Sunday, December 14, 2008

Cicak Man 2- planet hitam

Sabtu (13/12/08) jam 11.00 am kali niii kitorang tengok movie cicak man lak... Yang paling seronok off course bebudak niii.

As usual kitorang book 3 sit coz dijangkakan as usual didie akan duduk ngan ayahnyer.



Cerita ini berkisarkan tentang Professor Klon yang telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman datang menyelamat.

Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts . Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama, seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen.

Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania, yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman, adik perempuan Danny's yang buta.

Emmm seronok kiter dapat tengok filem niii. Ok ler filem niii. Usah lerr kiter mengdownkan pengkarya tempatan kiter ngan kritikan yang tak membina. So far filem aksi/fiksyen tempatan kiter yang lain belum dapat tandingi this film. Untuk itu kiter bagi " 4.5 popcorn" dari "5 popcorn

2 comments:

Yana World said...

Yang budak kecik tu bakal jadi hero cicakman 3 erk... hahahahaha

nashora said...

Ayah kimie n didie teruja jugak tgk Cicakman 2 terutama babak yg ada Rrama tu...erhmmm.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails