Tuesday, September 9, 2014

My Mini Fried Apple Pie

Stock apple dalam peti sejuk sangaat banyak. Disebabkan kiter bukan ler penggemar epal, maka stock ini kena cepat dilakukan sesuatu sementara epal ini masih segar.

So, minum petang punya menu hari ini kiter buat pie epal yang jenis goreng...



Bahan-bahan ( dapat dalam 16 biji pie )

Inti:
6 biji apple merah - potong dadu (kiter guna 6 sebab epal kiter saiz mini)
2 sudu gula perang (bergantung pada jenis epal, stock epal kiter kuat rasa manis masamnya... so ok ler)
1/2 sdk serbuk kayu manis
1/2 sdk serbuk buah pala
1 sdb perahan jus lemon (kiter tak isi sebab stock epal kitorang dah masam... kalau tak masam... kasi taruk sikit bagi menyeimbangkan rasanya)
1/2 sdk tepung jagung (bagi serap/memekatkan jus epal tak kasi inti epal tu berair)
Cara masak inti: Campur semua bahan (jus lemon dan tepung jagung letak komdian) dan masak hingga berbuih/epal mula keluar jus. Komdian sejukkan!



Pastri:
2 cawan tepung gandum
1 sdk garam
1/2 cawan butter - beku (sejuk)
1/2 cawan susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng

Cara-cara


1) Mix tepung dan garam. 
2) Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Kiter masukkan dlm food processor sbb nak cepat dan malas.. Hihihiii... pada hal gaul guna hujung jari pun boleh)
3)Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat. Simpan dulu doh dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng if nak pastri lebih rangup.
4) Buatkan 16 doh bulat kecik (dgn cara: doh tadik kiter bahagi dua komdian bahagiakan lagik 2. Dah dapat 4 kan? Haa komdian bahagikan lagik 2 dan bahagikan lagik 2. So jadik ler 16 doh kecik yang hampir sama saiz. Cara yang sama kiter buat doh karipap... sebab tak guna acuan untuk dapatkan standard saiz kan) 
5) Next, leperkan doh ala2 empat segi empat tepat dan masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan cantumkan kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim cam kelim karipap or tekan dengan garfu pun boley. 
6) Goreng dengan api sederhana sehingga keperangan/ keemasan. 


Dah siap.... hahahaa... Doh/kulit dia rasa cam karipap tapi bila makan rasa janggal lak dengan rasa masam manis epal tuu hik hik hikk...
 sok may be menu berasaskan epal lagik... jgn marah haaaa

note: Kalau ada lebih inti jgn dibuang sebab kiter buat lak menda lain cam masukkan dlm kek, bread apple crumble or buat bread puding or buat apple pie yang jenis bakar punya... olah dan guna bahan yang dah ada... tak baik membazir!

1 comment:

nashora said...

ok la tu..fully utilized apple berkenaan...best...kalah apple pie McD...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails