Sesi jenjalan bermula masa April lepas (studi week on final sem). Tour Europe. Masa jenjalan pun bawak nota exam dan on-line group discussion ngan kenkawan tuk siapkan group assignment. Individual assignment yang kena hantar a day before exam, semua dah disiapkan awal-awal lagik.
Pas exam... kiter pulun buat dissertation. Lokasi percutian... booking membooking... semua tuu kiter tak involve. Sib baik boleh menumpang kasih Dr Fauziah & Baini... Depa yang berkerja keras plan itu ini... Kiter just follow aje... hihihiiii
Mostly... tempat penginapan percutian kami... kami pilih secara bercaravan sebab... kat caravan lebih selesa untuk masak-memasak. Kalau tak nak bawak periuk belanga pun tak pe... Dalam caravan tuu dah complete set... Cuma kena samak aje kalau nak guna. Samak pun bukannya payah mana kan?
Untuk ke Isle of Wight (I.O.W)
So, seperti yang dirancang, pada 19 September(Jumaat) lepas (cerita basi kan?), Anak-anak... kami pick up awal dari sekolah... Jam 2.30ptg (lps solat Jumaat) kami (kuarga kiter dan Dr fauziah) berkonvoi bermai-ramai ke Porthmouth. Perjalanan mengambil masa 5.5 jam. Kami kena sampai kat jetty selewat-lewatnya jam 9.30mlm kalau nak tiket ferry free as per voucher. Cuak gak kitorang... takut jalan jammed.. Kalau tak sempat sampat tepat pada waktunya... mau melayang ler +/-£100!
Alhamdulillah... kami selamat sampai kat Portmouth jam 8.30 mlm... Singgah jap umah my Brother in law... Oh yea... depa ikut sekali ngan kembara kitowang kali niii... Anak-anak ler paling heppi coz dapat jumpa ngan sepupu diorang kan!
Setelah berehat sebentar... Dalam pukul 9.15 kami bergerak ke Ferry Port. Setiba di port kami terus ke pintu pagar dan tunjukkan reference no. kepada guard dan kami diarah untuk menunggu di satu lane.
Masuk aje pintu gate dah nampak feri wight link yang bakal kami naiki.
Bila tiba waktu untuk menaiki feri, pengumuman dibuat supaya kami bersedia didalam kereta dan akan membawa kereta memasuki feri. Satu persatu kereta memasuki feri dan ianya sangat sistematik dimana disetiap penjuru ada sahaja pegawai yang menunggu untuk menunjukkan arah tuju.
Selepas parking, kami semua turun dan menaiki tangga untuk ke ruang dek yang disediakan untuk semua penumpang.
Perjalanan dari Portsmouth ke Fishbourne Port hanyalah 45 minit sahaja. Tak sempat kami nak ke mana-mana, dah sampai. Tak lama kemudian, pengumuman dibuat supaya semua penumpang menaiki kereta masing-masing sebab feri dah sampai di tempat yang dituju.
Next, kami pun menuju ke kereta semula dan teruskan perjalanan kami ke Landguard Holiday Park di Shanklin. Sib baik Dr Nur Azman dah siap tepon awal-awal reception, bagi tau yang kami akan sampai lewat malam tu. So, kunci caravan depa dah siap tinggalkan pada guard yang bertugas.
Ni ghuper caravan kitorang kali nii... Lebih kurang sama aje dgn yang sebelumnya!
Setelah selesai aktibiti memunggah barang dari kereta, kitorang makan malam bersama. Menu malam tuuu disediakan oleh my biras, Illis, nasi daging dan laksa penang special. Pergghhh... yummy gitiew!
Selesai makan malam we need to recharge our battery. Yo laaa... penat tuuu... hampir 8-9 jam perjalanan (Bradford - Portsmouth - Shanklin). So, selamat malam semua. Kita akan sambung kembara I.O.W di episode akan datang.
1 comment:
tak sabar bak baca part yang seterusnya..
Post a Comment