Wednesday, January 21, 2009

awat kimie???

Kimie dah 6 tahun tapi.... dia ada masalah sikit dalam menenali identiti sesuatu kaum di Malaysia niii. Apatah lagi memahami erti warganegara.

Bila kitorang bukak tv citer cina
kimie akan kata: itu citer india

bila jumpa orang india
kimie akan kata: itu orang cina

bila nampak bebudak melayu main kat tepi jalan
kimie akan kata: itu bukan cina kannn.... itu bukan india kaannnn itu orang Malaysian kan....????

wadu... waduhhhhh..... dah explain dah kat dia.... tapi... dia masih keliru....

Didie???? didie ok pulak... dia tahu yang mana melayu... yang mana cina dan yang mana india.

Ermm.... nampak gayanya... kitorang terpaksa membuka sesi tutorial untuk kimie bagi subjek bangsa/kaum di MAlaysia.

p/s: ini baru duduk kat Semenanjung Malaysia... kalau ke Sabah/ Sarawak... lagi ko fening nakkk.....

1 comment:

nashora said...

Kimie nie mengamal semua kaum adalah Malaysia....hilang la keTuanan Melayu nie kalau kimie jadi pemimpin....kimie nie parti mata atau bulan atau roket....payah la...ada kena boikot ngan atuk, aki n wan dia nanti...hihihi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails