Friday, February 27, 2009

Kimie Gastrik????

on Thursday bebaru niii... kami sekali lagi bertandang ke Spital Serdang.... kali ini folow-up check-up kimie lak....

For your info... dulu kimie kerap muntah-muntah.... selalunya lepas sarapan pagi... tak lama lepas tuuu mesti dia muntah. Last 2 month... kimie muntah teruk sampai dehidrated... So klinik mintak kitorang refer ke pakar. So that's why kitorang ke Spital serdang. And this is kimie's 2nd appointmen. Kali ni just nak tgk result darah dia.... hopefully dia tak da apa-apa laaa...

WAlaupun dah datang awal.... ada lagik yang datang lagik awai. kitorang dapat giliran ke-7, ok ler kot.... tak terlalu lewat. Dijangkakan dalam kul 10.30 settle ler everything kann???? Kalau didie punya kes.... dapat ler giliran yang 1st pun... sure kena skip sebab kena tunggu result urine dari lab.
Gini lerrr suasana awal pagik.... masih lagi lengang... walaubagaimana pun nurse dah sibuk ngan duty masing-masing... didie lak baru jer kekenyangan dan nak start main....
Kimie dan didie dah start gear main kat tepi corner klinik peaditrik

Hasil dari pemeriksaan doktor... didapati kimie tiada masaalah ngan hati, buah pinggang dan sebagainya.... Al-hamdulillah....
Tapi... Dia disahkan Gastritis.... Terkujat gak kiter mendengarnya... sebab nak kata kat umah tak cukup makan???? Berlebihan ler pulak..... Menurut Doktor kemungkinan perutnya aktif mengeluarkan asid yang menyebabkan perutnya terhakis.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.
Punca Penyakit Gastrik:

Hasil dari pembacaan kiter Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap.
Juga disebabkan suka makan nenas, makan makanan segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang dan makan makanan yang bercuka.
So doktor beri ubat pencegahan yang perlu diambil setiap hari dan bekalan ubat sekiranya berlaku serangan gastric lagik. Dia juga tak bole membiarkan perutnya kosong walaupun sekejap. Erm.... payah tuuuhhh.... camner time bulan pose nanti yerkkk?????

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails