Thursday, September 25, 2014

Dental treatment for Sephia

Recall balik kisah yang berlaku pada setahun 8 bulan yang lepas. Bertarikh 5 Januari 2013 (Sabtu).... jam 6 ptg... Sephia and her best friend sangat gumbira bermain-main di playground depan umah kami....

Kiter pulak mengambil kesempatan memasak dan mengemas dapur... tetiba, terdengar tangisan yang kuat dari Sephia sambil dibawa oleh my husband masuk ke bilik air... Mulut Sephia penuh dengan darah... Dia terjatuh dari "monkey bar" dan gigi dia terhentak pada palang besi. Adrenalin seorang ibu terus aktif meletus... menuju ke arah Sephia lalu mencuci mulutnya.... bibirnya ada pecah sikit... one of her teeth dah sumbing and yang paling menyayat hati kiter ialah 3 dari gigi kekalnya dah goyang... dan salah satunya memang goyang teruk... hampir tertanggal... bukan gigi susu... gigi kekal tuuu... dia lak baru darjah 2.... kesian sangat kalau dia kena pakai gigi palsu... hati kiter sangat gusar... tapi kiter kena tunjuk kuat depan Sephia... agar dia kuat  melawan sakitnya... dan kuat menghadapi reality kalau giginya hilang... sedih!!!!

Darah mengalir tak henti-henti dari gusi dia.. dah pukul tujuh malam.... ada ke Dentist bukak malam malam sabtu ginih... huhhh... memang cuak. Sib baik jiran belakang umah kitorang wifenyer ada bukak Klinik Gigi kat Seksyen 8, Bangi. Kitorang tepon dulu... so beliau tunggu kitorang sampai... 

Kiter mamang panic, cuak dan sedih... Before meneruskan treatment, Doktor Yati tu menenangkan kiter dulu... katanya, gigi ni pun cam anggota badan kita, kalau terputus, bawa ler anggota yang terputus sesegera mungkin ke hospital... doktor akan cuba sambungkan semula saraf anggota terputus tu. Dengan izin Allah, anggota tu boleh bersambung balik... Cam tu juga ngan gigi... Kebarangkalian saraf tu hidup kembali seperti asal adalah lebih tinggi bagi kanak-kanak berbanding dewasa. So kalau ler saraf Sephia terputus, berkemungkinan besar boleh bercantum kembali. Lega jap kiter... huhuhuuu..

Tapi... yang merisaukan ialah sekiranya gigi dia patah dibahagian akar... yang tuuu cam tak dop solution... so, pepaham aje laaa.... Hati kiter kembali gusar... huhuhuuu...

Disebabkan bleeding dia agak dahsyat... Doktor berusaha mengurangkan pendarahan itu dahulu before boleh buat treatment selanjutnya.

Next, Doktor scan gigi dia... tapi tak boleh membantu sebab pendarahan dia yang teruk. Result dari x-ray tu tak nampak! So tak tau ler ada ke'patahan' atau tidak. The best temporary solution ialah, pasang wire.  Giginya yang teruk goyangnya ditumpang/di'support' oleh gigi bersebelahan dengannya.. tapi, kata doktor.. rawatan ini adalah rawatan sementara. Monday niii kami kena gi Hospital pakar kanak-kanak. Selain tengok gigi... boleh check ada injured kat rahang or not.



Ni dah dipasang wire... dan telah disuntik bius untuk kurangkan kesakitan dia... bibir still bengkak dan gums dia non-stop bleeding.



Monday, kami tak terus ke Hospital. Kami ke Klinik Gigi (Pusat Kesihatan UPM) dulu untuk dapatkan referral letter


Ngam-ngam sampai, temporary wire yang dipasang dah tanggal sendiri sebab masa dipasang tempohari, gigi dia basah coz non-stop bleeding. Mulanya dia dirawat kat sini. Komdian dia dia dah dtransferkan kat Dr Dasril. 



Dr Dasril kata, since pendarahan dia pun dah stop, dia pasangkan dulu wire yang lebih stabil. Kena pakai dalam masa 1 bulan ke 3 bulan. Kalau nak tahu saraf dia dah mati or masih hidup, tengok perubahan warna gigi... kalau gigi dia berubah warna... lain dari warna gigi dia yang lain, maknanya saraf dia dah mati. If not... no worries. Cuma tak sure patah atau tak. X-ray dia tak buat lagik. Selang 2 minggu kami datang tuk follow up... Hingga laaa kami dah nak berangkat ke UK (March)... gigi Sephia masih goyang... cuma tak sekuat sebelum nii. Bila sampai UK, Dr Dasril mintak kami refer segera Dentist kat sini. Sebab, wire nii tak boleh pakai lama-lama. Ia boleh menganggu susun atur gigi dia dan boleh mengakibatkan gigi dia jongang.


Masa kiter sampai March tuu... under Academic Visitor Visa (dependent kepada Inchik Asben) . Bukan aje kiter tak boleh register Dentist kat sini... ngan NHS (National Health) dia pun tak boleh. Memang payah... So, kiter tak buat apa-apa follow-up treatment pun untuk Sephia.



Sept 2014, baru kiter tukar VISA status dari Academic Visitor kepada Student VISA... so, baru ler kiter dan dependent kiter ley register ngan NHS. Setelah mendaftar ngan General Medical Practitioner, kiter still tak dapat nak register ngan Dentist yang berdekatan... Semua full ler... dan macam-macam lagik ler... pendek kata... payah toiii...So, kitorang dah macam give up... dan kiter lah dah start bizzi  ngan kuliah... dah terpaksa cam buat-buat lupa lak ngan masalah gigi Sephia. 





Satu hari dalam Jan 2014, Sephia balik menagis... dia malu bila ada kenkawan dia panggil dia gigi besi... So, kitorang pun kembali gagah tuk cari Practitioner Dentist yang berdekatan. 




Finally kami dapat register ngan Allerton Dental Practice (BD7) pada akhir Jan... Next March 2014 baru dapat slot appointment... Sekali, step tuuu baru step registration daaa. Nurse dia yang check... next May 2014, baru dapat jumpa Dentist... Lamanya!!! Gigi Sephia lak dah semakin semakin tertonjol ke depan dan Jongang disebabkan wire tuu...huuuuuhhhhh!!! Kesian dia!




Sekali Dentist tu cakap... dia tak ley take off wire tu. Bukan apa, struktur gigi dia dah terganggu.. Sephia kena refer ke Hospital Pakar kanak-kanak. Kena buat thorough check up.. Haiiiyaaaa.... cam ginih rasanya balik Malaysia aje ler Sephia... huhuhuhuu.


Tapi... bila dah register ngan dentist nii... selang 3 bulan... kami akan dapat slot appointment... Nurse dia akan buat pemeriksaan berkala dan sapukan fluoride. Hurmmm... bagus... bagus... cuma dental injury punya kes aje lom boleh settle lagik.


Setelah menanti selama lebih dari 9 bulan (untuk case dental injury), finally hari ini, Sephia dapat slot rawatan kat Children Department, Dental Institute kat The Leeds Teaching Hospital. Surat tuuu ada mention "The 1st visit will usually be for consultation and assesment and no treatment will take place". So, kiter boleh agak ler... this 1st visit sekadar bukak rekod aje dulu... next 3 month baru treatment... time tuuu kitorang may be dah fly balik Malaysia... hahahhaa


Waktu appointment Sephia kul 3.15 pm... tapi kami lewat sampai... 3.20pm baru register. Sampai aje kat kaunter, isi borang assesment lebih kurang... kami terus dipanggil masuk.



Mulanya ada sesi berkenalan... Doktor kami dapat namanya Ellyana... next sesi consultation, bagi tau sejarah kesihatan dan sejarah dental injury yang dialami oleh Sephia. Diorang tanya gak why kiter lambat buat follow-up treatment. Kiter kata ler unfamiliar ngan medical prosedure kat UK nii... Gambar, kiter tak berani nak capture... tak tahu ley ke idak ambik gambar kan...



Ni kiter chori-chori ambik gambar. Masa Doktor ni bawak case Sephia jumpa Doktor Pakar.. Lepas sesi consultation... Sephia diberi spek mata and baring... Setiap step yang diorang buat... diorang akan explain kat kiter dan Sephia... Mulanya diorang test saraf gigi dia... pakai mesin apa entah... nak detect saraf dia dapat detect ngilu or not... next test guna cotton ball and spray ngan something... tengok gigi dia dapat rasa ngilu akibat sejuk or not. Hasil dari pemeriksaan, Al-hamdulillah, nerve dia ok!! Huhhh lega.


Next kami dibawak ke photograpy room... capture picture gigi before the treatment, cara gigitan dia... darjah kejongangan dia... and so on...



Dah siap baru dia cabut wire, and polish gigi dia... sumbing gigi tuu, doktor kata tak sempat buat hari nii sebab jam pun dah hampir kul 5 ptg... kami kena buat X-ray dulu... tu yang penting... untuk tengak ada retak or patah atau tak. Ada sembilan patient yang tengah tunggu giliran





Kami orang yang terakhir untuk x-ray... Dah pukul 5.05pm. Office hour pun dah berlalu, kaunter pendaftaran untuk x-ray pun dah ditutup... tapi petugas tu kata... dont worry, operasi kat dalam still on... hik hik hikk




Since dah tak dop orang... berani ler kiter nak berselfie... hahahahha




Sephia lak... terasa janggal bila tak dop dah wire kat gigi dia dan tak sabar-sabar nak tengok ghuper gigi dia.


Akirnya sampai turn kitorang. Mesin X-ray diorang canggih toi... kejap aja kat bilik x-ray.. Terus ada digital film yang terus dimasukkan dalam system. Belum pun sempat kuar dari bilik x-ray, doktor Ellyana muncul... dia kata dia tak sempat tengok result x-ray sebab jam dah menunjukkan kul 5.30 ptg... office dah tutup... So, kalau tak dop apa-apa masalah... kami akan berjumpa lagik in 8 weeks time.



Kami meninggalkan Dental Institute hari ini dengan perasaan yang sangat puas hati... Tak sangka pulak wire di gigi Sephia yang terpasang selama setahun 8 bulan tuuu akhirnya ditanggal... Cuma kena tunggu next treatment... samada dia kena pakai braces or pemulihan semulajadi...

Apa-apa pun... terima kasih kami ucapkan pada Dr Ellyana & team, The Leeds Teaching Hospital dan NHS UK... Thank you so much!!!

Tetiba... hati ini terdetik... alangkah besh nyer kalau Sephia jadik Dentist... boleh bantu mereka-mereka yang ada masalah gigi... especially ibu dia... hahahhahaaa...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails