Sunday, November 16, 2014

Vaksinasi...

Sekarang masih di musim Autumn.... tapi suhu dia maaakkkk aaaiii... sejuk bangat, sampai mencucuk tulang. Grrrrrrrrrr.... 

Kat Bradford sekarang ni... payah dah nak dapat suhu belasan darjah celcius di siang hari.... usually dalam 5°C ke 9°C di siang hari dan kenkadang dah mula negetip di malam hari. Keluar jenjalan pun... molut dah berasap... Pernah gak bangun aje pagi... tingkap kereta dah berais... tandanya... "SEJUK". December nanti (bila musim winter)... of course suhu makin drop... 

Bila dah sejuk... kita akan terdedah pada Flu... Flu nii kalau dibiarkan memang bahaya sangat. Last year, kiter mengalami flu yang berpanjangan... more than 6 mth... paling teruk masa pertengahan winter... sampai mukus dan kahak kiter berdarah plus demam. Bimbang gak akan kena bronchitis and pneumonia. Dada memang sakit time tuuu... Batuk pun dah worst kaww kaw... sampaikan mengganggu perjalanan kuliah. Kenkadang kiter terpaksa keluar kuliah bila batuk menggila.  Pernah lecturer tawarkan air dan terima sympaty dari kawan yang mengatakan "u cough like crazy... need more rest'. Tapi, nak buat camner kan? Takkan nak ponteng kuliah. Every kuliah kiter kena swipe card matrik for attendence... Actually pihak Uni tak kisah pun kalau student tak hadir ke kelas coz setiap kuliah ada rakaman. Who miss the class boleh download rakaman tuu... Tapi ini adalah keperluan UK Border Agency... Absent yang banyak boleh menyebabkan Student VISA dibatalkan... 
Pulun makan ubat dan minum air panas dan al-hamdulillah... Flu kiter dah berkurangan. It's better even tak fully recover. Masuk waktu summer baru kiter betoi-betoi free from Flu.

Memandangkan masalah Flu ni masalah sejagat kat UK nii... maka 2 minggu lepas NHS (National Health Service) melaui GP (General Practitioner) kitorang hantar mesage agar bawak my kiddos tuk dapatkan "Nasal Flu Vaccination". Tapi time tuuu kitorang gi London jenjalan. So, we miss that programme.

Last Monday, sekolah Kimie lak edarkan surat nii....

Flu vaccination for Children in years 7 and 8... Diattachkan sekali consent form dan pamphlet kebaikan ambik vaksin nii dan a few maklumat  yang kitorang perlu tau...


Diterangkan jugak bahawa vaccine niii mengandungi gelatin from pigs... maka those yang muslim,Vegetarian & Vegan boleh pilih untuk tidak mendapatkan vaksin nii. Coz Vaksin ini hanyalah tujuan pencegahan. But ia akan jadi compulsory jika my kid tergolong dalan group yang berisiko tinggi  atau dah terkena flu (kategori bahaya).

So, atas dasar ianya belum dari kategori darurat...  maka kat consent form tuuu kami decide untuk "TIDAK" mendapatkan vaksinasi tersebut. Doa dan harapan kiter... moga kami dikurniakan dengan kesihatan yang baik dalam menghadapi musim sejuk nanti....

note: 
Bila sejuk mencucuk tulang... Malaysia yang hangat sangat didambakan... Tapi... bila dah hangat... sanggup rasanya berguling-guling dalam snow.... Errmmm.... ini ler manusia,,,, di mana letaknya istilah "SYUKUR"????


2 comments:

nurbijen said...

Amboi, sampai dua entry nampak hari ni....

Danish pun dapat juga offer utk flu jab ni tahun lepas thru phone sbb dia ada asthma... Dalam blur2, saya terus setuju.... Nasib baik terus google lepas tu dan cepat2 batalkan appointment...

Norma NML said...

ujian dinegara orang kan..apapun semoga semuanya ok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails