Destinasi kiter kali niii ialah North Wales... Kalau tak silap kiter UK niii ada 4 bahagian...
England, Wales, Scotland dan Northern Ireland. Yang kitowang duduk sekarang niii adalah England... Yang kitorang pergi nii Wales...
So dari Bradford ke Wales perjalannya almost 3hrs... so harus ler bermalam kat sana kan? Penginapan yang jadi pilihan Qalbu still Pontins Park... Sebab boley main masak-masak... hehehe... yea laaa nak carik makanan halal kang satu hal lak nak pusing-pusing kan... Kalau masak sendiri memenuhi citarasa anak tekak dan jimat banyak woooo!!!
Bentuk bangunan dan susun atur dalam apartment sama aje cam kat Southport yang kiter pergi tempohari. Cuma kat sini satu blok ke satu blok yang lain agak lapang. Pemandangan dapur kami betoi betoi mengadap laut dan pandangan depan apartment lak... gunung ganang yang masih menghijau.
Kami bertolak dari Bradfor bih kurang jam 4pm lbh dan sampai kat sini 7 lebih... masih cerah! Si tecik niii paling heppi.. Tenang aje main golf! Malam tak dop aktibiti apa pun... lps mkn malam memasing tido awal.
16 Ogos 2014....
Permulaan vacation haruslah dipenuhi dulu tangki pewot kan!
Kiter just prepare sausage bun manakala yang lain-lain tuu disediakan oleh Dr Fauziah... huuhhh... menu raya sebab masa ni kan masih dalam Syawal!
Pas bekpas... kitowang mulakan aktibiti ke car boot sale. Tapi... car boot kat sini tak berapa menarik sangat bagi kiter... Barang dia mahal dan pada kiter tak berbaloi nak beli. Sessi tawar menawar pun bo layan kat sini... So, cuci-cuci mato aje laaa... Dalam cuci-cuci mato tuuu purse kitorang pun terlibat sama laaa dicuci bagai... hahahhahaha!
Next kami ke Cable Car Llandudno, Conwy (LL30 2LP). Kalau ikut web katanya Opening Times April to October (1/4/2014 -31/10/2014). Kadar bayaran lak Adult Return - £8.00 and Child Return - £6.00
·
Nak naik Cable car kat bangunan kaler putih tuu! Sekali... cabel car tutup baaahhh!!! Windy dan membahayakan keselamatan pengunjung! Hurmmm tak pe laaa... tak dop rezeki nak tgk pemandangan dari atas... So????
Baca peta doluuuu!!!!
Jenjalan kat kawasan sekitar niii
Bergambar lagik....
Dan lagiii...
Jom menapak perlahan-lahan
Anak-anak kami!
Posing lagik!
Tetap ceria walau tak dapat naik cable car!
Berlatarbelakangkan kedai souvenir. Tapi tak beli satu habuk punnnn!
Layan perasaan yang jiwang karat!
Sephia yang paling syiok sebab ada anak dara melayan dia...
Dah puas posing... kami nak drive trough lakkk... bayar dulu "toll fee"
Maka bermula laa pendakian kami...
before sampai satu simpang kiter nampak signage nii... nak baca tak paham... Sebab kereta kat belakang laju aje.. nak cepat kiter ambik gambar aje. dah balik umah baru tau... translation ada kat bawah setiap ayat dia!
Disebabkan tak terbaca signage tadik... kitowang ambik marine drive. Turun naik bukit sambil menikmati keindahan pantai dan lautan.. Tapi no regret... sebab pemandangannya inddaaahhhh sekali! Masya-Allah... Tak dapat nak dirakam keindahan tersebut dengan lensa camera sebab keindahan itu kena disaksikan ngan mata kepala sendiri.
Next destination... kami plan nak ke Conwy Castle.
Ni bukan gambar dari cannon kiter... kiter cilok dari amazingmemories.park-resorts.com. Fee entry dia - £20.25 for Family Ticket (2 adults and up to 3 children under 16 years). cam mahai dan tak berbaloi lak nak masuk untuk tengok bangunan batu tuu (even chanteekkk dan bersejarah). Hurmm... Kitorang rasa tak perlu laaa kot!!! So???
Kitorang berhenti kat tepi pantai dan takes our lunch! Angin memang kuat giler... Sejuk pun ley tahan ler... dah pakai baju sejuk pun... kepala lutut masih berlaga-laga...
Depa semua makan kat balik tiang biru tuu... Kiter lak makan dalam kereta. Jaga Khaleef yang tgh tido kunuunnn.. Pada hal... tak tahan sejuk!
Dalam sejuk tuuu ada gak anak kecik yang naya berseluar dalam mandi laut... Huhhh... kulit apa ler depa tu kan??? Tak ketinggalan, ramai yang main surf sailing nii.
Melalui beberapa pemandangan yang indah
Next masuk bandar dia...
hurmmm. Gi sini cam gi negara Eropah yang lain... tak rasa cam Uk lak sebab language pada signage dia guna bahasa Wales not English... kat bawah dia baru ada translation in English! Dah sampai destinasi yang dituju...Sekali... Market kitorang nak singgah tuu dah berpindah tempat... sebab tak de poskod untuk punch pada navigator dan berpandukan navigator mulut rakyat tempatan.. maka, hajat kami terpaksa dibatalkan!
Before pulang ke penginapan... kami singgah sini sat!
Menikmati lagi satu keindahan ciptaan-Nya
Masih menghijau... sebelum Autumn berkunjung tiba.
Bergambar kenangan doluuu dan jom kita pulang...
Balik park.... anak-anak main monopoli kat bilik sebelah.. kiter lak fokus on Dissertation (siap kan pra-kata/index dan references).
Makan malam tuuu tak de laaa seafod segar... Dr Fauziah dah buat back-up plan ghupernya, dapat ler menikmati tom yum sefood (frozen punya!). Yummmyy... dah kenyang... jom tido untuk misi esok hari!
No comments:
Post a Comment