "Zoo' kerna...mereka minat tgk binatang2 di Zoo Negara..(bukannyer "natang" kat situ..kerna ada juga berperangai cam tu duduk ber2an n x tahu malu...hehehe...)..selain itu,at least dia orang ingat dimana screen di pentas anjing laut...ayah mereka pernah perform kat situ sambil pegang n menari ngan ular..hehehe..

Dia org pun minat Night in Museum 1 and 2(selain Jumanji)...cuma x bersempatan nak gi kat Museum berkenaan...setakat museum negara je la...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails