Thursday, January 15, 2009

My Bolognese Spaghetti

Asal de & yani datang... kiter masak spaghetti
Biler kiter masak spaghetti.. depa datang....

So u all bole agak kan menu apa sesi kelas memasak kali ini....

Ini dia BOLOGNESE SPAGHETTI.....


Bahan-bahan kuah:
400g daging cincang
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 tin tomato puree
2 biji bawang benggala dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 biji bawang putih dicincang
1 kuib ayam
800ml air
garam secukup rasa
sedikit chesee
1-2 sudu rempah oregano/herb
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan 1/4 bawang benggala sehingga naik bau
2. Masukkan tomato dan masak hingga tomato tu hancur
3. Masukkan daging cincang dan air rebus sehingga air surut
4. Masukkan tomato puree, balance bawang benggala, kuib ayam, garam dan air cendawan
5. Setelah kuah agak pekat, masukkan cendawan
6. Last masukkan rempah oregano dan chesee... tak lama lepas tu... bole tutup api
untuk spaghetti nyer lak.... just rebus ngan air dan ditambah sesudu minyak masak dan sedikit garam... toskan and pas tuuu gaulkan ngan marjerin dan tabur sedikit dedaun herba.
dah siap ... boleh dihidang....
Begitu ler simple jer kitorang punya dinner malam tadik..... actually kite selalu gak masak benda alah nii coz this is one of the febret dish si Didie... suruh makan nasik... punya ler susah.... biler makan niiii bertambah-tambah. Sat lagik kiter nak "post" satu lagi entry pasal febret dish didie.....

2 comments:

nashora said...

macam tu kenal jer pinggan siapa yg dijadikan model untuk spagettti tu....special tu...siapa ada daun lagi.....

Yana said...

hahahaha.. ini xadil.. nak gak special cam tuhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails