Wednesday, November 5, 2014

Space cookies

Stori kali ini berkisarkan homework Sephia sempena one week holiday...

Homeworknyer ialah berkisarkan space... Sephia pilih/kena buat task number 5... bake a space cookies.

Maka mengagau ler sang ibu menggunakan khidmat En Google tuk carik resepi biskut yang paing ringkas dengan mengguna pakai bahan-bahan yang dah sedia ada dalam stock!


Pas dapat resepi, pepandai lerr kiter bentukkan  space item.


Ni kunun-kunun space ler... x pandai mok cik nak deco... keh keh kehhh. Ada spaceship, star dan metroid,,, kelakau bonar!




Sebahagian dah di pack kan untuk Sephia bawak gi sekolah... sebahagian lak dah pun di nyumm nyumm... 

Bila bebudak niii masuk aje space cookies dalam mulut diorang... diorang terus menjerit... Rasa cam kuih raya ler buuu... sedaaappp....

Hahhaaa... sedap kat tekak anakpun dah cukup membanggakan sang ibu yang tak berapa pandai wat cookies modern nii. Actually kiter lebih suka buat kuih-muih traditional sebab orang rumah i niii suka makan kuih-muih traditional.

Rupa???? Hahhahaaa.... Sila abaikan... cookies i nii memang tarak enchemmm punya... kih kih kihhh! 


Hehehe.... tuk memudahkan pencarian kiter akan datang.. maka dengan ini kiter nak tepekkan resepi yang kiter gunakan buat space cookies ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega 
100 gram gula aising, diayak 
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
100 gram tepung gandum*
100 gram tepung kastard*
75 gram tepung jagung*
50 gram serbuk badam*
1 kuning telur, pukul sedikit, untuk disapu
Badam cincang  & Hundred & thousand sugar ball , untuk hiasan (atau apa2 yg rasa blh dijadikan hiasan
Sedikit serbuk koko (tuk jadikan metroid)

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga rata, tak perlu sampai kembang, memadai semuanya sebati sahaja.
  2. Masukkan bahan2 yang disatukan (*), sedikit demi sedikit hingga habis dan jika doh terlalu lembut, tambah sedikit tepung gandum hingga mendapat doh yang boleh dicanai. Rehatkan sekejap...
  3. Bahagi doh pada 2 bahagian, 
  4. Bahagian A (Star): Campurkan ngan badam cincang dan canai setebal 1/2 cm, terap dengan acuan star. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur sedikit Hundred & thousand sugar ball sebagai hiasan.
  5. Bahagian B: Campur ngan serbuk koko. Bulat-bulatkan sebesar guli lalu golekkan dalam badam tumbuk. 
  6. Untuk space ship yang kelakar tuuu... kiter abik bahagian A, bulatkan sebesar guli dan komdian leperkan. Pas tuuu ambik pulak bahagian B yang kaler coco tuu... gentel dan tepek melintang... keh keh keh... 
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga perang keemasan.
  8. Keluaran dan biar sekejap dan sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails