Monday, November 3, 2014

Menerima kunjungan tetamu lagi

Al-hamdulillah...

Sejak kiter duduk kat UK nii... teratak chomel kiter tak putus-putus menerima kunjungan tetamu. Baik  'pejuang ilmu', sahabat lama mau pun kenalan baru. Ada yang memang dah ada kat UK niii dan ada gak yang datang ziarah from Malaysia dan singgah ziarah kat umah kami.

12 Oktober yang lepas... kehadiran segorombolan 24 orang tetamu dari Malaysia amat-amat membuatkan kiter heppi. Siapakah mereka?


Mereka adalah majoritinya adalah rakan-rakan pentadbir UPM. Rakan sekerja kiter... yang ada diantaranya kiter pernah berurusan secara langsung dan ada yang tak. 

Oppsss... before kalian membuat spekulasi... meh kiter jelaskan...

Depa datang bukan guna duit rakyat... a.k.a menghabiskan bajet Universiti. Depa datang ngan hasil titik peluh duit sendiri... depa buat  program ngan kerjasama persatuan... sebahagian keuntungan depa salurkan kepada persatuan untuk manfaat ahli-ahli lain dan sebahagiannya (dalam 30% kot) depa masukkan ke tabung expedisi tour UK ni. Of course duit keuntungan tuu tak cukup. So depa tambung kekurangan tuuu ngan duit poket atau gaji mereka. Tiap bulan (melibatkan more than 12 month), mereka akan salurkan sebahagian gaji mereka kat tabung expedisi tour UK ni. Sapa nak bawak famili... maka besar ler tabungan yang diperlukan. 

So, sapa kata mereka guna duit rakyat? Dan sapa kata yang mereka ni guna duit persatuan? Nope... nope... nope... Kiter pernah jadik Bendahari Persatuan... jadi kiter amat arif tentang aktiviti tahunan mereka ini. Aktibiti tahunan??? Opsss... aktibiti 2 tahun sekali! Semua telah diperakuankan dan bercatat (those yang nak tengok bukti ler). So, tomahan yang tak berasas tuu sila padamkan... Penyertaan lak, terbuka pada semua ahli persatuan yang berminat. 


Pada awalnya, kiter dimaklumkan bahawa mereka dijangkakan sampai kat umah kiter keesokan harinya iaitu 13 Oct. Since kiter pun actually baru balik dari sesi jenjalan dan baru aje siap selesai buat open house raya haji tempohari... bekalan stock kat umah memang dah tak berapa ada. So, esok paginya baru kiter plan nak cari bahan tuk masak set nasi biryani, pavlova, puding roti, sherpherd pie dan fruits. 


Tetiba, kul 3 ptg kiter dapat message yang mereka dijangka akan sampai jam 6 ptg... terkulat-kulat kiter baca message tuuu... En asben lak dah nak kuar main futsal. Apa lagik... macam sesi cabaran pantas dalam masterchef gamaknya...

Menu yang dirancang kena ubah sesegera yang mungkin. Kiter mintak en asben kuar beli bahan-bahan cam ayam, timun, samosa frozen, buah2, mufin choco chip dan lain-lain. Kiter lak masak dulu apa yang ado!

So, kiter masak dulu nasi... nasi kunyit (ala-ala nasi minyak). Waduuhh... time-time gini ler pulak nasi kiter tuuu tak berapa nak gebu gitiew... And then masakkan dulu kuah untuk ayam masak merah. Ayam kiter goreng pas asben bawak balik nanti.

Pas tuu cepat-cepat buat acar timun, next goreng samosa dan buat tuna yorkshire puding. That's it.. 

Maka, dalam masa 2 jam setengah... Akhirnya menu asal kiter telah bertukar... hahhahaaaa... rasa sedih lak tak dapat menyediakan hidangan yang proper tuk tetamu istemewa kali ini... sedey... sedey...

Tapi... tak lama komdian, kiter dapat maklumat yang perjalanan mereka ada sedikit kelewatan dan dijangkakan sampai jam 8mlm... Dikesempatan itu... kiter dah tak buat apa-apa dah... sebab nak buat menda lain as an additional menu macam dah tak terpikir dah... sebab apa yerk??? Entah!!! Hahhahaha


Depa tiba ngan 3 mini bus...  Seronok sangat jumpa rakan-rakan lama niii.. Oh yea... Dr Fauziah dan Dr Nur Azman pun datang sekali... sebab mereka berduakan dari UPM. Dan ada dikalangan petadbir ni pun rakan mereka jugak... Dr Fauziah memeriahkan lagi hidangan atas meja ngan mee goreng, another samosa and buah! Thanks Dr!


Segan kiter ngan HJ Mastor nii... dia ni pakar memasak tau... Makan aje ler apa yang ado yer! Terasa macam dalam rancangan master chef di mana Chef Joe tgh rasa my masakan before diberi komen. Heheheee


 Since i dah katakan tadik... umah i ni kan chumeell... maka sebahagian dari kenkawan kena duduk kat basement.


 Sowi ler, basement kiter ni pun dah berterabur... coz dah start nak packing barang-barang tuk balik Mesia hjg bulan 12 niii...

Selesai makan... kitorang berborak sakan dan bergambar. Sesi bergambar ramai-ramai tuuu banyaakkk... tapi tak dop satu pun cik Cannon kiter capture. Ada dalam camera dan phone kawan-kawan yang lain... So, tak dapat ler nak disharekan kat sini untuk tatapan reader yang may be mengenali mereka!

Kepada rakan-rakan yang sudi datang... kiter mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dalam sesi lawatan kalian kali ini... hope, persiapan ringkas kiter ini sedikit-sebanyak dapat menghiasi diari kembara UK kalian... heheheee... Jumpa kat Malaysia nanti yea!

1 comment:

Aryan azra said...

seronoknya menerima tetamu..betul tu, kalau tetamu datang kalau boleh nak hidangkan dgn makanan yg sedap2 kan..tp tengok makanan yg ada tu semuanya dah best2 tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails